Kematian Mahsa Amini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kematian Mahsa Amini
Nama asal مهسا امینی
Tarikh16 September 2022
LokasiTehran, Iran
PenyebabPecah tengkorak akibat trauma teruk[1][2][3]
PengebumianSaqqez, Iran

Pada 16 September 2022, seorang wanita Iran berusia 22 tahun bernama Mahsa Amini (Parsi: مهسا امینی), juga Jina/Zhina Amini (Parsi: ژینا امینی  ; Bahasa Kurdi: ژینا ئەمینی),[4] meninggal dunia di Tehran, Iran, dalam keadaan yang mencurigakan, didakwa kerana keganasan polis.[5][6]

Peronda Bimbingan, badan pengawal moraliti (juga mutawin) Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang Iran, mula-mula menahan Amini kerana tidak memakai tudung yang diwajibkan sepanjang masa peraturan pemerintah Iran. Polis berkata bahawa dia mengalami serangan jantung di sebuah balai, jatuh di atas lantai, dan meninggal dunia selepas koma dua hari.[7][8] Saksi terus dan wanita yang ditahan bersama Amini berkata dia telah dipukul teruk sehinggakan didiagnosis mengalami pendarahan serebrum dan strok[9] menurut imbas periksa perubatan ke atasnya yang tertiris buka.[1]

Kematian Amini mengakibatkan beberapa siri protes besar-besaran di seluruh negara yang mendapat perhatian antarabangsa, termasuk kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian yang bertumpuan kepada keganasan terhadap wanita di Iran.[10][11] Beberapa pemimpin, organisasi dan selebriti di seluruh dunia mengutuk insiden itu dan menyatakan solidariti dengan penunjuk perasaan.[12] Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Peronda dan pemimpin Iran dalam pelbagai organisasi keselamatan.[13]

Pihak berkuasa Iran cuba untuk menyekat protes dengan menembak penunjuk perasaan dengan tembakan burung dan pelet logam, gas pemedih mata dan meriam air,[14] sekatan pelbagai aplikasi dalam talain termasuk Instagram dan WhatsApp, dan mengehadkan Internet untuk mengurangkan keupayaan pengaturan penunjuk perasaan. Sekatan ini disebut sebagai sekatan Internet terbesar Iran sejak 2019, apabila Internet disekat sepenuhnya.[15]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Iran memperkenalkan kod pakaian wajib bagi wanita, mengikut tafsiran Islam mereka, sejurus selepas Revolusi Iran pada 1979. Pada 7 Mac, kurang sebulan selepas revolusi, Ruhollah Khomeini telah menetapkan kewajipan bertudung bagi semua wanita di tempat kerja mereka, dan memutuskan bahawa wanita tidak bertudung tidak dibenarkan memasuki tempat kerja atau mana-mana pejabat kerajaan, yang disebutnya sebagai "bertelanjang".[16]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2022, Mahsa Amini, seorang wanita 22 tahun dari Saqqez, Wilayah Kurdistan, Iran, telah ditahan oleh Peronda Bimbingan di pintu masuk Lebuh Raya Shahid Haghani ketika berada di Tehran bersama keluarganya. Dia kemudiannya dipindahkan ke jagaan agensi Keselamatan Moral.[17][18][19] Abangnya, Kiaresh (Ashkan) Amini, yang pernah bersamanya ketika dia ditangkap, diberitahu dia akan dibawa ke pusat tahanan untuk menjalani "kelas taklimat" dan dibebaskan sejam kemudian. Abangnya menunggu di balai polis selama dua jam, dan dia dimaklumkan kakaknya mengalami serangan jantung dan sawan otak. Dia dibawa ke Hospital Kasra dengan ambulans.[20][21][22]

Menurut sepupu Amini, Erfan Mortezaei, dia telah diseksa dan dihina di dalam van sambil disaksikan oleh tahanan bersamanya. Selepas dia tiba di balai polis, dia mula kehilangan daya penglihatan dan pengsan. Ambulans tiba selepas 30 minit, dan satu setengah jam untuk dia sampai ke hospital Kasra.[23]

Selama dua hari, Amini koma di Hospital Kasra di Tehran, yang membawa kepada bantahan terhadap Peronda dan undang-undang terkait.[24] Dia meninggal dunia di unit rawatan rapi pada 16 September.[5]

Bukti keganasan[sunting | sunting sumber]

Hospital Kasra, tempat Amini meninggal dunia.

