Pergi ke kandungan

Kemalangan lalu lintas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kemalangan jalan raya)
Perlanggaran lalu lintas di Tokyo, Jepun, 2007
Kesan atau akibat kemalangan yang melibatkan sebuah lori yang mengangkuk, berhampiran Inhassoro, Mozambique, pada tahun 2022.
Perlanggaran di Brussel antara kereta Renault Kangoo dan trem

Kemalangan lalu lintas, yang juga dikenali sebagai kemalangan/perlanggaran jalan raya atau kemalangan/perlanggaran kenderaan bermotor, berlaku apabila sesebuah kenderaan berlanggar dengan kenderaan lain, pejalan kaki, haiwan, serpihan jalan raya, atau halangan lain yang bergerak atau pegun, seperti pokok, tiang, atau bangunan. Perlanggaran lalu lintas selalunya mengakibatkan kecederaan, hilang upaya, kematian, dan kerosakan harta benda, serta kos kewangan kepada masyarakat dan individu yang terlibat. Dari segi statistik, pengangkutan jalan raya adalah situasi paling berbahaya yang dihadapi orang ramai setiap hari, namun angka korban akibat insiden sebegini kurang mendapat perhatian media berbanding jenis tragedi lain yang kurang kerap berlaku.[1] Justeru, terdapat sesetengah perlanggaran seperti serangan rempuhan kenderaan yang disengajakan, kemalangan yang diatur, pembunuhan melalui kenderaan, ataupun bunuh diri melibatkan kenderaan.

Beberapa faktor menyumbang kepada risiko perlanggaran, termasuk reka bentuk kenderaan, kelajuan operasi, reka bentuk jalan, cuaca, persekitaran jalan, kemahiran memandu, gangguan akibat alkohol atau dadah, dan tingkah laku, terutamanya pemanduan secara agresif, pemanduan sambil leka (terganggu), memandu melebihi had laju, dan perlumbaan jalanan.

Kematian pertama yang direkodkan di dunia akibat kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan bermotor berlaku pada 31 Ogos 1869.[2] Seorang saintis dari Ireland bernama Mary Ward meninggal dunia apabila beliau terjatuh dari kereta wap milik sepupunya dan dilanggar oleh kenderaan tersebut.[note 1]

Kesan kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Seorang lelaki yang mempunyai parut jelas di muka berpunca daripada perlanggaran kenderaan.

Sejumlah kecederaan fizikal sering kali boleh disebabkan oleh trauma daya tumpul akibat perlanggaran, bermula dari lebam dan kontusi hingga kecederaan fizikal yang dahsyat (contohnya, lumpuh), henti jantung traumatik atau bukan traumatik, dan kematian. Di Amerika Syarikat, CDC menganggarkan bahawa kira-kira 100 orang maut dalam kemalangan kenderaan bermotor setiap hari.[3]

Psikologi

[sunting | sunting sumber]

Berikutan perlanggaran, trauma psikologi berpanjangan mungkin berlaku.[4] Isu-isu ini boleh menyebabkan mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan takut untuk memandu lagi. Dalam sesetengah kes, trauma psikologi boleh menjejaskan kehidupan individu, menyebabkan kesukaran untuk pergi bekerja, menghadiri sekolah, atau melaksanakan tanggungjawab keluarga.[5]

Statistik kemalangan jalan raya

[sunting | sunting sumber]
Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia mengikut negeri (2019)[6]
Negeri Jumlah kemalangan Jumlah kematian
Perlis 2,098 76
Kedah 24,867 446
P. Pinang 47,198 392
Perak 39,720 667
Kelantan 11,295 338
Terengganu 11,355 277
Pahang 21,196 454
W.P. Kuala Lumpur 73,771 209
Selangor 168,222 1,054
N. Sembilan 25,838 337
Melaka 19,593 217
Johor 82,502 1,040
Sarawak 21,341 369
Sabah 18,520 291
Jumlah kesemua 567,516 6,167
Statistik kemalangan jalan raya pada tahun 2024 (Januari - Oktober)[7]
Jumlah kes kemalangan Jumlah kematian
532,125 5,364
Statistik kemalangan jalan raya di Brunei (2020-2024)[8][9]
Tahun Jumlah kes Jumlah kecederaan Jumlah kematian
2020 1,079 341 11
2021 1,043 343 16
2022 1,050 359 18
2023 1,118 364 14
2024 1,163 359 13

