Kemahiran abad ke-21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rangka P21 bagi Pembelajaran Abad Ke-21
Kemahiran P21

Kemahiran abad ke-21 merangkumi kemahiran, keupayaan, dan pembawaan pembelajaran yang telah dikenal pasti diperlukan untuk kejayaan dalam masyarakat dan tempat kerja abad ke-21 oleh para pendidik, pemimpin perniagaan, ahli akademik, dan agensi kerajaan. Kemahiran ini sebahagian daripada gerakan antarabangsa berkembang yang menumpukan kemahiran yang diperlukan bagi pelajar untuk kuasai dalam persediaan untuk kejayaan dalam masyarakat digital yang berubah dengan pesat. Kebanyakan kemahiran ini juga dihubungkaitkan dengan pembelajaran mendalam, iaitu berasaskan kemahiran penguasaan seperti penaakulan analisis, penyelesaian masalah kompleks, dan kerjasama. Kemahiran-kemahiran ini berbeza dengan kemahiran akademik tradisional kerana kemahiran tersebut bukan berasaskan isi pengetahuan terutamanya.[1][2][3]

Semasa dekad akhir abad ke-20 dan ke dalam abad ke-21, masyarakat telah mengalami langkah yang pesat dalam ekonomi dan teknologi. Kesan-kesannya terhadap tempat kerja, dan oleh itu atas permintaan terhadap sistem pendidikan menyediakan para pelajar untuk tenaga kerja, telah menjadi penting dalam beberapa cara. Bermula pada 1980-an, kerajaan, pendidik, dan majikan besar mengeluarkan satu siri laporan mengenal pasti kemahiran-kemahiran penting dan strategi pelaksanaan untuk memimpini pelajar dan pekerja ke arah memenuhi permintaan tempat kerja dan masyarakat yang berubah.

Gerak kerja semasa nyata sekali lebih mudah mengubah bidang kerjaya atau pekerjaan. Mereka dalam generasi ledakan kelahiran memasuki tenaga kerja dengan satu matlamat kestabilan; generasi berikutnya lebih bimbang dengan mencari kebahagiaan dan pencapaian dalam kehidupan kerja mereka. Pekerja muda di Amerika Utara kini mungkin mengubah pekerjaan pada kadar yang lebih tinggi berbanding yang sebelum ini, sebanyak sekali setiap 4.4 tahun purata.[4][5] Dengan pergerakan pekerjaan ini datang permintaan bagi kemahiran yang berbeza, kemahiran yang membenarkan orang untuk menjadi luwes dan boleh suai dalam peranan yang bereza atau dalam bidang kerjaya yang berbeza.[6]

Sementara ekonomi barat telah berubah dari yang berasaskan industri kepada [[ekonomi perkhidmatan|yang berasaskan perkhidmatan, pertukangan dan vokasional mempunyai peranan yang lebih kecil.[7] Walau bagaimanapun, kemahiran teknikal khusus dan penguasaan set kemahiran tertentu, dengan tumpuan terhadap celik digital, dalam perminataan yang semakin meningkat.[1][2] Kemahiran orang yang melibatkan interaksi, usaha sama, dan mengurus yang lain semakin penting.[8] Kemahiran-kemahiran yang membenarkan orang untuk menjadi fleksibel dan boleh menyesuaikan diri dalam peranan yang berbeza atau dalam bidang yang berbeza, mereka yang melibatkan memproses maklumat dan mengurus orang lebih daripada memanipulasi kelengkapan dalam pejabat atau kilang ialah dalam permintaan lebih besar.[9] Kemahiran-kemahiran ini juga dirujuk sebagai "kemahiran gunaan" atau "kemahiran insani",[10] termasuk kemahiran peribadi, interpersonal, atau berasaskan pembelajaran, seperti kemahiran hidup (tingkah laku penyelesaian masalah), kemahiran orang, dan kemahiran sosial. Kemahiran-kemahiran ini telah dikelompokkan ke dalam tiga kawasan utama:[11]

Kebanyakan kemahiran ini juga dikenal pasti sebagai mutu penting pendidikan progresif, suatu gerakan pedagogi yang bermula pada abad kesembilan belas dan bersambung dalam pelbagai bentuk sehinggalah pada masa ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]