Kembara Amira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kembara Amira
Umum
PengarangAmer Hmzah L.Kadir
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreMisteri
Cereka
Penerbitan
PenerbitUtusan Publications & Distributors
Tarikh penerbitan
2006
Jenis media
Cetak (kulit lembut)
Halaman361

Kembara Amira ialah sebuah novel misteri Malaysia dan berbahasa Melayu karya Amer Hmzah L. Kadir. Ia telah diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 2006 oleh Utusan Publications & Distributors dan mengandungi 361 muka surat semuanya.

Setahun sebelum penerbitannya, novel ini telah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Novel ini dijadikan salah satu novel tahap SPM di Malaysia mulai tahun 2011.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada musim cuti sekolah, Amira & Jacinta yang merupakan pelajar sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang menyertai projek mencari gali bahan arkeologi ibu Amira,Profesor Zaidah di Bukit Mat Raya yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Pelbagai peristiwa telah dialami oleh mereka sepanjang berada di dalam hutan tersebut akibat perebutan kawasan hutan oleh tiga pihak iaitu orang Asli,pihak cari gali bahan arkeologi dan cari gali emas yang diketuai oleh O’Hara. Amira telah berkenalan dengan Malique yang kemudiannya membawa kepada peristiwa dia mencari dan menyelamatkan Malique yang hilang. Amira juga hanyut dibawa arus sungai yang deras dan hampir mati lemas sewaktu ingin berjumpa dengan Malique untuk menyakan sebab utama dia berada di situ.Peristiwa itu membawa kepada perkenalannya dengan remaja orang Asli berkebolehan iaitu Itai yang telah menyelamatkan nyawanya.Ketika itu,Jacinta pula sesat dan hilang di dalam hutan.

Namun semua tragedi itu sebenarnya mempunyai hikmah yang besar di mana kerja cari gali mereka bertambah mudah kerana mendapat kerjasama daripa pihak orang Asli.Sikap saling membantu ini memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.Pihak orang Asli dapat menyelamatkan hutan kesayangan mereka,manakala pihak cari gali bahan arkeologi dapat menjayakan projek mereka. Dalam tidak sedar,Amira sebenarnya sudah dapat merungkai sebuah konflik keluarga yang melibatkan Tau,Itai,Malique dan Jennifer. Misteri makhluk berbulu juga berjaya diselesaikan selepas terbongkar bahawa makhluk berbulu tersebut merupakan Tau yang memakai bulu beruang dan dirasuk roh beruang pada bulu tersebut. Jennifer ibu kepada Malique juga sebenarnya merupakan Ipah, isteri Tau yang telah melarikan diri suatu ketika dahulu dengan mengikut Johnny ke luar negara untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan nasib yang lebih terbela akibat dicemuh masyarakat orang asli kerana berlainan warna kulit dan bermata biru. Tau sebenarnya menculik Malique kerana sewaktu menyelamatkan Malique,dia ternampak parut di perut Malique dan yakin Malique ialah Sabi anaknya yang hilang dibawa lari Ipah dahulu. Itai juga tidak menyangka orang yang dianggapnya sebagai pak ciknya sendiri iaitu Tau merupakan ayah kandungnya kerana enyangka selama ini Ludinlah ayah kandungnya.

Amira,Itai dan Jacinta akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang masing-masing. Amira dalam aeroangkasa, Itai dalam bidang perubatan dan Jacinta dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Malique pula berkhidmat memajukan kampungnya melalui projek teknologi dan komunikasi setelah berjaya menggagalkan projek cari gali emas yang sebenarnya turut berkaitan dengan ayah Jacinta melalui virus ciptaannya. Jennifer pula masih menetap di Melaka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.