SingapuraSingapura

[sunting | sunting sumber]
Statistik kemalangan jalan raya di Singapura (2020-2024)[10]
Tahun Kemalangan yang mengakibatkan kecederaan Orang yang cedera Kemalangan yang mengakibatkan kematian Kematian
2020 5,476 6,669 80 83
2021 5,939 7,240 100 107
2022 6,779 8,441 104 108
2023 6,949 8,941 131 136
2024 7,049 9,302 139 142

Amerika SyarikatAmerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]
Statistik kematian disebabkan kemalangan jalan raya di AS (2023-2024)[11]
Negeri Kematian Kadar kematian
A-Z 2023 2024 Peratusan Perubahan 2023 2024
Alabama 974 976 +0.2% 1.35 1.35
Alaska 60 70 +16.7% 1.08 1.24
Arizona 1,304 1,250 -4.1% 1.69 1.59
Arkansas 596 606 +1.7% 1.52 1.53
California 4,061 3,807 -6.3% 1.29 1.19
Colorado 720 687 -4.6% 1.31 1.25
Connecticut 308 330 +7.1% 1.02 1.07
Delaware 135 127 -5.9% 1.39 1.29
D.C. 44 47 +6.8% 1.25 1.35
Florida 3,396 3,188 -6.1% 1.46 1.36
Georgia 1,615 1,423 -11.9% 1.25 1.09
Hawaii 93 102 +9.7% 0.91 1.00
Idaho 275 240 -12.7% 1.40 1.20
Illinois 1,241 1,208 -2.7% 1.18 1.14
Indiana 898 827 -7.9% 0.93 0.85
Iowa 377 358 -5.0% 1.14 1.07
Kansas 387 342 -11.6% 1.22 1.07
Kentucky 814 714 -12.3% 1.65 1.45
Louisiana 811 746 -8.0% 1.43 1.31
Maine 135 179 +32.6% 0.90 1.18
Maryland 621 579 -6.8% 1.09 1.02
Massachusetts 343 368 +7.3% 0.59 0.62
Michigan 1,094 1,047 -4.3% 1.13 1.07
Minnesota 409 478 +16.9% 0.70 0.80
Mississippi 732 723 -1.2% 1.82 1.79
Missouri 991 965 -2.6% 1.24 1.20
Montana 208 205 -1.4% 1.50 1.47
Nebraska 227 250 +10.1% 1.06 1.14
Nevada 389 420 +8.0% 1.40 1.49
New Hampshire 130 135 +3.8% 0.96 0.99
New Jersey 606 695 +14.7% 0.79 0.90
New Mexico 437 400 -8.5% 1.58 1.43
New York 1,114 1,105 -0.8% 0.94 0.92
North Carolina 1,561 1,659 +6.3% 1.29 1.37
North Dakota 106 90 -15.1% 1.10 0.91
Ohio 1,242 1,160 -6.6% 1.10 1.03
Oklahoma 718 642 -10.6% 1.58 1.40
Oregon 587 539 -8.2% 1.60 1.46
Pennsylvania 1,211 1,139 -5.9% 1.19 1.11
Rhode Island 71 52 -26.8% 0.92 0.66
South Carolina 1,047 1,041 -0.6% 1.73 1.71
South Dakota 140 146 +4.3% 1.36 1.41
Tennessee 1,323 1,202 -9.1% 1.56 1.41
Texas 4,291 4,162 -3.0% 1.44 1.37
Utah 280 280 0.0% 0.81 0.79
Vermont 69 59 -14.5% 0.95 0.81
Virginia 913 910 -0.3% 1.08 1.07
Washington 810 730 -9.9% 1.35 1.21
West Virginia 260 255 -1.9% 1.65 1.61
Wisconsin 583 575 -1.4% 0.86 0.84
Wyoming 144 107 -25.7% 1.53 1.12
Jumlah kesemua

(51 negeri)

40,901 39,345 -3.8% 1.26 1.20

Pencegahan

[sunting | sunting sumber]

Semasa memandu

[sunting | sunting sumber]

Kemalangan lalu lintas merupakan perkara yang tidak dijangka. Disebabkan itu, pemandu hendaklah pandu dengan cermat agar tiada kemalangan lagi di jalan raya. Berikut merupakan pencegahan kemalangan lalu lintas:

Elakkan memandu sambil menggunakan telefon pintar[12]

[sunting | sunting sumber]
Seorang pemandu sedang menggunakan telefon bimbitnya sambil memandu

Ini sering berlaku disebabkan penggunaan telefon pintar boleh menjejaskan tumpuan semasa memandu dan boleh mengakibatkan kemalangan. Juga, ia menyalahi undang-undang bagi sesetengah negara.

