Pergi ke kandungan

Kembara tumpang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang lelaki dan wanita yang mengembara tumpang berhampiran Vicksburg, Mississippi pada tahun 1936, gambar oleh Walker Evans

Kembara tumpang ialah satu cara menaiki pengangkutan dengan meminta individu, biasanya orang yang tidak dikenali, untuk menumpang kereta atau kenderaan mereka. Perjalanan itu biasanya, tetapi tidak selalu, percuma.

Kaedah isyarat

[sunting | sunting sumber]
Gerak isyarat biasa oleh seseorang pengembara tumpang

Pengembara tumpang menggunakan pelbagai isyarat untuk menunjukkan mereka memerlukan tumpangan. Isyarat tersebut boleh berupa gerak isyarat fizikal atau paparan termasuklah tanda-tanda bertulis.[1] Bagi gerak isyarat fizikal, contohnya, isyarat tangan, pengembara tumpang menggunakan cara berbeza di seluruh dunia:

  • Di sesetengah negara Afrika, tangan pengembara itu dipegang dengan tapak tangan menghadap ke atas.[2]
  • Di kebanyakan tempat di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia, kebanyakan pengembara berdiri dengan bahagian belakang tubuh mereka menghadap arah perjalanan. Mereka biasanya memanjangkan lengan mereka ke arah jalan raya dengan ibu jari tangan tertutup menghala ke atas atau ke arah perjalanan kenderaan.[2]

Status undang-undang

[sunting | sunting sumber]
Dua papan tanda yang digunakan di Amerika Syarikat yang melarang kembara tumpang

Dari segi sejarah, kembara tumpang merupakan amalan biasa di seluruh dunia dan oleh itu, undang-undang untuk menyekat kegiatan tersebut hanya ada di beberapa tempat di dunia. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil negara mempunyai undang-undang yang mengehadkan amalan kembara tumpang di lokasi tertentu. Contohnya di Amerika Syarikat, sesetengah pemerintah tempatan mempunyai undang-undang yang melarang kembara tumpang atas dasar keselamatan kedua-dua pemandu dan penumpang. Beberapa lebuh raya di Kanada mempunyai sekatan terhadap kembara tumpang, terutamanya di British Columbia dan lebuh raya siri 400 di Ontario. Di semua negara di Eropah, adalah sah untuk menumpang kenderaan dan di beberapa tempat juga ia digalakkan. Di seluruh dunia, walaupun di tempat di mana kembara tumpang adalah dibenarkan, undang-undang menegah daripada menumpang kendaraan di tempat yang melarang pejalan kaki seperti lebuh raya di Jerman, Itali, United Kingdom dan tanah besar Eropah (dengan pengecualian sekurang-kurangnya di Lithuania) atau lebuh raya antara negeri di Amerika Syarikat, walaupun pengembara tumpang sering kali mendapatkan tumpangan di pintu-pintu masuk dan hentian-hentian lori di mana di mana hal ini dibenarkan setidaknya di seluruh Eropah[3][4] kecuali Itali.

Dalam beberapa tahun belakangan ini, para pengembara tumpang telah memulakan usaha untuk mengukuhkan komuniti mereka. Contohnya termasuklah Hitchgathering, acara tahunan yang dianjurkan oleh para pengembara untuk pengembara, dan juga tapak web seperti hitchwiki, yang merupakan pelantar untuk mereka berkongsi petua-petua dan menyediakan cara mencari tempat mengembara tumpang yang bagus di seluruh dunia.

Keselamatan

[sunting | sunting sumber]

Data terhad tersedia mengenai keselamatan kembara tumpang.[5] Menyusun data keselamatan yang baik merupakan tugas kerana ia memerlukan pengiraan dari segi bilangan pemgembara, tumpangan dan masalah yang mungkin berlaku.[6]

Dua kajian mengenai topik ini termasuklah kajian 1974 oleh Peronda Lebuhraya California dan kajian polis persekutuan Jerman (Bundeskriminalamt Wiesbaden) 1989.[5] Kajian California mendapati bahawa pengembara tumpang tidak berkemungkinan besar menjadi mangsa jenayah.[7] Kajian Jerman menyimpulkan bahawa risiko sebenar adalah jauh lebih rendah daripada risiko yang diamati oleh orang awam; pengarang tidak menasihatkan supaya tidak menumpang secara umum.[8] Mereka mendapati bahawa dalam beberapa kes, terdapat pertikaian lisan atau komen yang tidak sesuai, tetapi serangan fizikal sangat jarang berlaku.[9]

Amalan keselamatan yang disyorkan termasuklah:

  • Meminta tumpangan di stesen minyak dan bukannya memberi isyarat di tepi jalan
  • Menolak tunggangan daripada pemandu yang mengalami masalah alkohol
  • Menumpang pada waktu siang
  • Mempercayai naluri seseorang
  • Mengembara dengan penumpang lain; langkah ini mengurangkan kemungkinan bahaya sebanyak enam faktor.

