Kematian dan pengebumian Paus Fransiskus
| Kematian dan pengebumian Paus Fransiskus | |
|---|---|
| |
![]() | |
| Maklumat am | |
| Tarikh |
|
| Lokasi |
|
| Koordinat | 41°54′03″N 12°27′12″E / 41.9007°N 12.4533°E |
| Jenis | Kes kematian, certain aspects of a person's life (en) |
| Penyebab | Angin ahmar, Kegagalan jantung |
| Peserta |
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pada 21 April 2025 (Isnin Paskah), pada jam 7:35 pagi waktu CEST (UTC+02:00), Paus Fransiskus telah meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya, Domus Sanctae Marthae, di Kota Vatikan.[1][2] Berita pemergian beliau diumumkan oleh Kardinal Kevin Farrell, selaku Kamerlengo, dalam satu siaran rasmi oleh Media Vatikan dan juga menerusi kenyataan video pada jam 9:45 pagi, kira-kira dua jam selepas kematiannya.[3][4][5] Fransiskus telah memimpin Gereja Katolik sejak terpilih sebagai paus pada 13 Mac 2013. Beliau merupakan paus kedua yang meninggal dunia semasa masih menjawat jawatan dalam abad ke-21 selepas Paus Ioannes Paulus II pada tahun 2005.
Sebelum pemergiannya, Fransiskus menjalani rawatan selama lima minggu di hospital akibat jangkitan pada saluran pernafasan dan pneumonia berganda.[6][7] Punca rasmi kematian beliau telah dikenal pasti sebagai strok dan kegagalan jantung.[8] Misa Requiem bagi Fransiskus telah diadakan pada 26 April, lima hari selepas kematiannya. Beliau dimakamkan di Basilika Santa Maria Maggiore. Konklaf untuk memilih pengganti beliau dijangka akan bermula pada 7 Mei.[9]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Fransiskus dipilih menjadi paus pada tahun 2013 pada usia 76 tahun. Walaupun beliau pernah mengalami masalah paru-paru kronik akibat pembedahan paru-paru ketika muda, doktor beliau mengatakan bahawa itu tidak akan memberi kesan besar pada kesihatan beliau. Hanya satu perkara yang perlu diperhatikan, iaitu jika beliau mendapat jangkitan pernafasan, daya simpanan pernafasannya boleh berkurang. Dalam beberapa tahun terakhir, beliau sering menghidap influenza dan bronkitis pada musim sejuk. Selain itu, beliau juga mengalami masalah lutut dan siatika yang menyebabkan beliau sering menggunakan kerusi roda, rangka berjalan atau tongkat.[10]
Pada tahun 2021, ada desas-desus mengenai kesihatan Fransiskus yang mengatakan beliau mungkin akan meletak jawatan,[11] tetapi beliau menafikannya.[12] Pada Jun 2022, selepas menjalani rawatan untuk lututnya, beliau membatalkan lawatan ke Republik Demokratik Congo dan Sudan Selatan.[13] Dalam satu wawancara bersama Reuters, beliau berkata bahawa beliau tidak pernah terfikir untuk meletak jawatan, tetapi akan berbuat demikian jika kesihatannya menghalang beliau menjalankan tugas sebagai pemimpin Gereja.[14] Ketika lawatan ke Republik Demokratik Congo pada Februari 2023, beliau sekali lagi menegaskan bahawa peletakan jawatan bukan dalam rancangannya pada masa itu.[15]
Pada Mac 2023, Fransiskus dimasukkan ke hospital di Rom kerana jangkitan pernafasan,[16] tetapi beliau kembali untuk merayakan Misa Malam Paskah pada Sabtu Suci pada bulan April.[17] Pada Jun, beliau menjalani pembedahan abdomen akibat hernia.[18] Sejak tahun 2022, beliau telah menggunakan kerusi roda dalam acara awam kerana kesakitan lutut yang berterusan yang memerlukan pembedahan.[19][20] Menurut Reuters, beliau mengakui bahawa masalah mobiliti ini menandakan permulaan fasa baharu yang lebih perlahan dalam kepausannya.[21] Walaupun begitu, ramai umat Katolik yang kurang upaya memuji beliau kerana menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai sebahagian daripada identiti beliau.[22]