Elakkan memandu laju[12]

[sunting | sunting sumber]

Kelajuan adalah punca utama kemalangan jalan raya. Ini kerana, memandu laju untuk jangka masa yang lama mampu memakan banyak tenaga pemandu, menyebabkan mudah berasa letih dan mengantuk, serta tidak dapat bertindak balas dengan cepat kepada pengguna jalan raya lain atau keadaan jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan yang serius dan juga membawa maut. Oleh itu, pemandu perlulah memandu dalam had laju agar tiada kemalangan berlaku.

Jangan langgar lampu merah[12]

[sunting | sunting sumber]

Ini adalah kesilapan yang sering berlaku di persimpangan jalan raya dan juga mengakibatkan kemalangan yang serius kepada pemandu, pemandu lain, ataupun pejalan kaki. Oleh itu, pemandu perlulah mematuhi peraturan lalu lintas dan berhenti di lampu merah untuk memastikan keselamatan orang lain.

Jangan minum alkohol sebelum memandu (bagi bukan Islam)[12]

[sunting | sunting sumber]
Panel paparan yang bertulis "Never ever drink and drive" (dalam bahasa Melayu: "Jangan sekali-kali minum dan memandu") di UK

Memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi ia juga boleh membahayakan orang lain ataupun pemandu. Jika pemandu tersebut minum (bagi bukan Islam), disarankan untuk pemandu itu menyuruh rakan atau sesiapa sahaja yang belum mabuk untuk membantu anda memandu. Jangan sesekali memandu selepas meminum minuman beralkohol.

Jangan memandu dalam keadaan letih[12]

[sunting | sunting sumber]

Apabila seseorang letih, tumpuannya berkurangan dan refleksnya lebih perlahan di jalan raya dan akan mengakibatkan kemalangan yang serius dan membawa maut. Ini sering berlaku apabila selesai berkerja dengan banyak dan juga memandu pada waktu gelap. Oleh itu, jika berasa mengantuk semasa memandu, sila parkir kenderaan di tempat yang selamat dan berehat seketika.

Perhatikan keadaan jalan raya[12]

[sunting | sunting sumber]
lubang besar di jalan raya
Sekumpulan itik sedang melintas

Jalan berlubang menjadi punca kemalangan kenderaan. Haiwan yang melintasi (seperti, kucing dsb) juga perlu diperhatikan agar tidak melanggari nya. Justeru, berhati-hati juga apabila melihat pejalan kaki dan penunggang basikal/motosikal di tepi atau tengah jalan.

Berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca[12]

[sunting | sunting sumber]
Seorang pemandu sedang memandu di jalan raya dalam keadaan hujan

Cuaca buruk, seperti hujan ribut, boleh mengurangkan jarak penglihatan dan melemahkan cengkaman jalan, jadi lebih berhati-hati, perlahankan kenderaan dan jaga jarak yang selamat dari kenderaan lain. Di kawasan ribut salji juga (di kawasan sejuk) perlu memandu secara perlahan kerana lantai jalan yang berkemungkinan licin.

Menjaga kenderaan[12]

[sunting | sunting sumber]

Pastikan aksesori kenderaan dan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, seperti tekanan tayar yang betul dan pastikan lampu kenderaan berfungsi dengan baik.

Keselamatan diri

[sunting | sunting sumber]

Untuk keselamatan, sila memakai tali pinggang keledar. Ketidak gunaan tali pinggang keledar dianggap menyumbang kepada kira-kira 50% daripada semua kematian akibat kemalangan lalu lintas.[13]

Bulatan mengurangkan kematian kenderaan bermotor di persimpangan dengan cara mengurangkan kelajuan perjalanan melalui persimpangan dan mengubah vektor perjalanan. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pemasangan bulatan telah mengurangkan semua kemalangan sebanyak 38% dan kemalangan yang mengakibatkan kecederaan serius atau kematian sebanyak 90%.[14]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

[sunting | sunting sumber]
Infografik kemalangan jalan raya oleh WHO

Disebabkan oleh skala isu yang bersifat global dan besar-besaran, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan subsidiarinya telah meluluskan resolusi dan mengadakan persidangan mengenai isu tersebut. Resolusi dan perbahasan Perhimpunan Agung PBB yang pertama adalah pada tahun 2003.[15] Hari Peringatan Sedunia untuk Mangsa Trafik Jalan Raya telah diisytiharkan pada tahun 2005. Pada tahun 2009, persidangan menteri peringkat tinggi pertama mengenai keselamatan jalan raya telah diadakan di Moscow.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam Laporan Status Global Mengenai Keselamatan Jalan Raya 2009, menganggarkan bahawa lebih 90% daripada kematian jalan raya di dunia berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, yang hanya memiliki 48% daripada kenderaan berdaftar di dunia, dan meramalkan kecederaan trafik jalan raya akan meningkat menjadi punca kematian kelima terbesar menjelang tahun 2030.[16]

Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) 3, sasaran 3.6, ditujukan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian di jalan raya. Pada Februari 2020, satu persidangan menteri peringkat global telah diadakan yang membawa kepada Deklarasi Stockholm, menetapkan sasaran untuk mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50% dalam tempoh sepuluh tahun. Dekad 2021–2030 telah diisytiharkan sebagai dekad kedua keselamatan jalan raya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Walaupun beberapa sumber menegaskan Mary Ward sebagai orang pertama yang terbunuh oleh kenderaan bermotor, perlanggaran maut melibatkan kereta wap pada Julai 1834 mendahului kematian Ward. Dalam kejadian pada tahun 1834 itu, sebuah kereta wap yang dibina oleh John Scott Russell dan mengendalikan perkhidmatan pengangkutan awam antara Glasgow dan Paisley telah terbalik, menyebabkan letupan dandang yang membunuh empat atau lima penumpang serta mencederakan yang lain. Kereta Russell terdiri daripada enjin wap yang menarik tender penumpang dan bahan api gabungan; perlanggaran Mary Ward mungkin boleh dicirikan sebagai kematian pertama yang melibatkan kenderaan dalam bentuk kereta motor kontemporari, di mana enjin dipasang dan penumpang menunggang pada kerangka yang sama.
  1. ^ Peden, M. M.; Organization, World Health (2004-03-23). World Report on Road Traffic Injury Prevention (dalam bahasa Inggeris). World Health Organization. ISBN 978-92-4-156260-7.
  2. ^ "Mary Ward 1827-1869". www.offalyhistory.com. Dicapai pada 2025-11-05.
  3. ^ CDC (2024-05-10). "Transportation Safety". Transportation Safety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-05.
  4. ^ "The shocking truth about road trauma - Academy of Science". science.org.au. Dicapai pada 2025-11-05.
  5. ^ BUTLER, DENNIS J.; MOFFIC, H. STEVEN; TURKAL, NICK W. (1999-08-01). "Post-traumatic Stress Reactions Following Motor Vehicle Accidents". American Family Physician (dalam bahasa Inggeris). 60 (2).
  6. ^ "Statistik Pengangkutan Malaysia 2018/2019 (PDF)" (PDF). mot.gov.my.
  7. ^ minit, 27 Mac 2025 07:40amMasa membaca: 4 (2025-03-27). "Patuhi peraturan jalan raya, elak jadi statistik nahas". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-11-08.
  8. ^ "News - Sidang Media Majlis Kebangsaan Keselamatan..." www.mtic.gov.bn. Dicapai pada 2025-11-07.
  9. ^ "Press Release - Statistik Kemalangan Jalan Raya Dari Tahun..." www.mkkjr.gov.bn. Dicapai pada 2025-11-07.
  10. ^ "Annual Road Traffic Situation 2024" (PDF). Singapore Police Force.
  11. ^ "Early Estimate of Motor Vehicle Traffic Fatalities in 2024". crashstats.nhtsa.dot.gov (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ a b c d e f g h Ezany, Aqmal (2024-06-12). "Jangan Buat 10 Perkara Ini Untuk Elak Kemalangan". BJAK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-05.
  13. ^ Klauer, Sheila G.; Doerzaph, Zachary R. (31 July 2025). "Motor Vehicle Crash Prevention". New England Journal of Medicine. 393 (5): 479–486. doi:10.1056/NEJMra2216360. PMID 40742261 Check |pmid= value (bantuan).
  14. ^ Retting, R. A.; Persaud, B. N.; Garder, P. E.; Lord, D. (2001-04). "Crash and injury reduction following installation of roundabouts in the United States". American Journal of Public Health. 91 (4): 628–631. doi:10.2105/ajph.91.4.628. ISSN 0090-0036. PMC 1446639. PMID 11291378. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Verbatim report meeting 86 session 57 Global road safety crisis page 2 on 22 May 2003
  16. ^ "Road Traffic Deaths Index 2009 Country Rankings". www.photius.com. Dicapai pada 2025-11-06.