Kematian Karpal Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kematian Karpal Singh
Karpalacident.jpg
Toyota Alphard yang dinaiki oleh Karpal dan enam yang lain termasuk pembantu peribadinya terlibat dalam kemalangan lebuhraya pada pagi Khamis.
Tarikh17 April 2014; 5 tahun yang lalu (2014-04-17)
Masa1:30 pagi (Waktu Malaysia)
LokasiLebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara, Gua Tempurung, Perak
PenyebabKemalangan jalan raya
Kematian2
Kecederaan4

Ahli politik dan peguam, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan lebuh raya yang berlaku di KM 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada jam 1:30 pagi hari Khamis, 17 April 2014.[1][2] Dipercayai bahawa beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu perbicaraan kes mahkamah kemudian pada waktu pagi.[3] Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dinaikinya telah melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.[4] Kejadian ini berlaku sebulan selepas Karpal melepaskan jawatannya sebagai pengerusi DAP setelah didapati bersalah dalam kes hasutan.[5][6][7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Karpal Singh
Karpal pada 2011

Karpal Singh dilahirkan pada 28 Jun 1940 di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution, George Town, Pulau Pinang, dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura[8] dan memulakan kerjaya guaman pada 1969. Beliau diingati sebagai peguam tersohor negara kerana mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan pengedaran dadah terhadap dua warga Australia, Kevin Barlow dan Brian Chambers pada 1986[9] dan perbicaraan tuduhan fitnah liwat melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.[10] Sekitar 1977, beliau berjaya mendapat pengampunan diraja untuk seorang remaja berketurunan Cina berusia 14 tahun yang dijatuhkan hukuman mati di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memiliki senjata api. Karpal pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam dan menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, hakikatnya, beliau turut berjasa dalam membela hal orang Islam di Malaysia dan Singapura.[perlu rujukan]

Kes[sunting | sunting sumber]

Pada 17 April, Karpal, dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, maut di tempat kejadian. Selain itu, pembantu rumah beliau, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, dan pemandu kenderaan MPV, C. Selvam tidak mengalami kecederaan.[11]

Menurut laporan, kereta Toyota Alphard berlanggar dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.[11] Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Semakan polis terhadap kenderaan MPV tersebut mendapati terdapat 29 kesalahan lalu lintas memandu laju direkodkan di bawah Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan daripada jumlah tersebut, 15 saman masih belum dijelaskan. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian.[11]

Persemadian[sunting | sunting sumber]

Pengebumian Karpal diadakan pada 20 April 2014 dengan penghormatan negeri penuh di Pulau Pinang dengan Keluarga dan dihadiri oleh orang ramai termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan kabinetnya bersama-sama dengan lebih daripada berpuluh-puluh ribu orang menghadiri pengebumian beliau. Majlis pengembumian beliau disifatkan sebagai majlis pengebumian terbesar dalam sejarah Pulau Pinang. Perarakan itu berhenti di tempat-tempat yang dikasihi oleh Karpal – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institut St Xavier dan ibu pejabat parti DAP negeri di Jalan Rangoon – sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Gantong.[12]

Jasad mendiang Karpal dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat Batu Gantong, George Town, Pulau Pinang pada 1:35 petang, 20 April 2014 dan adalah dengan hormat dibakar bawah ribu solat berkabung,[Penjelasan diperlukan] melaungkan namanya dalam perarakan tersebut.[13] Abu mayat mendiang dikumpul oleh keluarga mendiang dan ditaburkan ke dalam laut pada Isnin, 21 April 2014.[14]

Hadirin[sunting | sunting sumber]

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal termasuk:

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli politik, aktivis dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan mendiang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Karpal dan juga menyatakan kejutan mereka terhadap kejadian itu.

  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat berita kematian Karpal selepas berlepas ke Turki dan menyampaikan takziah kepada keluarga mendiang. Najib berkata di laman Twitter beliau: "Saya baru sahaja berangkat ke Ankara apabila saya mendengar berita bahawa YB Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang,"[15]
  • Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menyuarakan ucapan takziah di akaun Twitter rasminya. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka telah kehilangan seorang rakan sekerja dan seorang pejuang yang tidak berdosa untuk keadilan. "Kami kehilangan seorang rakan, kami berbual begitu lama di telefon pada jam 6.30 petang semalam, ucapan takziah saya kepada keluarga beliau," katanya.[15]
  • Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa ia ialah berita yang menyedihkan bagi negara. Beliau berkata: "Negara ini telah kehilangan seorang tokoh politik dan seorang peguam yang berwibawa. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh," katanya.[15]
  • Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyampaikan eulogi (puisi sanjung) pada jam 10.15 pagi ketika majlis pengebumian.[14]
  • Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan Karpal sebagai seorang rakan yang baik dan ibarat seperti "harimau tiada taring"[16] dan seseorang yang boleh dipercayai yang sentiasa mahu berkhidmat kepada rakyat. Beliau berkata: "Kami sama-sama di Parlimen. Karpal sentiasa membangkitkan isu-isu untuk kepentingan rakyat, tiada apa yang dapat saya buat kecuali menangis apabila mendapat tahu tentang kematian Karpal,".[17][18]
  • Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal sebagai pelajar yang nakal dan selalu gagal dalam peperiksaan.[19]
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986. Beliau berkata: "Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara,"[19]

