Keluarga Weasley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambar keluarga Weasley yang terpapar di muka depan Daily Prophets.

Keluarga Weasley merupakan keluarga sihir rekaan J. K. Rowling dalam siri Harry Potter. Keluarga ini amat menonjol dalam siri kerana anak lelaki yang paling muda iaitu Ron Weasley, merupakan sahabat baik bagi protagonis siri ini iaitu Harry Potter. Mereka adalah antara keluarga berdarah sihir tulen yang tinggal. Pasangan Weasley mempunyai tujuh orang anak dan kesemuanya mempunyai jeragat dan berambut merah. Dalam laman web rasminya, Rowling menerangkan mengapa dia memilih nama keluarga dan warna rambut bagi keluarga ini:[1]

Di Britain dan Ireland, wesel mendapat reputasi yang buruk dan dikatakan membawa malang dan binatang yang jahat. Walau bagaimanapun, sejak kecil saya amat menyayangi keluarga mustelidae; taklah sejahat mana pada pendapat saya.

Terdapat juga kepercayaan yang mengaitkan orang berambut merah dengan nasib malang (Judas Escariot dikatakan berambut merah), tetapi ini adalah tahyul semata-mata. Saya sukakan rambut merah seperti juga wesel.

Salasilah keluarga[sunting | sunting sumber]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Septimus Weasley
 
Cedrella Black
 
Prewett Lelaki
 
Ignatius Prewett
 
Lucretia Black
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Encik and Puan Delacour
 
Bilius Weasley
 
Weasley Lelaki
 
Arthur Weasley
 
Molly Prewett
 
Gideon Prewett
 
Fabian Prewett
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fleur Delacour
 
Bill Weasley
 
 
Percy Weasley
 
 
George Weasley
 
 
Ginny Weasley
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gabrielle Delacour
 
 
 
 
Charlie Weasley
 
Fred Weasley
 
Ron Weasley

Keluarga dan kediaman Weasley[sunting | sunting sumber]

Arthur dan Molly Weasley (née Prewett) mempunyai tujuh enam orang anak: (dari yang sulung) Bill, Charlie, Percy, kembar seiras Fred dan George, Ronald, dan Ginevra. Ginevra ("Ginny") merupakan perempuan pertama yang dilahirkan dalam keluarga Weasley setelah beberapa keturunan. Semua ahli keluarga Weasley telah dimasukkan ke dalam rumah Gryffindor di Hogwarts dan, selain Bill dan Percy, yang lainnya bermain Quidditch untuk pasukan Gryffindor. Bill dan Percy masing-maisng pula adalah Ketua Pelajar dan bersama-sama Charlie dan Ron, mereka adalah Pengawas Sekolah.

Kampung yang menjadi tempat terletaknya rumah keluarga Weasley bernama Ottery St Catchpole. Ia juga mungkin kampung kepada Luna Lovegood dan keluarga Fawcett ("S. Fawcett" yang cuba memasuki Kejohanan Ahli Sihir Trio secara haram). Amos Diggory juga tinggal berhampiran.

The Burrow[sunting | sunting sumber]

Keluarga Weasley tinggal di dalam rumah yang dikenali sebagai The Burrow. Rumahnya sangat tinggi – setinggi tujuh tingkat. Ia kelihatan usang tetapi masih mampu bertahan dengan sihir. Walaupun rumah tersebut seolah-olah akan runtuh bila-bila masa, lawatan pertama Harry mendapati itulah rumah terbaik yang pernah dia berada dan ia menjadi tempat kedua kegemarannya (selepas Hogwarts).


Rumah keluarga Weasley, Burrow, seperti yang ditampilkan dalamHarry Potter and the Chamber of Secrets.

