Keliring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keliring merujuk kepada tiang kubur yang digunakan oleh masyarakat pribumi di Malaysia Timur, iaitu di Sabah dan Sarawak. Keliring biasanya dibuat daripada batang kayu yang besar dan keras yang diukir dari atas hingga kebawah. Terletak di tepi bahagian atas adalah ruang untuk mayat hamba abdi dan pengikut sementara di lubang atas adalah tempat menyimpan tempayan yang mengandungi tulang ketua. Lantai batu berat digunakan sebagai penutup lubang tersebut.

Saiz diameter Keliring biasanya lebih daripada enam kaki dan boleh mencapai sehingga 32 kaki tinggi biasanya di miliki oleh golongan berada.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]