Hari-hari terakhir
[sunting | sunting sumber]Penyakit
[sunting | sunting sumber]Pada 14 Februari 2025, Fransiskus dimasukkan ke Hospital Gemelli kerana bronkitis.[23] Rawatannya terpaksa dilanjutkan kerana beliau mengalami jangkitan saluran pernafasan dan pneumonia berganda.[24][25][26] Keadaannya kritikal dan beliau menerima transfusi darah serta oksigen.[27][28] Pada 23 Februari, beliau mengalami kegagalan buah pinggang tahap awal, tetapi keadaannya masih terkawal.[29][30] Pada 26 Februari, keadaan beliau sedikit pulih,[31] namun dua hari kemudian, beliau mengalami kekejangan bronkus, menyedut muntahannya sendiri dan memerlukan ventilasi mekanikal.[32][33] Pada 3 Mac, beliau tidak lagi memerlukan ventilator dan mula pulih.[34][35] Namun, beliau mengalami dua episod kegagalan pernafasan akut[36][37] dan ventilasi mekanikal terpaksa digunakan semula pada hari yang sama.[38]
Pada 19 Mac, dilaporkan bahawa Fransiskus tidak lagi menggunakan ventilator pada waktu malam. Doktor-doktor beliau berkata bahawa jangkitan paru-parunya terkawal walaupun belum sembuh sepenuhnya.[39] Pada 23 Mac, beliau dibenarkan keluar dari hospital[40] dan memberi berkat kepada orang ramai dari balkoni. Beliau dijangka akan menjalani pemulihan di rumahnya di Domus Sanctae Marthae, Kota Vatikan,[41] selama sekurang-kurangnya dua bulan dengan jadual kerja yang lebih ringan.[42][43] Pada 6 April, beliau muncul di khalayak ramai untuk kali pertama selepas keluar dari hospital.[44]
Pada Hari Paskah, 20 April, Fransiskus bertemu dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance,[45][46] untuk mengucapkan selamat Hari Paskah.[47] Beliau meminta Kardinal Angelo Comastri untuk merayakan Misa Paskah, tetapi Fransiskus sendiri muncul di Dataran Santo Peter untuk memberi berkat Urbi et Orbi.[48] Sebelum berangkat, beliau juga bertemu dengan Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenković, yang menjadi pegawai politik terakhir yang bertemu dengannya.[49] Fransiskus mengucapkan terima kasih kepada jururawatnya, Massimiliano Strappetti, kerana membenarkannya membuat penampilan di dataran itu. Selepas itu, beliau berehat dan menikmati makan malam pada petang tersebut.[50][51]
Kematian
[sunting | sunting sumber]

Pada pagi Isnin Paskah, 21 April, sekitar jam 5:30 pagi waktu CEST, kesihatan Fransiskus secara tiba-tiba merosot dengan mendadak. Beliau sempat memberikan isyarat selamat tinggal terakhir kepada jururawat yang bertugas sebelum tidak sedarkan diri.[50] Doktor peribadinya, Dr. Sergio Alfieri, segera tiba dan mendapati bahawa mata Fransiskus masih terbuka serta beliau masih bernafas, namun tidak memberikan sebarang tindak balas. Dr. Alfieri kemudian mengesahkan bahawa beliau telah mengalami strok yang serius. Setelah perbincangan ringkas, mereka sebulat suara bersetuju untuk tidak menghantarnya ke hospital memandangkan keadaannya terlalu kritikal dan tiada sebarang rawatan lanjut yang boleh diberikan. Tiada tanda-tanda menunjukkan beliau sedang mengalami kesakitan atau penderitaan.[52]
