Kemaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kemaman
داءيره كمامن
Lokasi Daerah Kemaman di Terengganu
Lokasi Daerah Kemaman di Terengganu
Map
Kemaman is located in Bumi
Kemaman
Kemaman (Bumi)
Koordinat: 4°15′N 103°10′E / 4.250°N 103.167°E / 4.250; 103.167Koordinat: 4°15′N 103°10′E / 4.250°N 103.167°E / 4.250; 103.167
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
KerusiChukai
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kemaman
Kerajaan
 • Pegawai daerahAhmad Farhan Abdul Wahab[1]
Luas
 • Jumlah2,535.60 km2 (979.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah215,582
 • Kepadatan85/km2 (220/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Postcode
24xxx
Kod panggilan+6-09-8
Plat pendaftaran kenderaanT

Kemaman merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Daerah ini terletak di selatan negeri Terengganu dan berkeluasan 2,535 kilometer persegi, ketiga terbesar selepas Hulu Terengganu dan Dungun.

Daerah ini terbahagi kepada 11 mukim dan berpusat di Chukai. Terdapat juga beberapa pekan lain yang penting di daerah ini iaitu Kijal, Kerteh dan Kemasik.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kemaman ditadbir satu pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kemaman yang berpusat di Chukai. Daerah ini terbahagi kepada 12 mukim, sebuah bandar dan empat pekan.

Mukim[sunting | sunting sumber]

Peta daerah Kemaman
  1. Mukim Bandi
  2. Mukim Banggul
  3. Mukim Binjai
  4. Mukim Cukai
  5. Mukim Hulu Jabur
  6. Mukim Hulu Cukai
  7. Mukim Kemasik
  8. Mukim Kertih
  9. Mukim Kijal
  10. Mukim Pasir Semut
  11. Tebak
  12. Teluk Kalung

Pekan dan Bandar

  1. Bandar Cukai
  2. Pekan Air Jernih
  3. Pekan Air Putih
  4. Pekan Kemasik
  5. Pekan Kijal

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula.

Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama bagi Kampung Bukit Kuang. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya berpindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.

Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris seorang bangawan Patani, Siam pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830).[4]Lebai Saris dan pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka kawasan penempatan di sekitar Kampung Nyor.

Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.

Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan pengaruh kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu (Sultan Terengganu). Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.[5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :

  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 kilometer dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh populasi Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan.

Kawasan kaki bukit daerah ini merangkumi jumlah penduduk kedua paling ramai di daerah ini. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini dalam sektor pertanian.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991111,901—    
2000137,070+22.5%
2010166,750+21.7%
2020215,582+29.3%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kemaman ialah seramai 215,582 orang dengan kepadatan penduduk 85 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana . Majoriti penduduk di daerah Kemaman berbangsa Melayu, seramai 198,364 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 198,364
Bumiputera lain 955
Cina 7,840
India 749
Lain-lain 323
Bukan warganegara - 7,351
Jumlah 215,582

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Kemaman, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 95 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[7]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kemaman. Terdapat sebanyak 71 buah sekolah di daerah ini;[8]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 43
Sekolah Jenis Kebangsaan 4
Sekolah Menengah Kebangsaan 21
Sekolah Menengah Agama 2
Kolej Vokasional 1

Daerah Kemaman juga mempunyai 15 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Nama Pegawai Daerah Kemaman". pdtkemaman.terengganu.gov.my.
  2. ^ Administrator. "Mengenai Daerah Kemaman". pdtkemaman.terengganu.gov.my.
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ "Laman sesawang rasmi Pejabat Tanah Kemaman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-07-01.
  5. ^ "Laman sesawang rasmi Pejabat Tanah Kemaman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-07-01.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  8. ^ "Sekolah di PPD Kemaman-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Diarkibkan 2006-12-09 di Wayback Machine
Diarkibkan 2008-05-27 di Wayback Machine
Diarkibkan 2008-05-27 di Wayback Machine
Diarkibkan 2010-10-22 di Wayback Machine