Kemajmukan (undi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam pengundian, kemajmukan ialah jumlah undi terbesar yang diterima oleh mana-mana calon atau pungutan suara.[1] Ia dibezakan dengan majoriti, yang merupakan separuh jumlah undian campur satu.[1] Sebagai contoh, dalam pilihan raya kemajmukan, calon yang mendapat undi terbanyak menang, manakala dalam pilihan raya majoriti, calon cuma boleh menang sekiranya dia mendapat lebih separuh jumlah undian. Jika tiada calon yang mendapat majoriti dalam pusingan pertama undian, sistem dua pusingan atau sistem pengundian keutamaan boleh digunakan untuk memilih pemenang. Apabila hanya ada dua pilihan, pilihan kemajmukan juga merupakan pilihan majoriti.

Sistem yang membenarkan pilihan raya kemajmukan lebih terdedah kepada rasuah menggunakan kesan pengacau berbanding sistem yang memerlukan majoriti.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Robert, Henry M. "Introduction to Robert's Rules" Robert's Rules of Order Revised. 4th ed. 1915. RulesOnline.com
  2. Pounstone, William (2008). Gaming the vote: why elections aren't fair (and what we can do about it). Hill and Wang. ISBN 978-0809048939.