Fransiskus meninggal dunia pada jam 7:35 pagi di kediamannya di Kota Vatikan pada usia 88 tahun.[5][53] Pengumuman rasmi mengenai pemergian beliau telah dibuat oleh Kardinal Kevin Farrell, Kamerlengo Gereja, dari kapel kediaman beliau.[54] Sijil kematian yang dikeluarkan oleh pihak Vatikan pada hari yang sama mengesahkan punca kematian sebagai strok yang membawa kepada koma dan kegagalan jantung. Beliau juga dilaporkan menghidap diabetes jenis 2 serta tekanan darah tinggi.[55][56][57] Pada 22 April, pihak Vatikan telah berkongsi gambar pertama jenazah Fransiskus. Dalam gambar tersebut, jenazah beliau dibaringkan di kapel Domus Sanctae Marthae, lengkap dengan mitra uskup, pallium, jubah merah serta kasut hitam yang sering dipakainya.[58]
Apartmen peribadi Paus di Istana Apostolik dan kediaman beliau di Domus Sanctae Marthae telah ditutup oleh Kardinal Kamerlengo.[59]
Selepas kematian Fransiskus, wasiat rohani yang ditulis beliau pada 29 Jun 2022 telah didedahkan kepada umum. Dalam wasiat tersebut, beliau menyatakan hasrat untuk dimakamkan di Basilika Santa Maria Maggiore, berhampiran kawasan antara Kapel Paulus dan Kapel Sforza.[60] Beliau mengakhiri wasiatnya dengan kata-kata: "Semoga Tuhan memberikan ganjaran yang sesuai kepada semua yang telah mengasihi saya dan yang terus berdoa untuk saya. Penderitaan yang telah mewarnai akhir hayat saya, saya serahkan kepada Tuhan, untuk keamanan dunia dan persaudaraan antara umat manusia."[60]
Pada 22 April, seramai 60 orang kardinal telah mengadakan mesyuarat awal.[61] Keesokan harinya, pada 23 April, jam 9:00 pagi, jenazah Fransiskus telah dipindahkan ke Basilika Santo Peter untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir selama tiga hari, bermula jam 11:00 pagi 23 April sehingga jam 7:00 malam 25 April.[62][63][64] Upacara penutupan keranda telah diadakan pada jam 8:00 malam pada 25 April.[65] Dalam tempoh lapan jam pertama, lebih 19,000 orang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.[66] Menjelang malam hari yang sama, jumlah kehadiran telah meningkat kepada 90,000 orang. Oleh itu, pihak Vatikan telah memendekkan waktu lawatan pada pagi 24 April bagi tujuan pembersihan sebelum membukanya semula sepanjang malam.[67] Sehingga 25 April, lebih 250,000 orang telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Fransiskus.[68]
Menurut undang-undang Gereja Katolik, konklaf bagi memilih Paus yang baharu hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hingga 20 hari selepas kematian Paus,[69] iaitu antara 6 hingga 11 Mei 2025. Namun demikian, konklaf boleh diadakan lebih awal sekiranya semua kardinal pemilih telah tiba di Rom menurut perintah dikeluarkan Paus Benedictus XVI yang berjudul Normas nonnullas pada 26 Februari 2013.[70]
Pengebumian
[sunting | sunting sumber]Prosesnya dimulakan oleh Kardinal Kamerlengo, Kardinal Kevin Farrell, yang mengetuai upacara pengesahan kematian di kapel paus.[71] Biasanya, pengebumian seorang paus dilaksanakan dengan penuh kemegahan, namun Fransiskus memilih untuk memudahkan beberapa aturan dalam Ordo Exsequiarum Romani Pontificis, iaitu buku liturgi untuk pengebumian paus.[5] Beliau memilih untuk menggunakan keranda kayu biasa yang dilapik dengan zink dan menghentikan tradisi meletakkan jenazah paus di atas platform tinggi bagi membolehkan orang ramai melihatnya.
