Kelvin Ong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zahir Kelvin Ong Abdullah merupakan bekas penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia, yang berkhidmat di TV3 dari 1990 hingga 2004. Beliau pernah mengacarakan pelbagai rancangan terbitan TV3 seperti Anugerah Juara Lagu, Face to Face serta Nightline di TV3. [1]

Kelvin juga menjawat jawatan Pengarah bagi Venus Assets Sdn Bhd. Beliau memeluk Islam pada 2007 dan berkahwin dengan Zetty Juyanty Rahim, anak perempuan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik pada 2012.[2]

Pada 4 Julai 2020, beliau sekali lagi menjadi pengacara di TV3 dengan kembalinya program bual bicara niaga berbahasa Inggeris "Money Matters" yang ke udara setiap sabtu jam 5 petang (dahulu jam 6 petang).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]