Kemelut politik Kedah 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada awal pertengahan tahun 2020, sebuah kemelut politik di negeri Kedah telah berlaku menyebabkan bertukarnya jawatan Menteri Besar Kedah[1] daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Muhammad Sanusi Md Nor. Ia berpunca daripada pemecatan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat salah laku disiplin yang menyebabkan keluarnya dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti berkenaan lantas mengakibatkan hilangnya majoriti parti gabungannya iaitu Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan negeri Kedah. Selain itu, sokongan ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong kepimpinan utama parti mereka untuk keluar gabungan PH menyebabkan majoriti PH semakin berkurangan.

Kemelut ini berakhir dengan pelantikan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletak jawatan pada 17 Mei 2020.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (2018)[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2018, PH telah memenangi 18 daripada 36 kerusi negeri yang dipertandingkan dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018. Daripada 18 kerusi tersebut, PKR menang 8 kerusi, Bersatu menang 5 kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) menang 3 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang 2 kerusi. Di pihak lawan pula, turut menang 18 kerusi apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang kerusi terbanyak iaitu 15 kerusi mankala Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hanya menang 3 kerusi. Keadaan seimbang antara PH dan gabungan PAS dan BN menjadikan DUN Kedah tergantung[2].

Kedudukan ADUN Kedah selepas 9 Mei 2018
PH PAS BN
PKR Bersatu Amanah DAP UMNO
8 5 3 2 15 3

Pelantikan menteri besar dan perubahan komposisi parti (2018)[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mei 2018, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Bersatu telah dipilih menjadi Menteri Besar mewakili PH yang telah membuktikan mempunyai sokongan terbanyak selepas PAS dan UMNO tidak menyatakan kepastian untuk bergabung[3]. Kedudukan PH bertambah kukuh apabila ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dari UMNO keluar parti dan diisytiharkan sebagai ADUN Bebas oleh Speaker DUN, Datuk Ahmad Kassim sebaik sidang DUN Kedah bermula sebelum sesi soalan lisan berlangsung pagi 12 November 2018[4]. Dr Ku Abdul Rahman kemudiannya disahkan menyertai Bersatu pada 6 Disember 2018[5].

Kedudukan ADUN Kedah semasa 6 Disember 2018
Kerajaan Pembangkang
PH PAS BN
PKR Bersatu Amanah DAP UMNO
8 6 3 2 15 2

Pergolakan gabungan dalam Pakatan Harapan (2020)[sunting | sunting sumber]

Presiden Bersatu telah mengumumkan parti tersebut keluar daripada gabungan PH. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas yang diadakan 23 Februari 2020. Semua Ahli Dewan Rakyat daripada Bersatu turut keluar daripada PH. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara[6].Walau bagaimanapun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertindak bercanggah daripada tindakan PH dan mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah kekal seperti biasa dengan mewujudkan kepimpinan kerajaan negeri yang berstatus "PH dan Bersatu"[7].

Kedudukan ADUN Kedah semasa 27 Februari 2020
Kerajaan Pembangkang
PH Bersatu PAS BN
PKR Amanah DAP UMNO
8 3 2 6 15 2

Kronologi[sunting | sunting sumber]

4 Mei[sunting | sunting sumber]

Seramai 348 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipecat akibat melanggar disiplin dan etika parti berkenaan manakala 285 orang ahli pula digantung keahlian mereka[8]. Daripada senarai tersebut, seramai 33 orang anggota PKR negeri Kedah telah digantung keahlian[9].

6 Mei[sunting | sunting sumber]

ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee selaku Ketua Cabang PKR Sungai Petani telah mempertikaikan keputusan tersebut yang antara lain turut memecat pembantunya.[10][11] 4 orang anggota PKR di Cabang Sungai Petani telah digantung keahlian iaitu Ahli Jawatankuasa Cabang, Asmaton Asma Mohd Kasim; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, Mohd Fuaz Mohd Yusof; ahli Jawatankuasa AMK Cabang, Qairil Shahazat Ahmad Sapari; dan ahli cabang, Mohd Firdaus Yusoff. Kenyataan Robert ini dilihat bahawa beliau sudah tidak bersependapat dengan kepemimpinan PH iaitu parti gabungan PKR.[12]

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya pula berkata sebagai respon apa yang berlaku, PAS bersedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Kedah berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dalam PH Kedah. Ahmad berkata, pada dasarnya, PH Kedah telah tempang dan kehilangan majoriti untuk menerajui kerajaan negeri ini dan perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi. PAS Kedah memiliki 15 kerusi DUN iaitu jumlah paling tinggi dalam kalangan parti yang ada bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri[13].