Pandangan keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak perempuan tunggal mendiang, Sangeet Kaur Deo memberitahu kepada media, bapanya bersama pembantu peribadi sempat bergurau bersama mengenai kematian, dan tidak menyangka itu merupakan gurauan terakhir bapanya sebelum kemalangan. Sangeet juga berkata beliau mendengar cerita tersebut daripada salah seorang pekerja bapanya yang kebetulan mendengar gurauan itu. Beliau berkata dalam temu ramah bersama pemberita dan wartawan:"[20]

"Bapa saya berkata mereka semua (kakitangan) bergembira. Mereka semua berada dalam keadaan yang bergembira, kemudian bapa saya berkata: "Tanpa Michael, saya akan mati,". Michael pula menjawab: "Tanpa bos, saya akan mati,""[20]

Ulang tahun kematian[sunting | sunting sumber]

Majlis ulang tahun pertama kematian mendiang Karpal telah diadakan pada 17 April 2015, dengan upacara "Akhand Paath" dilakukan di Wadda Gurdwara, dihadiri oleh keluarga mendiang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manjit Kaur and G. Surach (17 April 2014). Karpal Singh dies in car accident The Star Online. Dicapai pada 7 Jun 2017.
  2. ^ Eminent Malaysian lawyer Karpal Singh dies The Hindu (April 17, 2014). Dicapai pada 7 Jun 2017.
  3. ^ Austin Camoens (17 April 2014). "Police: Karpal died on the spot from impact of crash". The Star. Dicapai 15 September 2017. 
  4. ^ Radzi Razak and Susan Leone (17 April 2014). Karpal killed in accident near Kampar Malaysiakini. Dicapai pada 18 April 2014.
  5. ^ Syukri Saari (17 April 2014). Karpal Singh maut kemalangan Utusan Malaysia. Diperoleh pada 13 September 2017.
  6. ^ Radzi Razak & Susan Loone (17 April 2014). "Karpal maut dalam nahas dekat Kampar". Malaysiakini. Dicapai 13 September 2017. 
  7. ^ "Karpal Singh, PA maut kemalangan". Sinar Harian. 17 April 2014. Dicapai 13 September 2017. 
  8. ^ Donoghue 2013, m/s. 17.
  9. ^ Donoghue 2013, m/s. xii.
  10. ^ Donoghue 2013, m/s. x.
  11. ^ a b c Karpal Singh maut kemalangan dekat Gopeng Astro Awani (17 April 2014). Diperoleh pada 13 September 2017.
  12. ^ D. Kanyakumari (20 April 2014). "Karpal Singh: Funeral procession a final journey through the streets". The Star Online. Dicapai 15 September 2017. 
  13. ^ "Karpal cremated as thousands bid farewell". Free Malaysia Today. 20 April 2014. Dicapai 15 September 2017. 
  14. ^ a b Tan Sin Chow (20 April 2014). "Karpal Singh: Emotional moment as thousands pay their last respects at funeral". The Star Online. Dicapai 15 September 2017. 
  15. ^ a b c T. Avineshwaran (17 April 2014). "Najib joins other shocked Malaysians in paying Twitter tribute to Karpal Singh". The Star Online. Dicapai 15 September 2017. 
  16. ^ "Samy ibaratkan Karpal "harimau tidak bertaring"". mSTAR Online. 28 Disember 2008. Dicapai 17 September 2017. 
  17. ^ Susan Loone (18 April 2014). "Samy Vellu menangis kenang Karpal". Malaysiakini. Dicapai 17 September 2017. 
  18. ^ S Retnanathan (17 April 2014). "Karpal's old foe has nothing but respect". Free Malaysia Today. Dicapai 17 September 2017. 
  19. ^ a b "Liong Sik sifatkan Karpal sebagai pelajar yang nakal". Astro Awani. 19 April 2014. Dicapai 17 September 2017. 
  20. ^ a b Rosdalilah Zahari (20 April 2014). "Gurauan kematian jadi kenyataan". Sinar Harian. Dicapai 17 September 2017. 
  21. ^ Balvin Kaur (3 April 2015). "Prayers mark Karpal's first year death anniversary". New Straits Times. Dicapai 29 Disember 2017. 
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]