Klinik tempat Amini dirawat mengeluarkan kenyataan di Instagram mengatakan bahawa dia mati otak ketika dimasukkan; catatan ini kemudiannya dipadam.[25][26]

Abang Amini, Kiaresh, mengesan kesan lebam di kepala dan kakinya. Wanita yang ditahan bersama Amini berkata dia telah dipukul dengan teruk kerana menentang hinaan pegawai yang menangkapnya.[27]

Sebilangan doktor berpendapat Amini mengalami kecederaan otak berdasarkan simptom klinikal, termasuk pendarahan dari telinga dan lebam di bawah mata.[28] Ini juga disahkan oleh dakwaan imbasan perubatan tengkoraknya, yang dibocorkan penggodam, menunjukkan patah tulang, pendarahan, dan edema otak.[1][29]

Menurut Iran International, kerajaan Iran telah mereka-reka rekod perubatan palsu buat Mahsa Amini yang menunjukkan bahawa dia mempunyai sejarah penyakit jantung. Pada 20 September, Dr. Massoud Shirvani, seorang pakar bedah saraf, mendakwa di siaran televisyen kerajaan bahawa Amini mempunyai tumor otak yang dibedah keluar ketika usia 8 tahun.[30]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 17 September, beberapa jam selepas Mahsa Amini meninggal dunia, penunjuk perasaan berkumpul di luar Hospital Kasra di Tehran, tempat Amini dirawat. Kumpulan hak asasi manusia melaporkan bahawa pasukan keselamatan menggunakan semburan lada terhadap penunjuk perasaan dan beberapa orang telah ditangkap.[31] Kemudian beberapa siri protes tercetus atas kematian Amini, termasuk di Saqqez, kampung halamannya.[32] Ada yang menjerit "matilah diktator", dan slogan feminis Kurdish seperti "wanita, nyawa, kebebasan".[33][34][32]

Mulai 18 September, protes dan perarakan merebak hari demi hari di bandar yang berbeza. Jalan-jalan di Sanandaj pada Ahad ditutup sebahagiannya dan pasukan keselamatan berselerak di seluruh bandar berikutan satu malam protes terhadap peraturan pakaian ketat Iran.[35]

Menurut Pertubuhan Hak Asasi Manusia Hengaw, pasukan keselamatan menembak penunjuk perasaan di Kurdistan pada 19 September, membunuh lima—dua di kampung Saqqez;[36] dua di bandar Divandarreh; dan satu di Dehgolan.[37] Demonstrasi masyhur merebak ke bandar-bandar lain Iran, termasuk Tehran, Rasht, Esfahan, Karaj, Mashhad dan Ilam, dan polis khas Iran menangani protes ini dengan teruk; ramai yang cedera, dan beberapa aktivis politik telah ditangkap.[38][39]

Pada 22 September, protes di Tehran dan bandar-bandar lain menyebabkan balai polis dan kereta dibakar.[40]

Di media sosial[sunting | sunting sumber]