Keadaan luaran Burrow melambangkan situasi kewangan keluarga Weasley yang sangat terang menyatakan bahawa mereka miskin. Encik Weasley sangat ghairah tentang perkara yang melibatkan Muggle, sehingga suatu hari nanti ingin mengetahui bagai mana kapal terbang boleh berada di udara. Disebabkan hobinya, Encik Weasley memilih untuk tidak berpindah dari Pejabat Penyalahgunaan Artifak Muggle di Kementerian Sihir. Kerjanya membolehkan dia mengkaji lebih tentang hobinya, tetapi disebabkan pendapatan yang tidak seberapa dan ahli keluarganya yang ramai, mereka sukar untuk mengecapi kenikmatan yang dimiliki keluarga sihir yang lain. Maka, anaka-anak pasangan Weasley ini, terutama sekali yang muda, akan memiliki barangan dan pakaian sekolah terpakai sahaja.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Encik Weasley menerima kenaikan pangkat dan menjadi ketua Pejabat Pengesana dan Penyitaan Objek Sihir Pertahana Diri dan Pelindung Palsu.

Walau bagaimanapun, terdapat dusun berhampiran yang tidak kelihatan begiitu juga dengan gelanggang Quidditch tempat untuk anak-anak mereka bermain (begitu juga dengan Ginny walaupun secara bersembunyi). Bola Quidditch yang sebenar tidak digunakan kerana risau jika ia terlepas dan berterbangan di kampung Muggle.

Keluarga Weasley juga memiliki jam yang unik, pernyataan yang menunjukkan kegusaran Molly terhadap keadaan ahli keluarganya. Selain memberitahu masa, setiap jarumnya mempunyai nama ahli keluarga Weasley dan ia menunjukkan di mana mereka sekarang: berjalan, di tempat kerja, di sekolah, di penjara, dll. Apabila Harry tiba di Burrow dalam Putera Berdarah Kacukan, dengan Voldemort yang mengadakan oerang dengan dunia sihir, semua jarum menunjukkan keadaan "bahaya besar yang boleh membawa maut". Menurut J. K. Rowling, berikutan pelancaran Putera Berdarah Kacukan, keluarga Weasley mendapati mereka berada dalam keadaan sangat bahaya apabila mendapati mereka adalah pengkiahat.[2]


Peliharaan dan haiwan[sunting | sunting sumber]

Haiwan yang menjadi keluarga Weasley adalah:

  • Errol, Burung Hantu Kelabu yang berkhidmat untuk keluarga sebagai burung penghantaran surat. Dia mempunyai masalah membawa bebanan disebabkan usianya yang sudah tua, sering memerlukan bantuan dari burung lain. Dia sering ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terlanggar ataupun kepenatan.
  • Scabbers, seekor tikus yang dimiliki keluarga Weasley selama dua belas tahun. Pada mulanya, ia kepunyaan Percy, tetapi kemudian ia diserahkan kepada Ron. pada penghujung buku ketiga, Scabbers didedahkan yang ia adalah Animagus bernama Peter Pettigrew.
  • Pigwidgeon (atau "Pig"), Burung Hantu Scope yang kecil dan lincah, pemberian Sirius Black kerana kehilangan Scabbers, berikutan kejadian pada tahun ketiga Ron.
  • Hermes, seekor burung hantu kepunyaan Percy, merupakan hadiah buatnya daripada ibu bapanya kerana menjadi Pengawas pada tahun kelima.
  • Seekor katak besar, dimiliki oleh Ron, yang membesar daripada seekor berudu yang Harry nampak ketika lawatannya yang pertama ke sana.
  • Beberapa ekor ayam ternakan.
  • Beberapa ekor babi (kelihatan dalam filem).
  • Hantu, yang tinggal di loteng Burrow dan menyebabkan gangguan kecil seperti erangan dan bunyian pada dinding dan papip apabila keadaan terlalu senyap (yang sudah tentu tidak selalu begitu).
  • Gnome halaman yang menjadi perosak halaman Burrow. Keluarga Weasley sering membaling mereka keluar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]