Kelewang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Keleweng merupakan senjata panjang seperti pedang yang popular di Kelantan, Malaysia dan Sumatera, Indonesia.

Keleweng berbentuk seperti pedang tetapi mata bilah kelewang lebar di satu pertiga hujung mata, kecil dan tebal dipangkal. Selain itu keleweng memiliki bentuk yang melengkung dengan bahagian hujungnya meruncing tajam kearah mata bilah.

Pada bahagian ulunya ia menyerupai hulu parang yang kembang di bahagian bawahnya untuk memastikan ia tidak terlucut dari genggaman apabila dilibas pada musuh. Pada bahagian hulu keleweng juga diperkukuh dengan sigi bagi mengimpal hulu keleweng agar tidak tercabut ketika digunakan.


Terdapat pelbagai jenis keleweng yang diberi nama tertentu, antaranya adalah seperti berikut:-

  • Keleweng
  • Keleweng Kelantan[1]
  • Keleweng Jambul

Keleweng[sunting | sunting sumber]

Kelewang biasanya digunakan sebagai alatan harian seperti untuk menebas rumput, membersihkan kawasan sekeliling rumah atau kebun dan juga dusun. Ia diguna secara sabitan rumput atau hayunan secara berpusing bergantung kepada kemahiran penggunanya.

Keleweng merupakan senjata sebelah tangan bermata satu. Sebagai senjata keleweng merupakan senjata yang digunakan secara bersistematik, sama seperti parang atau mandau, dengan gerakan menghayun separa bulatan atau libasan. Mata bilah keleweng cukup berat untuk menahan tetakan dan menghalang senjata musuh. Mata bilah biasanya berukuran antara lapan belas sehingga tiga puluh inci.

Keleweng Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu masyarakat Kelantan sering membawa keleweng ke mana sahaja mereka berjalah bagi mempertahankan diri, termasuk ke tempat-tempat hiburan seperti pertunjukan wayang kulit dan dikir barat. Ia amat sebati dengan kehidupan harian mereka sehinggakan digelar keleweng Kelantan.

Keleweng Jambul[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana namanya, keleweng Jambul adalah sama seperti keleweng biasa, tetapi bezanya ia memiliki tambahan jambul pada bahagian atas keleweng. Kadang kala pada bahagian jambul, dimasukkan bahan-bahan yang dipercayai menambah kecantikan atau keampuhan keleweng itu sendiri, seperti biji-biji besi kuning dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]