Pukulan dan kematian Amini menjadi tular di beberapa rangkaian sosial. Hashtag #MahsaAmini menjadi salah satu hashtag paling kerap diulang di Twitter Parsi. Bilangan twit dan twit ulang tagar melebihi 80 juta.[41][42] Beberapa wanita Iran menyiarkan video di media sosial mereka memotong rambut mereka sebagai protes.[43] Dilaporkan pada 21 September bahawa kerajaan Iran telah menyekat akses internet ke Instagram dan WhatsApp dan mengganggu perkhidmatan internet di Kurdistan dan bahagian lain di Iran dalam usaha untuk menyenyapkan pergolakan.[44] Sehingga 24 September 2022, tagar #Mahsa_Amini serta tagar bahasa Parsi setara memecahkan rekod Twitter dengan lebih 80 juta tweet.[45][46]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Mahsa Amini's medical scans show skull fractures caused by 'severe trauma': Report". Al Arabiya. 19 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  2. ^ "Iran protests: Mahsa Amini's death puts morality police under spotlight". BBC News. 23 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2022. Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ "Iran's protesters have had enough after Mahsa Amini's death". Al Jazeera English. 22 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 25 September 2022.
  4. ^ "Zhina Amini goes into coma 2 hours after arrest". National Council of Resistance of Iran (dalam bahasa Inggeris). 15 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  5. ^ a b Fazeli, Yaghoub (16 September 2022). "Iranian woman 'beaten' by police for 'improper hijab' dies after coma: State media". Al Arabiya. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2022. Dicapai pada 16 September 2022.
  6. ^ "Mahsa Amini kimdir? M ahsa Amini nasıl öldü?". Cumhuriyet (dalam bahasa Turki). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2022. Dicapai pada 25 September 2022.
  7. ^ "Three killed in protests over Iranian woman Mahsa Amini's death in custody". CBC.ca. 20 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  8. ^ "Arrest by hijab police leaves woman comatose". Al-Monitor. 15 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  9. ^ Brase, Jörg (20 September 2022). "Irans Opposition hat vor allem eine Schwäche" [Above all, Iran's opposition has one weakness]. ZDF (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  10. ^ "نماد زن ایرانی در حکومت جهل و جنون آخوندی!" [The symbol of Iranian women in the rule of ignorance and insanity of Akhundi!]. iran-tc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  11. ^ "Mahsa Amini is Another Victim of the Islamic Republic's War on Women". iranhumanrights.org. 16 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  12. ^ "Condemnations Follow Death Of Young Woman in Iranian Police Custody". Iran International. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  13. ^ "Treasury Sanctions Iran's Morality Police and Senior Security Officials for Violence Against Protesters and the Death of Mahsa Amini". United States Department of the Treasury. 22 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2022. Dicapai pada 23 September 2022.
  14. ^ "At least 36 killed as Iran protests over Mahsa Amini's death rage: NGO". Al Arabiya News. 23 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2022. Dicapai pada 23 September 2022.
  15. ^ Bonifacic, Igor (21 September 2022). "Iran restricts access to WhatsApp and Instagram in response to Mahsa Amini protests". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  16. ^ "The Stolen Revolution: Iranian Women of 1979". cbc.ca. 8 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  17. ^ "(Video) Mahsa Amini is the latest victim of the misogynist mullahs' regime in Iran". EIN Presswire. Associated Press. 19 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  18. ^ "Indignación en Irán por el coma de una joven tras ser detenida por la Policía" [Outrage in Iran over the coma of a young woman after being detained by the Police]. swissinfo.ch (dalam bahasa Sepanyol). Swissinfo. 15 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  19. ^ "Iran: Woman in coma after her arrest by Tehran's morality police". alaraby.co.uk. The New Arab. 15 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  20. ^ Rahimpour, Rana (16 September 2022). "Fury in Iran as young woman dies following morality police arrest". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  21. ^ Reuters (16 September 2022). "Iran woman's death after morals police arrest sparks protests". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  22. ^ "Iranian woman in coma after morality police arrest: activists". France 24. AFP. 15 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  23. ^ "Mahsa Amini was 'tortured and insulted' before death in police custody in Iran, her cousin says". Sky News. 25 September 2022.
  24. ^ Saaberi, Arezou (15 September 2022). "Mahsa Amini: Arrested For Islamic Guidance, Ended Up Brain Dead!". IranTrue (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  25. ^ "Landesweite Proteste nach Tod von Mahsa Amini" [Nationwide protests after Mahsa Amini's death]. Deutsche Welle. 19 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 19 September 2022. Die Klinik, in der die 22-Jährige behandelt wurde, hatte nach ihrem Tod auf einem inzwischen gelöschten Post bei Instagram geschrieben, dass Amini bereits bei der Aufnahme hirntot gewesen sei.
  26. ^ "مهسا امینی بر اثر جراحات ناشی از ضرب و جرح ماموران گشت ارشاد درگذشت" [Mahsa Amini died as a result of the injuries caused by the assault by the officers of the Irshad patrol] (dalam bahasa Parsi). Al Arabiya. 16 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  27. ^ "Father of Kurdish woman killed in Iran says daughter was beaten". Rudaw Media Network. 19 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 25 September 2022.
  28. ^ "Iranian Medical Official Says Amini's Death Caused By Head Injury, Rejects Official Version". Radio Free Europe/Radio Liberty (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  29. ^ "Mahsa Amini's CT Scan Shows Skull Fractures Caused By Severe Blows". Iran International. 19 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  30. ^ "Exclusive: Khamenei Doctor Sought To Forge Mahsa Amini's Records". 26 September 2022.
  31. ^ Strzyżyńska, Weronika (17 September 2022). "Protests in Iran at death of Kurdish woman after arrest by morality police". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 17 September 2022.
  32. ^ a b Sirwan, Dilan (17 September 2022). "At least 10 demonstrators injured in Iran following death of Kurdish woman". Rudaw Media Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  33. ^ Strzyżyńska, Weronika (17 September 2022). "Protests in Iran at death of Kurdish woman after arrest by morality police". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 17 September 2022.
  34. ^ "the police open fire at the funeral". Italy 24 News English (dalam bahasa Inggeris). 17 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  35. ^ Kaki, Chiya (19 September 2022). "Locals decry controversial death of woman in Iran". Rudaw Media Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  36. ^ Pannett, Rachel; Berger, Miriam (20 September 2022). "Violence erupts in Iran after woman dies in 'morality police' custody". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 20 September 2022.
  37. ^ Reuters (19 September 2022). "Five killed in Iran during protests over death in custody - rights group". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  38. ^ Ershad, Alijani (19 September 2022). "'I will never wear a headscarf again': Outrage in Iran after woman dies in custody". France 24 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  39. ^ Reuters (19 September 2022). "Five killed in Iran during protests over death in custody - rights group". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  40. ^ Reuters (22 September 2022). "Iranian protesters torch police stations as unrest over woman's death spreads". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  41. ^ Reuters (18 September 2022). "Fury grows in Iran over woman who died after hijab arrest". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  42. ^ "هشتگ مهسا امینی ترند جهانی شد – DW – ۱۴۰۱/۶/۲۷" (dalam bahasa Parsi). Deutsche Welle. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  43. ^ "Iran women cut their hair to protest against death of 22-year-old woman in custody". Indian Express Limited. 19 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2022. Dicapai pada 19 September 2022.
  44. ^ "As unrest grows, Iran restricts access to Instagram, WhatsApp". Reuters. 21 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  45. ^ "Hashtag Against Death Of Hijab Victim Breaks Historic Record". Iran International. 23 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  46. ^ Serjoie, Kay Armin (24 September 2022). "The Protests in Iran Have Shaken the Islamic Republic to Its Core". Time.