Upacara pengebumian telah dilangsungkan pada 26 April pada jam 10:00 pagi dengan Misa Requiem yang dipimpin oleh Dekan Kolej Kardinal, Kardinal Giovanni Battista Re.[58] Menurut Pejabat Protokol Sekretariat Negara Vatikan, kira-kira 130 delegasi luar negara hadir bagi menyaksikan pengebumian tersebut termasuk beberapa pemimpin dunia dan ketua negara yang terkemuka.[72] Selepas Litani Para Kudus, para patriark, uskup agung, dan metropolitan Gereja Katolik Timur berdiri di sebelah keranda Fransiskus untuk Supplicatio Ecclesiae Orientalium (sebelum ini dikenali sebagai Officio Defectorum dalam liturgi Byzantine). Selepas tiga kali menyanyikan troparion Paskah dan berdoa, salah seorang patriark membakar kemenyan di sekitar keranda.
Selepas perarakan dengan popemobile, Fransiskus dikebumikan di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom di ruang pengebumian di lorong sisi antara Kapel Paulus (Kapel Salus Populi Romani) dan Kapel Sforza.[60] Fransiskus menjadi paus ketujuh yang dikebumikan di Basilika itu dan paus pertama yang disemadikan di luar Vatikan sejak Paus Leo XIII pada tahun 1903.[2] Semasa keranda dibawa naik ke tangga Basilika, 40 orang daripada golongan miskin dan terpinggir termasuk banduan yang dibebaskan sehari, mangsa pemerdagangan manusia, wanita transgender, migran, pekerja seks dan gelandangan telah menyambut ketibaan keranda.
Misa pengebumian Fransiskus juga menandakan permulaan tempoh berkabung selama sembilan hari, dikenali sebagai novemdiales, di mana para kardinal akan mengadakan Misa untuk mengenang beliau. Pejabat Perayaan Liturgi Paus telah mengeluarkan jadual serta senarai kardinal yang akan memimpin Misa sepanjang tempoh novemdiales tersebut.[73]
Kerajaan Itali mengerahkan lebih 2,500 anggota polis dan 1,500 askar untuk menjaga keselamatan semasa upacara pengebumian. Sebuah kapal tentera laut turut dihantar ke pesisir pantai Rom dan skuadron jet pejuang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. Sebuah zon larangan terbang juga telah dikuatkuasakan di ruang udara Rom sebelum pengebumian bermula.[68]
Susunan tempat duduk dalam upacara pengebumian ditentukan mengikut kelas yang bergantung kepada jenis pembesar (raja yang memerintah, ketua negara bukan diraja, ketua kerajaan dan sebagainya). Dalam setiap kelas, kumpulan diatur mengikut susunan abjad nama rasmi negara dalam bahasa Perancis kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa utama diplomasi antarabangsa. Namun, satu pengecualian diberikan kepada Presiden Argentina (Javier Milei), negara asal Fransiskus, dan Presiden Itali (Sergio Mattarella) yang diberi keutamaan berbanding pembesar lain.
Upacara pengebumian ini juga menjadi peluang untuk pemimpin-pemimpin mengadakan pertemuan diplomatik secara tidak rasmi.
