Keli Omega 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Keli omega 3 ialah Ikan Keli ternak yang diperkenalkan di Kelantan di bawah Kumpulan Siswazah Perikanan Kelantan ia itu graduan graduan dari Universiti Malaysia Terengganu pada bulan November 2006.Keli omega 3 yang di hasil kan dengan kerjasama UMT ini di Kelantan berlainan dengan keli biasa ,ia di kenali Keli omega 3 kerana kadar omega yang ada adalah yang tertinggi berbanding dengan ikan kod ,salmon dan lain lain ikan - pengesahan awal di buat oleh Faculty Of Agrotechnology And Food Science UMT dan terbaharu dari USDA di usa.


Untuk maklumat am semua ikan mempunyai omega 3 dan 6,cuma banyak atau sedikit, berasaskan dari rangkaian 18:3n3,18:n6. Matlamat Keli omega 3 bukan untuk mendapat rangkaian ini, tapi dalam bentuk omega 3 dalam rangkaian DHA dan EPA (22:6n3, 20:5n3) asid lemak Omega-3 yang banyak berguna kepada manusia, ia dihasilkan melalui kaedah makanan rumusan khas. Pertukaran ini berlaku melalui stimulasi enzim yang sedia ada dalam badan ikan itu sendiri.


Perubahan nomenclature dari rangkaian 18:3n3,18:n6. ke DHA dan EPA (22:6n3 ,20:5n3 ) ini tidak mengubah genetik ikan yang di hasilkan,tetapi mengubah kadar asid lemak yang ada kepada DHA dan EPA yang lebih tinggi semasa di tuai. Perubahan ini di buat melalui tindakan mekanisma eicosanoid dengan mengubah tindak balas enzim alfa 4 disaturase yang menjana pro radang dan anti radang dalam sistem imunisasi badan ikan itu sendiri.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]