10 Mei[sunting | sunting sumber]

Pimpinan PAS Kedah mengadakan pertemuan hari ini yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Naib Presiden PAS) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS) di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut kira-kira 10 pagi[14]. Turut hadir ialah semua 15 ADUN PAS, semua 2 ADUN Kedah dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Takiyuddin mengesahkan pertemuan dengan 17 ADUN termasuk membincangkan tentang urusan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahmad Samsuri pula menegaskan PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Kedah untuk memilih calon Menteri Besar negeri ini[15].

12 Mei[sunting | sunting sumber]

Dua orang perwakilan PKR iaitu ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin telah keluar daripada parti PKR menjadi wakil rakyat bebas.[16] Kedua-dua ADUN tersebut seterusnya menyatakan sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.[17] Tindakan itu membolehkan kerajaan Kedah yang diterajui PH dan Bersatu hilang majoriti apabila dua ADUN terbabit keluar dari PH dan menyokong Perikatan Nasional.

Perikatan Nasional Kedah yang diwakili Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang merupakan ADUN Jeneri mengadakan sidang media dan mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan melebihi majoriti[18].

13 Mei[sunting | sunting sumber]

Dua orang perwakilan Bersatu iaitu ADUN Kuah, Firdaus Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat mengumumkan sokongan kepada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional selepas hilang kepercayaan[19] kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Firdaus juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, manakala Juhari merupakan Timbalan Speaker DUN Kedah. Terdahulu, ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Kedah turut menyatakan sokongan[20] terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, sebanyak 23 akuan bersumpah daripada ADUN Kedah sudah dipersembahkan kepada Sultan Kedah dengan mencadangkan calon baru menteri besar negeri itu. Akuan berkenaan diserahkan ketika Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi), PAS (Abdul Hadi Awang) dan Bersatu (Muhyiddin Yassin) mengadap Sultan Kedah di Kuala Lumpur hari ini. Datuk Takiyuddin juga turut hadir dalam pertemuan tersebut[21].

Kedudukan ADUN Kedah semasa 13 Mei 2020
Menyokong Pakatan Harapan Menyokong Perikatan Nasional
PH Bersatu PAS BN Bersatu Bebas
PKR Amanah DAP UMNO
6 3 2 2 15 2 4 2

14 Mei[sunting | sunting sumber]

Beberapa ADUN dari Perikatan Nasional, PH dan Bebas mengesahkan kesemua 36 ADUN Kedah dijadualkan menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada 15 Mei 2020. Antara yang mengesahkannya ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi (Amanah-Alor Mengkudu), Teh Swee Leong (DAP-Kota Darul Aman), seorang ADUN PAS dan Dr Robert Ling Kui Ee (Bebas-Sidam)[22].

15 Mei[sunting | sunting sumber]

Seramai 23 ADUN yang didakwa menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional selesai mengadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada majlis menghadap sultan yang diadakan di belah pagi. Majlis menghadap dilakukan dalam tiga sesi bermula jam 10 pagi dan didahului lapan ADUN termasuk Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Kumpulan kedua masuk pada jam 10.30 pagi dan kumpulan ketiga pada jam 11 pagi. Semua ADUN terbabit adalah 15 dari PAS, 4 dari Bersatu yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, 2 dari UMNO dan 2 dari Bebas[23].

Pada jam 3 petang, 12 ADUN Pakatan Harapan masuk menghadap Sultan Kedah, disusuli Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terakhir menghadap pada jam 4.30 petang. 12 ADUN terbabit adalah 5 dari PKR, 2 dari DAP, 4 dari Amanah, dan 1 dari Bersatu yang menyokong kepimpinan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar[24].