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Selepas kematian Fransiskus, ramai pemimpin politik dan agama dari seluruh dunia merakamkan ucapan takziah dan memberikan penghormatan kepada beliau.[74][75]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rob Harris (21 April 2025). "Pope Francis, ketua Gereja Katolik, meninggal dunia pada usia 88 tahun". Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ a b "Paus Fransiskus meninggal dunia pada usia 88 tahun". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Kenyataan oleh Pengarah Pejabat Akhbar Takhta Suci, Matteo Bruni". press.vatican.va. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Paus Fransiskus telah meninggal dunia, umum Vatikan dalam kenyataan video". Reuters. 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ a b c Watkins, Devin (21 April 2025). Paus Fransiskus meninggal dunia pada Isnin Paskah, usia 88 tahun. Vatican News. Dicasterium pro Communicatione. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ Giuffrida, Angela (22 Mac 2025). "Paus Fransiskus akan keluar dari hospital dan berehat di Vatikan". The Observer (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0029-7712. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Paus Fransiskus kembali ke Vatikan selepas 5 minggu dirawat akibat radang paru-paru berganda yang mengancam nyawa". PBS News (dalam bahasa Inggeris). 23 Mac 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ Giuffrida, Angela; Sherwood, Harriet (21 April 2025). "Paus Fransiskus meninggal dunia akibat strok diikuti kegagalan jantung, kata Vatikan". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Inilah Cara Konklaf Memilih Paus Baru". CBC News. Canadian Broadcasting Corporation. Associated Press. 19 Februari 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ Povoledo, Elisabetta (22 Februari 2025). "Pope Francis in Critical Condition After 'Respiratory Crisis,' Vatican Says". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2025.
- ^ Gagliarducci, Andrea (31 Ogos 2021). "Analysis: What's behind rumors that Pope Francis will resign?". Catholic News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2025. Dicapai pada 2 September 2021.
- ^ Pullella, Philip (2 September 2021). "Pope denies resignation report, says leads normal life after surgery". Yahoo!. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2023. Dicapai pada 2 September 2021.
- ^ "Pope Francis cancels trip to Congo and South Sudan over health issues". France24. 11 Jun 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2024. Dicapai pada 12 Jun 2022.
- ^ Pullella, Philip (4 Julai 2022). "Exclusive: Pope Francis denies he is planning to resign soon". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2022. Dicapai pada 4 Julai 2022.
- ^ Pullella, Philip (16 Februari 2023). "Popes are for life, resignations should not become a fashion, Francis says". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2023. Dicapai pada 16 Februari 2023.
- ^ Ghiglione, Davide; Davies, Alys (29 Mac 2023). "Pope Francis in hospital with respiratory infection". BBC News. Dicapai pada 29 Mac 2023.
- ^ D'Emilio, Frances (8 April 2023). "Pope Francis returns to public eye for Easter vigil Mass". AP News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2023. Dicapai pada 9 April 2023.
- ^ Betiza, Sofia; Yong, Nicholas (7 Jun 2023). "Pope Francis, 86, to have abdominal surgery". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Jun 2023.
- ^ Giuffrida, Angela (5 May 2022). "Pope Francis uses wheelchair in public for the first time". The Guardian. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ "Pope says he'll slow down or retire after relying on wheelchair and walker during Canada trip". NBC News. 30 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ Pullella, Philip (30 Julai 2022). "Pope says that with frailty and age, he is in new phase of papacy". Reuters. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ Hertzler-McCain, Aleja (17 Ogos 2022). "Disabled Catholics praise pope's example in publicly using a wheelchair". National Catholic Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 22 Oktober 2024.
- ^ Lamb, Christopher; Mortensen, Antonia; Picheta, Rob (14 February 2025). "Pope Francis hospitalized for bronchitis treatment and checks, Vatican says". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2025. Dicapai pada 14 February 2025.
- ^ Lamb, Christopher; Mortensen, Antonia; Braithwaite, Sharon (17 February 2025). "Pope Francis' hospital treatment dealing with 'complex clinical' condition, Vatican says". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2025. Dicapai pada 17 February 2025.
- ^ "Pope has double pneumonia; condition remains 'complex'". Vatican News (dalam bahasa Inggeris). 18 February 2025. Dicapai pada 19 February 2025.
- ^ Povoledo, Elisabetta (18 February 2025). "Pope Francis, Hospitalized, Has Pneumonia, Vatican Says". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2025. Dicapai pada 18 February 2025.
