Kemalangan keretapi Gare de Lyon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalangan keretapi Gare de Lyon
Памятник, посвящённый крушению
Kemalangan keretapi Gare de Lyon is located in Bumi
Kemalangan keretapi Gare de Lyon
Kemalangan keretapi Gare de Lyon (Bumi)
Map
Butiran
Tarikh27.06.1988
Koordinat48°50′41″N 2°22′25″E Sunting ini di Wikidata
LokasiStesen Paris-Gare de Lyon, Paris
NegaraPerancis
PengendaliSNCF Sunting ini di Wikidata
Jenis insidenPelanggaran
SebabSistem brek rosak
Perangkaan
Kereta apiDua Z 5300
Meninggal dunia56
Tercedera57
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kemalangan kereta api Gare de Lyon berlaku pada 27 Jun 1988 apabila sebuah komuter yang memasuki stesen kereta api Paris-Gare de Lyon telah berlanggar dengan sebuah kereta api yang sedang berhenti hingga membunuh 56 orang.

Bencana[sunting | sunting sumber]

Ia adalah pengembaraan rutin dari Melun sehingga keretapi pergi ke stesen Vert de Maisons apabila seorang penumpang yang bimbang akan terlepas stesen telah menarik brek kecemasan, memaksa keretapi itu berhenti. Selepas 20 minit berhenti, keretapi itu menyambung semula perjalanannya dan pemandu telah telah diarahkan supaya bergerak terus ke Paris-Gare de Lyon. Sebelum sampai ke stesen, terdapat lampu isyarat kuning yang mengarahkan supaya pemandu memperlahankan keretapi dan beliau mendapati breknya tidak berfungsi.

Pemandu itu cuba memberikan amaran tetapi gagal untuk memberikan identitinya. Apabila keretapi itu menuruni bukit ke Gare de Lyon, kelajuan keretapi itu bertambah. Pengawal yang berada di atas keretapi itu telah membawa penumpang ke gerabak belakang keretapi tetapi tidak mempunyai masa untuk berhubung dengan stesen keretapi. Jumlah kematian pasti akan menjadi lebih tinggi jika tidak kerana pengorbanan seorang pemandu keretapi di stesen iaitu André Tanguy yang duduk di kabin pemandu yang berhadapan dengan keretapi yang datang dengan mengarahkan semua penumpang keluar daripada keretapi. Beliau kekal di situ sehingga beliau terbunuh di dalam pelanggaran itu.

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat kebimbangan bahawa pelanggaran itu berlaku kerana aktiviti pengganas kerana pada masa dahulu banyak keretapi Perancis dibom di luar dan di dalam Paris. Teori itu disokong oleh andaian bahawa injap brek telah ditutup. Komponen ini membenarkan udara menuju ke enjin untuk mengaktifkan brek, dan apabila ia ditutup brek tidak berfungsi di semua gerabak di belakang injap. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa orang yang menutup injap itu pasti mempunyai banyak pengetahuan tentang sistem brek. Di dalam hari selepas kemalangan itu terdapat persoalan mengapa seseorang itu menarik brek kecemasan, kemudian dijumpai bahawa penumpang itu dalam keadaan tergesa-gesa yang tidak disyaki. Alasan penumpang itu menarik brek kecemasan itu adalah untuk mengambil anaknya. Tetapi jadual musim panas telah menandakan keretapi itu tidak berhenti di stesen itu di mana dia biasanya berhenti untuk mengambil anaknya, jadi dia menarik brek itu untuk berhenti di situ.

Selepas beberapa temuduga, ia dijumpai bahawa pemandu itu yang cuba reset semula tali pintal brek, secara tidak sengaja dia telah menutup injap brek, tetapi terdapat kekeliruan bagaimana pemandu itu dapat memandu keretapi lagi. Bentuk keretapi itu sekiranya injap brek ditutup, semua brek itu akan memberhentikan keretapi itu daripada berjalan dengan kuasa brek yang sedikit. Prosedur di mana pemandu perlu memanggil jurutera untuk melihat masalah itu dan yang mendapati injap itu ditutup, tetapi beliau menghalang fungsi brek itu dengan mengeluarkan udara dari sistem dan percaya bahawa terdapat kunci udara. Apabila brek itu dibebaskan hanya terdapat 1/8 kuasa brek di dalam sistem.

Walaupun semua brek itu dihalang, masih terdapat peluang untuk berhenti atau memperlahankan keretapi. Pertama, terdapat satu lagi stesen, iaitu Maison Alfort, sebelum Gare de Lyon, yang memberi masa yang cukup untuk memberhentikan keretapi, tetapi seblum sampai ke stesen itu pemandu itu telah diarahkan menuju terus Gare de Lyon ke untuk tidak membazir masa. Kedua, keretapi itu dibekalkan dengan brek elektrik tambahan, tetapi banyak pemandu membenci brek ini kerana tidak boleh dipercayai. Kerana panik, pemandu itu terlupa tentangnya.

Pemandu itu memanggil amaran dan mengaktifkan loceng kecemasan untuk memberi isyarat bahawa keretapinya di dalam masalah, tetapi beliau terlupa untuk memperkenalkan diri dan kedudukannya. Loceng kecemasan memaksa semua keretapi di dalam rangkaian itu berhenti dan menunggu arahan dan beberapa pemandu lain memanggil pengawal untuk penjelasan. Staf stesen berusaha untuk mengalihkan keetapi itu ke landasan yang kosong tetapi tidak dapat mengenal pasti mana satu keretapi yang berada di dlam masalah kerana Soulin gagal untuk memberikan identitinya dan apabila Soulin meninggalkan kabinnya, beliau tidak menjawab komunikasi pengawal untuk mencari di mana keretapi yang berada di dalam masalah. Kemudian pengawal cuba memanggil empat keretapi untuk mengasingkan tiga masalah bebas satu, tetapi oleh kerana Soulin telah menekan butang loceng, beberapa panggilan dari banyak keretapi berhubung dengan perhentian itu telah menyesakkan perhubungan di antara pengawal dengan keretapi lain, jadi pengawal itu tidak tahu mana satu keretapi yang bermasalah.

Pengawal isyarat telah memprogramkan landasan itu supaya keretapi yang terlebih laju itu pergi ke Platform 1 yang kosong di bersebelahan dengan Platform 2 di mana keretapi yang lewat sedang menunggu. Keretapi yang berlanggar di platform yang kosong mungkin akan menghancurkan keretapi, tetapi penunggang yang berada di gerabak belakang akan terselamat. Tetapi apabila pemandu kertapi yang bermasalah itu mengaktifkan loceng, pengawal signal telah menukarkan semua isyarat kepada merah. Ini telah menghalang landasan yang diprogramkan dan membenarkan keratpi itu menuju ke Platform 2 di bersebelahan dengan Platform 1.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Pemandu keretapi itu, Daniel Saulin telah dibebaskan selepas dipenjarakan selama enam bulan di atas kesalahan membunuh orang. Pengawal di atas keretapi itu yang membantu pemandu di dalam menyekat brek di dalam keretapi itu juga dijatuhi hukuman penjara di atas keasalahan yang sama. Perbicaraan telah dijalankan ke atas penyelia stesen Gare de Lyon yang gagal menagawal stesen dan penumpang yang mengaktifkan brek kecemasan, tetapi tidak dapat mencapai kata putus.

Media[sunting | sunting sumber]

Kemalangan itu dipaparkan di dalam musim kedua siri dokumentari National Geographic Channel Seconds From Disaster di dalam program Paris Train Crash (juga dikenali sebagai Runaway Train).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]