Di United Kingdom, Persatuan Pengakap secara khusus menyenaraikan mengembara tumpang sebagai kegiatan yang tidak dibenarkan di mana-mana acara pengakap.

  1. ↑ Kovalchik, Kara (9 Januari 2015). "Why Do Hitchhikers Say "(Destination)...Or Bust!"?". Mental Floss (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2015. Dicapai pada 4 Mei 2025.
  2. 1 2 "Hitchhiker's guide - what you should know?". myluggage.io (dalam bahasa Inggeris). 11 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2021. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  3. ↑ Gersenson, Jesse. "Hitchhiking Basics". stiffarmingsociety.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2013. Dicapai pada 4 Mei 2025.
  4. ↑ Gonzalez, Matt (19 Oktober 2009). "HITCHHIKING & TRAINHOPPING–Part II". As It Ought to Be (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012.
  5. 1 2 Wechner, Bernd (1 Mac 2002). "A dearth of research: Does anyone really know anything about hitch-hiking?". Bernd Wechner (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2013. Dicapai pada 4 Mei 2025.
  6. ↑ Wechner, Bernd (1 November 1996). "The Pros and Cons of Hitch-Hiking". Bernd Wechner (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2013. Dicapai pada 4 Mei 2025. There are no statistics on hitch-hiking, at least none that are meaningful and reliable. Compiling useful statistics would require counting hitchers, the amount of rides they receive, and comparing them to the problems reported. Not an easy task. [Tiada perangkaan mengenai kembara tumpang, sekurang-kurangnya tiada perangkaan yang bermakna dan boleh dipercayai. Menyusun perangkaan berguna memerlukan pengiraan pengembara tumpang, jumlah tunggangan yang mereka terima dan membandingkannya dengan masalah yang dilaporkan. Bukan satu tugas yang mudah.]
  7. ↑ McLeod, Jamie (10 Januari 2007). "The 'better' Better Way". The Eyeopener (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2013. Dicapai pada 3 Mei 2013. The most recent hard evidence I could find about hitchhiking danger was a 1974 study conducted by the California Highway Patrol examining crimes committed by and on hitchhikers. It found that in 71.7 per cent of hitchhiker related crimes the hitchhiker was the victim. It also found that only 0.63 per cent of the crimes reported during the period of the study were hitchhiker-related, and that hitchhikers were not disproportionately victims of crime. [Bukti kukuh terbaharu yang dapat saya cari mengenai bahaya mengembara tumpang ialah kajian 1974 yang dijalankan oleh Peronda Lebuhraya California yang meneliti jenayah yang dilakukan oleh dan ke atas pengembara tumpang. Ia mendapati bahawa dalam 71.7 peratus jenayah berkaitan kembara tumpang, pengembara itu adalah mangsa. Ia juga mendapati bahawa hanya 0.63 peratus daripada jenayah yang dilaporkan semasa tempoh kajian adalah berkaitan dengan pengembara tumpang, dan pengembara tumpang tidak secara tidak seimbang bukanlah mangsa jenayah.] Memetik: "California Crimes And Accidents Associated With Hitchhiking" (dalam bahasa Inggeris). Peronda Lebuhraya California. Februari 1974. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2013. Dicapai pada 4 Mei 2025. No independent information exists about hitchhikers who are not involved in crimes. Without such information, it is not possible to conclude whether or not hitchhikers are exposed to high danger. However, the results of this study do not show that hitchhikers are over-represented in crimes or accidents beyond their numbers. Juga tersedia sebagai PDF
  8. ↑ Fiedler, Joachim; Hoppe, Rolf; Berhinghaus, Peter; Lenhart, Aleksander (1989). "Anhalterwesen und Anhaltergefahren: unter besonderer Berücksichtigung des "Kurztrampens"" (dalam bahasa Jerman). Wiesbaden, Jerman: Bundeskriminalamt Wiesbaden. OCLC 21676123. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2023. Dicapai pada 4 Mei 2025.
  9. ↑ "Trampen ohne großes Risiko". Zeit Online (dalam bahasa Jerman). 6 Julai 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2022. Dicapai pada 4 Mei 2025. Statistisch, so die Untersuchung, komme es bei einer von 10 000 mitgenommenen Frauen zu einer Vergewaltigung und bei 2 von 1000 Fahrten zu einem Vergewaltigungsversuch [Secara statistik, menurut kajian itu, satu daripada 10,000 wanita yang ditumpangkan dirogol dan dua dalam 1,000 perjalanan mengakibatkan percubaan rogol.]