Pergi ke kandungan

Kembara Mahkota Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kembara Mahkota Johor
کمبارا مهکوتا جوهر
MulaSejak 2001
Lokasi Johor
Negara Malaysia
PengasasSultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Paling terkini
5-8 Ogos 2023
(edisi ke-23)
Acara utama
Lawatan ke seluruh negeri dan menyantuni bangsa Johor
Ketua Rombongan (Tunku Mahkota Johor)Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
Laman sesawang
https://www.johor.gov.my/rakyat/kembara-mahkota-johor
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kembara Mahkota Johor (singkatan: KMJ, Inggeris: Johor Royal Excursion, Cina: 柔佛王室亲善之旅) ialah siri jelajah diraja negeri Johor Darul Takzim di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar) sejak tahun 2001.[1]

Dalam kembara ini, baginda menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, dan kereta api, malah bot ke seluruh pelosok negeri Johor tidak kira di bandar, pekan, kampung, kawasan pedalaman dan kepulauan sekitarnya.

Program KMJ ini telah dicetuskan pada tahun 2001 oleh Tunku Ibrahim Ismail ketika menjadi Tunku Mahkota Johor dengan galakan ayahandanya, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail untuk melawat seluruh negeri Johor bagi mendampingi rakyat jelata.[2]

Tarikh Edisi Catatan
2-4 Julai 2001 Pertama Kembara Bermotosikal
25-28 Mac 2002 Kedua Kembara Bermotosikal
8-11 Mei 2003 Ke-3 Kembara Bermotosikal
26-29 Feb 2004 Ke-4 Kembara Bermotosikal
23-26 Jun 2005 Ke-5 Kembara Bermotosikal
13-15 Ogos 2005 Ke-6 Jelajah Pulau I
17-19 Dis 2005 Ke-7 Jelajah Perkampung Orang Asli
14-17 Sept 2006 Ke-8 Kembara Bermotosikal
27-29 Jul 2007 Ke-9 Jelajah Pulau II
24-27 Jul 2008 Ke-10 Kembara Bermotosikal
4-7 Jul 2009 Ke-11 Jelajah Pedalaman
22 Jan 2010 - Kemangkatan DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
23 Jan 2010 - Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail sebagai DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor
26-28 Jun 2010 Ke-12 Kembara Berkeretapi
7-9 Ogos 2010 Ke-13 Kembara Bermotosikal
18-21 Jun 2011 Ke-14 Kembara Bermotosikal
13-16 Mei 2012 Ke-15 Kembara Bermotosikal
24-26 Ogos 2013 Ke-16 Kembara Bermotosikal
21-24 Jun 2014 Ke-17 Kembara dengan bas Prevost Marathon Coach
23 Mac 2015 - Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim
10-13 Ogos 2015 Ke-18 Kembara dengan trak Mack
14-17 Mei 2016 Ke-19 Kembara dengan trak Mack
21-22 Ogos 2016 Jelajah Pulau III
9-12 Sept 2017 Ke-20
26-29 Nov 2018 Ke-21
20-22 Jul 2019 Ke-22
Tiada anjuran KMJ antara 2020-2021 kerana pandemik COVID-19
5-8 Ogos 2023 Ke-23 Dipimpin buat julung kalinya oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Dalam kembara siri ke-12 pada 2010, Sultan Ibrahim mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Baginda turut dikurniakan lesen memandu kereta api pada majlis yang telah diadakan di Gemas. Baginda singgah di stesen-stesen kereta api Kulai, Kluang dan Chamek.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-26. Dicapai pada 2023-11-13.
  2. ↑ "KEMBARA MAHKOTA JOHOR: RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA – MEDIA DIGITAL JOHOR". 2023-10-27. Dicapai pada 2023-11-13.
  3. ↑ "Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-26. Dicapai pada 2023-11-13.