Kematian Rayan Oram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada 1 Februari 2022, Rayan Oram (4 Julai 2016 - 1 Februari 2022) yang berusia lima tahun jatuh ke dalam perigi di kampung Ighran, komun Tamorot, Wilayah Chefchaouen, Maghribi. Sifat perigi yang dalam serta sempit menyebabkan satu operasi penyelamatan yang bersifat luar biasa dilakukan pihak perkuasa Maghribi. Percubaan menyelamat dihalangi sifat perigi yang sempit dan tanah rapuh. Rayan berjaya dikeluarkan pada 5 Februari, tetapi disahkan telah meninggal dunia oleh kenyataan diraja negara.[1]

Operasi menyelamat Rayan menjadi masyhur di peringkat antarabangsa, dengan insiden itu telah dibandingkan dengan kes Julen Roselló, seorang budak lelaki Sepanyol berusia dua tahun yang terperangkap dalam perigi berkedalaman 100 m (330 ka), dengan nasib yang sama.[2]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Semasa bermain di luar pada 1 Februari 2022,[3] Rayan Oram yang berusia lima tahun terjatuh ke dalam perigi ketika bapanya sibuk bekerja berhampiran. Keluarganya mencari dia, sehingga mereka mendapati perigi tanpa penutupnya, dan dengan kesan tapak kaki kecil di berhampiran, dan kemudian mendengar suaranya.[3] Mereka mengesahkan lokasinya menggunakan kamera telefon yang mereka turunkan, dan memaklumkan pihak berkuasa tempatan. Kaedah penyelamatan tradisional gagal, jadi pihak berkuasa wilayah Chefchaouen telah dipanggil.[4]

Keesokan harinya, sukarelawan cuba mencapai Rayan dengan menuruni perigi berkedalaman 32 m (105 ka). Diameter telaga yang paling sempit ialah sekecil 50 cm (20 in) menyebabkan penyelamatan secara terus adalah mustahil.[5] Walaupun begitu, pada masa itu, disahkan bahawa Rayan masih hidup. Pihak berkuasa membawa jentera berat dan mula menggali di tepi perigi. Air, makanan dan bekalan oksigen diturunkan serta kamera untuk memantau keadaan budak itu.[4]

Pada 3 Februari, pasukan penyelamat terus menggali di tepi perigi; rancangan penyelamatan adalah untuk menggali secara menegak ke kedalaman tempat Rayan, kemudian mula menggali secara mendatar. Pasukan penyelamat menggali dengan berhati-hati, dan kadang-kadang berhenti untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan tanah runtuh. Jurucakap rasmi kerajaan Maghribi Mustapha Baytas berkata bahawa keadaan sedang dipantau rapi oleh Menteri Dalam Negeri, Abdelouafi Laftit dan Menteri Kesihatan, Khalid Aït Taleb.[4] Pasukan perubatan, ambulans, dan helikopter Gendarmerie Diraja Maghribi telah dihantar ke tempat kejadian.[3] Penggali mencapai kedalaman Rayan pada 4 Februari dan memulakan tugas untuk menggali secara mendatar. Untuk mengelakkan tanah runtuh, kapak dan penyodok digunakan, dan penggalian dihentikan sementara untuk menjamin keselamatan operasi.[6] Pada 5 Februari, hari keempat sejak Rayan jatuh, suatu batu yang menghalang terowong digali menyebabkan kelewatan selama 3 jam untuk menyelamatkannya.[6][7] Paip-paip besar telah dipasang untuk menguatkan terowong tersebut.[8] Hari itu juga, Rayan berjaya ditarik keluar dari perigi. Walau bagaimanapun, kenyataan diraja dibuat sejurus selepas pengeluarannya, dengan titah bahawa dia telah meninggal dunia,[1] dan Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa Rayan untuk menyampaikan ucapan takziah.[9]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Tanda pagar termasuk #SaveRayan serta tagar setara dalam bahasa Arab (#انقذو_ريان) masyhur di Maghribi, Algeria dan Perancis, negara dengan bilangan diaspora Maghribi yang besar. Insiden itu turut menarik liputan meluas media dalam kedua-dua media pan-Arab dan antarabangsa, termasuk artikel di laman web dan saluran seperti BBC, The Guardian, The New York Times, Der Spiegel, Al Jazeera, Al Arabiya dan Le Parisien. Beberapa saluran berita memuji sambutan dan sokongan daripada rakyat Algeria, "walaupun ketegangan politik semasa antara Maghribi dan Algeria".[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Rayan: Moroccan boy trapped in well for four days has died". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-05. Dicapai pada 2022-02-05.
  2. ^ "In Marokko in Brunnen gefallen: Rettung von Rayan (5) läuft auf Hochtouren" (dalam bahasa Jerman).
  3. ^ a b c "A Timeline of Rayan's Rescue Operation" (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ a b c "قصة الطفل ريان تحبس الأنفاس في المغرب.. سقط في بئر ضيقة قضى يومين داخلها ومحاولات إنقاذه متواصلة" [The story of Rayan keeps Moroccans on edge]. Al Jazeera (dalam bahasa Arab). 3 February 2022.
  5. ^ "Live Updates: Tense Wait as Rescuers Work to Free 5-Year-Old From Well in Morocco". New York Times (dalam bahasa Inggeris). 5 February 2022.
  6. ^ a b "المغرب.. فرق الإنقاذ على بعد مترين من الطفل ريّان العالق في البئر" [Morocco.. rescue teams are 2 meters from Rayan, stuck in a well]. Al Jazeera (dalam bahasa Arab). 3 February 2022.
  7. ^ "Rayan's rescue operation reaches a very advanced stage" (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "المغرب.. انتهاء الحفر الأفقي لإخراج ريان" [horizontal digging is over] (dalam bahasa Arab).
  9. ^ Yee, Vivian; Alami, Aida; El-Naggar, Mona (2022-02-05). "Effort to Rescue a 5-Year-Old Transfixes Morocco, Only to End Sadly". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-02-05.
  10. ^ "الطفل ريان يعيد الدفئ بين الجزائريين والمغاربة (تقرير)" [The boy Rayan brings back warmth between Algerians and Moroccans (report)] (dalam bahasa Arab).