Kementerian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kementerian merujuk kepada agensi pentadbiran Persekutuan yang utama selepas Pejabat Perdana Menteri. Bilangan dan jenis atau nama kementerian adalah tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri sendiri. Hal ini, tertakluk kepada bidang kuasa dan tugas sesebuah kementerian. Terdapat dua kategori kementerian:

  • Kementerian yang menguruskan hal ehwal akaun secara sendiri.
  • Kementerian yang tidak menguruskan hal ehwal akaun secara sendiri tetapi menyerahkan kepada Jabatan Akauntan untuk menguruskan hal ehwal akaun kewangan mereka.

Dari segi pengurusan operasi, dua kategori kementerian dibahagikan:

  • Beroperasi di peringkat Persekutuan sahaja. Sebagai contoh, Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan(Tiada Cabang Kementerian Luar yang terdapat di setiap ibu negeri).
  • Beroperasi di peringkat Pusat, Negeri, dan Daerah. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Secara umumnya, setiap kementerian berperanan melaksanakan tugas dengan cekap, amanah, dan bersih mengikut seperti yang telah ditetapkan, iaitu:

  • Menggubal dasar-dasar mengikut kementerian dan menentukan pencapaiannya.
  • Merangka program-program pembangunan bagi tujuan memastikan setiap dasar dan objektif dicapai dalam masa yang ditetapkan.
  • Melaksana, mengawal, mengesan dan menilai setiap program yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana.

Terdapat dua puluh lima jenis Kementerian di Malaysia pada tahun 2015 sehingga sekarang. Antara kementerian-kementerian tersebut ialah:

  1. Kementerian Jabatan Perdana Menteri.
  2. Kementerian Belia dan Sukan.
  3. Kementerian Dalam Negeri.
  4. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  5. Kementerian Kerja Raya.
  6. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan.
  7. Kementerian Kesihatan.
  8. Kementerian Kewangan.
  9. Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
  10. Kementerian Luar Negeri.
  11. Kementerian Pendidikan.
  12. Kementerian Pendidikan Tinggi.
  13. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
  14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.
  15. Kementerian Pengangkutan.
  16. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  17. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan.
  18. Kementerian Pertahanan.
  19. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  20. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
  21. Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi.
  22. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
  23. Kementerian Sumber Manusia.
  24. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air.
  25. Kementerian Wilayah Persekutuan.