Kembalilah Sayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Kembalilah Sayang"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dayang Nurfaizah
Dilancarkan pada1 Mei 2000
FormatAirplay, CD
GenreR&B
Panjang-
SyarikatBroadway Entertainment
PenulisAzalea
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Dayang Nurfaizah
""Pusaka Rimba" (1999)" "Kembalilah Sayang" ""Ikatan Kita"
(2000)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Kembalilah Sayang merupakan sebuah lagu yang sebenarnya telah mempopularkan Dayang Nurfaizah setelah melalui tahun pertama dalam karier nyanyian dengan terumbang ambing. Penyanyi ini buat pertama kali memukau penonton Anugerah Industri Muzik 2000 apabila mendendangkan lagu ini. Pun begitu album sulungnya mengalami masalah untuk diedarkan biarpun ada permintaan untuk mendengar versi rakaman lagu ini.

Inisiatif dari syarikat rakaman baru Dayang iaitu Broadway Entertainment akhirnya menjadikan lagu ini sebagai single pengenalan untuk karier nyanyian Dayang. Ia sebuah lagu berentak R&B yang menuntut keutuhan vokal untuk menyampaikannya. Lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album kedua beliau berjudul Seandainya Masih Ada Cinta pada tahun 2000.