17 Mei[sunting | sunting sumber]

Pada jam 10 pagi, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau serta-merta. Dengan pengumuman itu juga, ia sekaligus menyebabkan kerajaan PH juga tidak lagi menerajui negeri ini.[25][26]

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu setelah mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah[27].

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di hadapan Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, pada 3.05 petang.[28]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nooazura Abdul Rahman dan Nor Farhani Che Ad (17 Mei 2020). "Sanusi Menteri Besar Kedah Ke-14". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-17. Dicapai pada 17 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ BERNAMA (3 Mac 2020). "Mukhriz: Bersatu, PH masih kuasai kerusi DUN Kedah". Malaysiakini. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Anne Muhammad (11 Mei 2018). "Mukhriz angkat sumpah jawatan MB Kedah". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ BERNAMA (13 November 2018). "Wakil Umno, PAS keluar DUN Kedah protes Ku Abdul Rahman". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-18. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ BERNAMA (6 Disember 2018). "ADUN Guar Chempedak mohon sertai Bersatu - Mukhriz". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-07. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Zanariah Abd Mutalib (24 Februari 2020). "BERSATU keluar PH". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-01. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Abdul Hadi Che Awang (27 Februari 2020). "Pentadbiran kerajaan negeri Kedah kekal - Mukhriz". Astro Awani. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Mohd Azlim Zainury (4 Mei 2020). "348 ahli PKR dipecat langgar etika, disiplin parti". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-10. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Proses Disiplin Parti Diteruskan Diarkibkan 2021-03-03 di Wayback Machine - Senarai Diarkibkan 2020-05-06 di Wayback Machine
  10. ^ Siti Zubaidah Zakaria (6 Mei 2020). "Tindakan pecat ahli PKR tak kena masa". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-14. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  11. ^ Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor (6 Mei 2020). "Pas sedia ketuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-14. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  12. ^ Nurul Hidayah Hamid (7 Mei 2020). "Kemelut politik Kedah: UMNO desak campur tangan kerajaan PN". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-14. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  13. ^ Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor (6 Mei 2020). "Pas sedia ketuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-14. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor (10 Mei 2020). "ADUN Pas Kedah adakan pertemuan dengan Samsuri, Takiyuddin". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor (10 Mei 2020). "Pas belum putuskan siapa calon MB Kedah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  16. ^ Siti Zubaidah Zakaraya (12 Mei 2020). "Dua ADUN PKR keluar parti". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-17. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  17. ^ Khairil Anwar Mohd Amin (12 Mei 2020). "Dua ADUN PKR keluar parti sudah dijangka: Anwar". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-16. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  18. ^ Roslinda Hashim (12 Mei 2020). "Hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, PN ambil alih Kedah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-17. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  19. ^ BERNAMA (13 Mei 2020). "ADUN Kuah, Ayer Hangat sahkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-13. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  20. ^ N Faizal Ghazali (12 Mei 2020). "Mukhriz kian hilang sokongan, Adun Bersatu Kedah sokong Muhyiddin". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-12. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  21. ^ N Faizal Ghazali (13 Mei 2020). "Presiden PAS, Umno dan Bersatu serah SD pada Sultan Kedah". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-13. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  22. ^ BERNAMA (14 Mei 2020). "36 ADUN menghadap Sultan Kedah esok". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-14. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  23. ^ M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman (15 Mei 2020). "23 ADUN Perikatan Nasional selesai menghadap Sultan Kedah". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  24. ^ M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman (15 Mei 2020). "Angkat sumpah MB baharu Kedah pada Ahad?". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  25. ^ WNWY (17 Mei 2020). "Mukhriz sah letak jawatan MB Kedah". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-18. Dicapai pada 17 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  26. ^ "Mukhriz umumkan peletakan jawatan hari ini". Berita Harian. 17 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-21. Dicapai pada 17 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  27. ^ Roshila Murni Rosli (17 Mei 2020). "ADUN Jeneri, Menteri Besar Kedah baharu ganti Mukhriz". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-23. Dicapai pada 17 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  28. ^ BERNAMA (17 Mei 2020). "Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah ke-14". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-18. Dicapai pada 18 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)