Kemalangan keretapi Sainthia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalangan keretapi Sainthia
Map
Butiran
Tarikh19 Julai, 2010
02:00
Koordinat23°57′3.88″N 87°40′51.41″E Sunting ini di Wikidata
LokasiSainthia, Bengal Barat,
NegaraIndia
PengendaliKeretapi India
Jenis insidenPerlanggaran belakang
Perangkaan
Kereta api2
Meninggal dunia63+
Tercedera165
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kemalangan keretapi Sainthia berlaku di Sainthia, India pada 19 Julai, 2010 jam 2.15 pagi. Seramai 61 orang maut dan 165 cedera apabila kereta api penumpang yang bergerak laju merempuh sebuah kereta api lain yang sedang berhenti di stesen kereta api Sainthia, kira-kira 260 kilometer ke utara Kolkata, timur India.[1]

Kereta api Ekspres Uttar Banga dari Howrah merempuh Ekspres Vananchal dari Behar yang tidak bergerak di stesen Sainthia, Bengal Barat. Rempuhan dari belakang itu menyebabkan beberapa gerabak terangkat dalam satu timbunan. Sebuah gerabak tercampak ke atas sebuah jejambat.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Suiri. Menteri Kereta api, Mamta Banerjee mengumumkan pampasan RS 500,000 untuk kematian dan 100,000 untuk kecederaan serius.

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Pegawai polis tidak mengesyakki angkara pengganas tetapi hairan bagaimana dua kereta api berada pada landasan yang sama.[2] Pemandu dalam kelajuan tinggi gagal berhenti pada lampu merah. Tidak ada kecuaian pada sistem brek kereta api. Pemandu dan pembantunya terbunuh di tempat kejadian. Operator signal , Mator Let telah cuba berhubung dengan pemandu gagal berhenti. Kebanyakan kemalangan kereta api di India berpunca daripada kegagalan sistem signal dan sistem komunikasi. Mereka menyalahkan pengurusan yang lemah dan kecuaian manusia.

Vivek Sahay selaku pengerusi Lembaga Kereta api India menyatakan bahawa kemungkinan kecuaian manusia antara punca kemalangan itu. Kereta api penumpang tidak sepatutnya terlalu laju (90 kilometer sejam) dan gagal berhenti apabila lampu merah menyala.

Mamata Banerjee selaku Menteri Kereta api tertekan ekoran kemalangan kereta api ini. Beliau berhadapan undian pada Mei 2011 di negeri Bengal Barat untuk menamatkan pemerintahan Marxist.

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

  • 28 Mei 2010 , lebih 70 orang terbunuh di Bengal Barat apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir yang dipercayai akibat perbuatan sabotaj oleh pemberontak komunis/ Maoist.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Blame-game over deadly India train crash". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 2010-07-23.
  2. ^ 61 maut kereta api bertembung di India