Kemensah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemensah atau Kemesah merupakan kawasan penempatan merangkumi kampung dan perumahan mewah. Nama tempat ini diambil sempena nama sungai yang mengalir di kawasan ini, dipanggil Sungai Kemensah. Kawasan ini terletak di mukim Hulu Kelang di dalam daerah Gombak. Kawasan ini majoritinya diduduki oleh orang Melayu selain diduduki bangsa Cina, India, pendatang asing dan orang Asli.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kemensah terletak bersebelahan Taman Melawati , Taman Zooview, Ukay Perdana dan Zoo Negara. Kemensah terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Kampung Kemensah (atau Kampung Kemesah), Kemensah Hulu ,Kemensah Tengah, Kemensah Hilir dan Kemensah Heights. Kedudukannya yang hampir dengan Lembaga Filem Nasional (FINAS) yang didalamnya terdapat Kompleks Studio Merdeka ; menjadikannya kerap dijadikan latar belakang filem, telefilem, klip video dan drama sejak zaman P. Ramlee.

Kemensah Hilir[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini pada asalnya ialah perkampungan setinggan yang didiami orang Melayu dan pendatang asing. Penempatan setinggan di Kemensah Hilir ini telah dirobohkan semasa pemerintahan Barisan Nasional(antara 2000-2008) dalam operasi setinggan sifar dan diganti dengan perumahan teres dan apartment di tepi sungai.

Kampung Kemensah[sunting | sunting sumber]

Perkampungan ini diwujudkan sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1990, Kampung Kemensah telah menyambut perayaan Jubli Perak setelah 25 tahun diwujudkan pada masa itu. Acara ini adalah acara terbesar pernah diadakan di kampung ini. Pelbagai acara seperti persembahan pakaian beragam,tarian,muzikal dan sukaneka telah menghiasi acara tersebut.

Kampung Kemensah mempunyai kemudahan seperti kedai runcit, balai raya, surau dan Perpustakaan Desa (dahulu Sekolah Agama Rakyat Kampung Kemensah).Dahulu perkampungan ini dihubungkan dengan Syarikat Bas Len Seng (bernombor 170) dan Syarikat Bas Selayang, namun selepas pengambil alihan pengangkutan bas di Lembah Kelang oleh Rapid KL sekitar tahun 2005, pengangkutan bas ke kampung ini diabaikan. Kebanyakan penduduk asal disini ialah bekas tentera dan peneroka.

Kemensah Heights[sunting | sunting sumber]

Kemensah Heights adalah perumahan mewah yang didiami VIP. Antara yang mempunyai rumah di sini ialah ahli politik, perniagaan dan selebriti. Kawasan ini berjiran dengan bandar Taman Melawati. Di sini terdapat perumahan mewah yang berdensiti rendah, berpagar dan berpengawal , Embun dan Emery Kemensah yang dibina oleh Titijaya Land Berhad.

Kemensah Hulu[sunting | sunting sumber]

Kemensah Hulu atau Ulu Kemensah pula ialah bahagian kemuncak kawasan Kemensah yang terdapat dusun buah buahan milik penduduk kampung, jeram dan Air Terjun Batu Asah yang menjadi tarikan pengunjung. Di sini juga terdapat banyak pengusaha diantaranya Chalet yang diusahakan artis berkumpulan Jinbara atau nama asalnya Tropika. Di sini juga terdapat perkampungan orang asli, sekolah tahfiz berserta kawasan milik ABIM dan bangunan milik UMNO. Kemensah Hulu juga agak popular bagi pendaki bukit dan aktiviti lasak. Ramai pendaki bukit telah berjaya menggunakan laluan di Kemensah Hulu ini untuk tiba di Janda Baik, Pahang. Di sini juga terdapat Kem Isi Rimba. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah permainan Paint Ball, perkhemahan, night walk, flying fox dan abseiling.

Isu alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Kemensah merupakan kawasan bersebelahan hutan simpan dan berbukit bukau. Suasananya dingin ketika pagi, malam dan musim hujan. Terdapat penduduk di sini menggunakan bekalan air daripada mata air bukit dan hulu sungai. Penerokaan perkampungan haram sejak tahun 1980an menimbulkan isu kebersihan dan kesihatan. Selepas tahun 2000 pula, pembangunan rancak di kawasan ini telah menimbulkan beberapa kebimbangan kes tanah runtuh serta pencemaran sungai.

Tempat menarik berhampiran[sunting | sunting sumber]

Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur

Hari keluarga Kampung Kemensah[pautan mati kekal]