Kemalangan kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tinggalan kilang di Bhopal, India.
Kawasan terjejas letupan Beirut 2020.

Sebuah kemalangan kimia berlaku akibat pelepasan tak sengaja suatu bahan kimia berbahaya yang mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar. Insiden-insiden yang boleh berlaku termasuk kebakaran, letupan atau pelepasan bahan berbahaya atau beracun yang mendatangkan kecederaan atau kecacatan. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku ketika bahan-bahan kimia disimpan, diangkut atau digunakan, dengan kemalangan-kemalangan besar berlaku secara industri yang melibatkan penghasilan bahan kimia serta pusat penyimpanan. Kemalangan-kemalangan kimia utama yang pernah berlaku termasuk tragedi gas Bhopal pada 1984 di India yang berlaku akibat pelepasan gas beracun, metil isosianat oleh sebuah kilang Union Carbide. Usaha-usaha mengelakkan kemalangan kimia termasuk memperbaiki sistem keselamatan serta gaya penggunaan dan penghasilan bahan kimia.

Tempat[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

In 1990, the Badan Penyiasatan Keselamatan dan Bahaya Kimia (CSB) ditubuhkan pada 1990, meskipun tidak beroperasi hingga 1998. Badan ini bertanggungjawab untuk menentukan punca kemalangan dan menerbitkan panduan-panduan keselamatan serta mengadakan bengkel-bengkel berkenaan pengekangan dan pengurusan bencana kimia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chemical Accidents: About Diarkibkan 31 Mei 2008 di Wayback Machine." OECD Environment Directorate. OECD. 19 Julai 2007.