Kembang emas
Kembang emas | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Asterales |
Keluarga: | Asteraceae |
Subkeluarga: | Asteroideae |
Genus: | Tagetes |
Spesies: | T. erecta
|
Nama binomial | |
Tagetes erecta | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Kembang emas atau kembang mas (nama botani: Tagetes erecta)[2][3] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Tagetes yang tumbuh asli di negeri-negeri México, Michoacán, Puebla, dan Veracruz di negara Mexico. Ia diperkenalkan ke Eropah selepas Empayar Sepanyol menjajah orang-orang Aztek di Mesoamerika.[4]:7 Ia ditanam di kawasan-kawasan beriklim tropika dan sederhana pada masa kini.[2]
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok kembang emas jenis tumbuhan herba yang tumbuh tegak mencapai ketinggian 30–110 sm. Daun-daunnya jenis terbahagi seperti tulang ikan, setiap daun terdiri daripada 11 hingga 17 helai anak daun berbentuk mata lembing disusun selang-seli atau bertentangan.[2][5]

Bunganya muncul dari tangkai induk yang berukuran 15 sm panjang. Setiap kuntum bunganya terdiri daripada 150–250 ranggi halus panjangnya 8–10 milimeter; semua ranggi ini dikelompokkan menjadi sari dalam cakera berwarna kuning, kuning limau, jingga hingga merah. Cakera-cakera kuntum ini berukuran garis pusat 5–10 sm.[2][6]
Buahnya aken 7–10 mm panjang, berkulit licin atau berbulu sedikit di hujungnya.[6]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Perubatan
[sunting | sunting sumber]Tumbuhan ini digunakan untuk membunuh parasit usus dan cacing.[7] Ia juga boleh merawat selsema, bronkitis dan hidung tersumbat selain juga masalah sakit puan (ginekologi).[8]
Makanan
[sunting | sunting sumber]Kuntum bunganya boleh dimakan, ia ditambahkan pada salad. Ia juga kaya dengan karotenoid seperti luteina[4]:7–8, 12 dan digunakan untuk membuat pewarna makanan.[9]
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Nama setempat tumbuhan ini yang diberikan orang Aztek adalah cempohualxochitl dalam bahasa Nahuatl yang bermaksud "bunga dua puluh"; nombor dua puluh melambangkan kesempurnaan termasuk dalam kehidupan manusia. Oleh itu, bunga-bunga spesies ini dijadikan hiasan kubur-kubur pada sambutan Hari Orang Mati di Mexico.[4]:12
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tagetes erecta L." World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
- ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 38, 150–151. ISBN 9789676118929.
- ^ Tagetes erecta. Sistem Maklumat Biokepelbagaian (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/55568. [Didapat kembali 21 Jun 2023].
- ^ a b c López Estrada, Daniel; Chang, Wen-Te; Heinrich, Michael (January 2025). "From "traditional" to modern medicine: A medical and historical analysis of Tagetes erecta L. (Cempasúchil)" (PDF). Journal of Traditional and Complementary Medicine. 15 (1): 6–14. doi:10.1016/j.jtcme.2024.08.001.
- ^ Rzedowski, J.; Rzedowski, G.C. (2005). Fanerogamic Flora of the Valley of Mexico. II (ed. pertama). Bandar Raya Mexico: National School of Biological Sciences, IPN, Institute of Biology.
- ^ a b Vázquez-García, L. M.; Víveros-Farfán, I. M. G.; Salomé-Castañeda, E. (2002). "Cempasúchil (Tagetes spp.)". Ornamental Phytogenetic Resources of Mexico. Universiti Negeri Mexico: 28–67.
- ^ Piña-Vázquez, DM; Mayoral-Peña, Z; Gómez-Sánchez, M; Salazar-Olivo, LA; Arellano-Carbajal, F (18 April 2017). "Anthelmintic effect of Psidium guajava and Tagetes erecta on wild-type and Levamisole-resistant Caenorhabditis elegans strains". Journal of Ethnopharmacology. 202: 92–96. doi:10.1016/j.jep.2017.03.004. PMID 28286043.
- ^ Prinz, E. (2009). Dyeing plants - Instructions for dyeing, use in culture and medicine. Stuttgart: Verlag Schweizerbart. m/s. 53. ISBN 978-3-510-65258-7.
- ^ Heuzé, V.; Tran, G.; Hassoun, P.; Lebas, F. (2017). "Mexican marigold (Tagetes erecta)". Feedipedia. INRA, CIRAD, AFZ dan FAO. Dicapai pada 24 Ogos 2022.