- ^ Winfield, Nicole; Stellacci, Silvia (22 February 2025). "Pope Francis is in critical condition after long respiratory crisis, requiring oxygen at high flow". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Pope at Gemelli Hospital, respiratory crisis in the morning". Vatican News (dalam bahasa Inggeris). 22 February 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 22 February 2025.
- ^ "Pope Francis in critical condition with early kidney failure but remains alert as prayers pour in". CTVNews (dalam bahasa Inggeris). The Associated Press. 23 February 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2025. Dicapai pada 23 February 2025.
- ^ "Pope Francis asks for prayers as he remains in critical condition with early kidney failure". CBS News (dalam bahasa Inggeris). 23 February 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 23 February 2025.
- ^ "Pope Francis shows further slight improvement as he battles pneumonia, the Vatican says". AP News (dalam bahasa Inggeris). 26 February 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2025. Dicapai pada 26 February 2025.
- ^ "Pope had a bronchial spasm and his prognosis remains guarded, Vatican says". AP News (dalam bahasa Inggeris). 28 February 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2025. Dicapai pada 28 February 2025.
- ^ Povoledo, Elisabetta (28 February 2025). "Pope Francis Suffers a Health Setback, Inhaling Vomit". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 28 February 2025.
- ^ "Vatican issue major Pope Francis health update after key step in recovery". The Independent. 3 March 2025. Dicapai pada 3 March 2025.
- ^ "Pope Francis appears to be overcoming setback in recovery from pneumonia". The Independent. 3 March 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 3 March 2025.
- ^ "Pope Francis had two episodes of 'acute respiratory insufficiency', Vatican says". Reuters. 3 March 2025. Dicapai pada 3 March 2025.
- ^ Rainsford, Sarah; Howard, Jacqueline (3 March 2025). "Pope Francis 'alert' after respiratory failure, Vatican says". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 7 March 2025.
- ^ Giuffrida, Angela (3 March 2025). "Pope Francis suffers two episodes of 'acute respiratory failure'". The Guardian.
- ^ "Pope no longer requires mechanical ventilation". Vatican News. 19 March 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 19 March 2025.
- ^ "Pope Francis makes first appearance from Rome hospital". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 22 March 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 23 March 2025.
- ^ Giuffrida, Angela (23 March 2025). "Pope Francis greets crowds in Rome before discharge from hospital". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 24 March 2025.
- ^ Stancati, Margherita (23 March 2025). "Pope Francis Leaves Hospital After Weekslong Stay". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 March 2025.
- ^ "Pope Francis makes first appearance from Rome hospital". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 23 March 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 24 March 2025.
- ^ "Recovering Pope Surprises Pilgrims With a Public Appearance". New York Times. 6 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Pope Meets With JD Vance After Criticism of Trump Administration". New York Times. 20 April 2025.
- ^ Natanson, Phoebe; Shalvey, Kevin (20 April 2025). "Pope Francis appears for Easter Sunday blessing after meeting JD Vance at Vatican". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2025. Dicapai pada 21 April 2024.
- ^ "Vance meets Pope Francis on Easter Sunday after tangle over migration and deportations". PBS News (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Pope Francis emerges from convalescence on Easter, delights crowd with popemobile tour". AP News. 20 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Andrej Plenković posljednji je svjetski političar koji je vidio Papu prije smrti". Tportal. Dicapai pada 21 April 2025.
S obzirom da Vatikan nije izvijestio o drugim susretima s političarima nakon uskršnje mise. čini se da je hrvatski premijer bio posljednji političar koji se susreo s njime za života.
[Considering that the Vatican has not reported about other meetings with political figures after holding Easter mass, it seems the Croatian Prime Minister was the last to meet him in life.] - ^ a b Cernuzio, Salvatore (22 April 2025). "Pope Francis' final hours and gratitude for returning to the Square". Vatican News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 April 2025.
