Kemabong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemabong
Transkripsi lain
Pintu masuk ke pekan Kemabong
Pintu masuk ke pekan Kemabong
Etimologi: Air pasang dalam bahasa Murut iaitu Kumabong
Lokasi daerah Tenom merangkumi pekan dan daerah Kemabong
Lokasi daerah Tenom merangkumi pekan dan daerah Kemabong
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahTenom
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Tenom
 • Penolong Pegawai DaerahJasli Tindi
 • DUNYang Berhormat Tuan Rubin Balang (GRS-GAGASAN) (Kemabong)
Keluasan
 • Jumlah1,182 km2 (456 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah266
 Populasi di sekitar Kemabong.
Zon waktuMST
Poskod
89900
Kod kawasan087
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/pd.kmb

Kemabong merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, Sabah.[1] Suku kaum Murut dan Lundayeh merupakan suku majoriti di Kawasan Kemabong.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal-usul Kemabong[sunting | sunting sumber]

Menurut sumber dipercayai nama Kemabong diambil daripada bahasa suku kaum Murut iaitu air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG.[2] Versi kedua pula diambil daripada bahasa kaum Murut iaitu KEMBONG atau BENGKAK disebut KUMABUNG. Perkataan KUMABONG telah dijadikan sebagai KEMABONG sehingga hari ini.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua versi yang agak popular mengenai asal-usul nama KEMABONG.

Pertama, mengikut cerita lisan, terdapat sebuah anak sungai kecil yang terleteak di kawasan persekitaran Pekan Kemabong yang mengailir terus ke Sungai Padas. Penduduk kawasan persekitaran mendapati air sungai tersebut naik seperti air pasang walaupun tiada hujan turun. Peristiwa kenaikan paras air sungai tersebut menimbulkan kehairanan dan tanda tanya dikalangan penduduk tersebut. Menurut kepercayaan mereka, berkemungkinan didalam sungai tersebut terdapat makhluk atau binatang iaitu seekor ular besar atau naga yang sedang bertapa di dasar sungai tersebut sehingga menyebabkan paras air sunga tersebut naik.[2]

Dalam bahasa suku kaum Murut, air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG. Dikaitkan dengan paras air sungai yang naik atau "kumabong", maka kawasan ini dinamakan sebagai KUMABONG atau yang lebih dikenali sekarang sebagai KEMABONG.[2]

Versi kedua pula KUMABONG menurut cerita dari keturunan peniaga Tiong Hwa yang datang ke Kemabong pada tahun 1918, nama Kemabong diambil dari nama sebuah anak sungai kecil yang bermuara di Sungai Padas. Sungai itu sangat ditakuti kerana jika terminum air atau terlangkah sungai itu perut akan menjadi kembong dan kaki akan membengkak.[2]

Di dalam bahasa Murut. KEMBONG atau BENGKAK disebut KUMABUNG. Dari perkataan KUMABONG inilah yang akhirnya pada hari ini disebut sebagai KEMABONG.[2] Sungai Kemabung yang dirujuk didalam cerita di atas masih wujud sehingga kini, tetapi ianya tidak lagi menyimpan misteri atau kuasa untuk mendatangkan kecelakaan.[2]

Demografi penduduk[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Kemabong[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan statistik penduduk pada tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Kemabong seramai 266 dan sebilangan besar daripada etnik suku kaum Murut dan Lundayeh di Kawasan Kemabong. Pembancian akan dilaksanakan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[3]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kemabong pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[4]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 5 4 - 234 17 4 - - 2 266
2020 (Akan Datang)

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kemabong pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[4]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 128 138 266

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daerah kecil Kemabong
  2. ^ a b c d e f g "Sejarah". www.sabah.gov.my/pd.kmb. 2015. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  3. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2018. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  4. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2012. Dicapai pada 6 Mac 2020.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Kemabong di Wikimedia Commons