- ^ "Pope's final words of thanks to nurse revealed as funeral plans begin". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 22 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2025. Dicapai pada 23 April 2025.
- ^ Barry, Colleen (2025-04-24). "Pope Francis' doctor says pontiff died 'without suffering, at home'". Associated Press. Dicapai pada 2025-04-24.
- ^ McElwee, Joshua (21 April 2025). "Pope Francis has died, Vatican says". Reuters.
- ^ Nicole Winfield (21 April 2025). "Pope Francis, first Latin American pontiff who ministered with a charming, humble style, dies at 88". AP News. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Declaration of the death of His Holiness Francis" (Siaran akhbar). Holy See Press Office. 21 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Pope's death due to stroke and irreversible cardiocirculatory collapse" (dalam bahasa Inggeris). Vatican News. 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ Armellini, Alvise (21 April 2025). "Pope died of a stroke and heart failure, Vatican doctor says". Reuters.
- ^ a b "Cardinals meet at Vatican and set date for Pope Francis's public viewing and funeral". AP News. 22 April 2025. Dicapai pada 22 April 2025.
- ^ "Seals placed on doors of Santa Marta papal residence". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2025. Dicapai pada 24 April 2025.
- ^ a b c "Pope Francis' spiritual testament". Vatican News. Dicastery for Communication. 21 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Cardinals hold first meeting after pope's death". 22 April 2025.
- ^ Rainsford, Sarah; Gozzi, Laura (23 April 2025). "Mourners visit Pope Francis lying in state at St Peter's Basilica". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2025. Dicapai pada 23 April 2025.
- ^ "Notice from the Office of Liturgical Celebrations" (Siaran akhbar). Holy See Press Office. 22 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2025. Dicapai pada 22 April 2025.
- ^ "Pope Francis' body moved to St. Peter's Basilica for 3 days of public viewing". CBS News. 23 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2025. Dicapai pada 23 April 2025.
- ^ Preckel, Anne (25 April 2025). "Pope's coffin sealed ahead of funeral on Saturday morning". Vatican News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 April 2025.
- ^ Banatvala, Steffie (24 April 2025). "Pope Francis latest: Tens of thousands of mourners view Pontiff's open casket at St Peter's Basilica". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2025. Dicapai pada 24 April 2025.
- ^ Barry, Colleen (25 April 2025). "Tens of thousands file into St. Peter's Basilica to pay final respects to Pope Francis". AP News. Dicapai pada 25 April 2025.
- ^ a b Barry, Colleen (25 April 2025). "About 250,000 mourners pay last respects to Pope Francis over 3 days of public viewing". AP News. Dicapai pada 25 April 2025.
- ^ Andrews, Frank (21 April 2025). "What happens next after Pope Francis' death?". CBS News. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Universi Dominici Gregis (February 22, 1996): John Paul II". Vatican. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2019. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "Cardinal Farrell to preside at rite of ascertainment of Pope Francis' death". Vatican News. 21 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2025. Dicapai pada 21 April 2025.
- ^ "130 delegations, 50 heads of state at papal funeral so far - Vatican". Agenzia ANSA (dalam bahasa Itali). 24 April 2025. Dicapai pada 24 April 2025.
- ^ "Notice from the Office of Liturgical Celebrations – Novendiali in memory of the Roman Pontiff Francis, 23.04.2025". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2025. Dicapai pada 24 April 2025.
- ^ Jones, Sam (21 April 2025). "Political and religious leaders around the world pay tribute to Pope Francis". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 24 April 2025.
- ^ Guzman, Chad de; Jeyaretnam, Miranda (21 April 2025). "Global Leaders Offer Tributes to Pope Francis". TIME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2025. Dicapai pada 24 April 2025.
External links
[sunting | sunting sumber]
Kategori berkaitan Kematian dan pengebumian Paus Fransiskus di Wikimedia Commons

