Pergi ke kandungan

Kementerian Dalam Negeri Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Dalam Negeri
内務省
Naimu-shō
Intisari agensi
Dibentuk10 November 1873 (1873-11-10)
Dibubarkan31 Disember 1947 (1947-12-31)
Agensi-agensi yang mengambil alih
Bidang kuasa
 Jepun
Ibu pejabatChiyoda-ku, Tokyo, Jepun
Agensi induk
Empayar Jepun

Kementerian Dalam Negeri Jepun (内務省, Naimu-shō) ialah sebuah kementerian setaraf kabinet yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Meiji dan mengurus hal ehwal dalaman Empayar Jepun dari 1873 hingga 1947. Tugasnya merangkumi pentadbiran tempatan, pilihan raya, polis, pemantauan rakyat, dasar sosial, dan kerja awam. Pada 1938, dasar sosial kementerian ini dipisahkan, lalu ditubuhkan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan. Pada 1947, kementerian ini dimansuhkan di bawah pemulihan oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu, dan hal ehwal pentadbirannya diteruskan oleh Agensi Polis Negara, Kementerian Pembinaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) dan lain-lain.

Pada 2001, MOHA digabungkan dengan Agensi Pengurusan dan Penyelarasan serta Kementerian Pos dan Telekomunikasi, lalu ditubuhkan Kementerian Pengurusan Awam, Hal Ehwal Dalam Negeri, Pos dan Telekomunikasi. Pada 2004, MPHPT menukar namanya menjadi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Selepas Pemulihan Meiji, kerajaan Meiji menubuhkan negara berpusat untuk menggantikan sistem feudal lama, dengan pemisahan fungsi perundangan, pentadbiran, dan kehakiman melalui sistem Daijō-kan.[1] Pada 1873, Ōkubo Toshimichi menubuhkan Kementerian Dalam Negeri sebagai agensi keselamatan dalaman untuk menangani ketidakstabilan politik dan ancaman daripada bekas samurai.

Selain keselamatan, kementerian ini juga bertanggungjawab mengawal polis, daftar keluarga, kejuruteraan awam, pejabat pos, tinjauan topografi, penapisan, pertanian, dan institusi keagamaan. Ketua kementerian berfungsi seperti Ketua Kerajaan, manakala tugas memajukan industri tempatan,[2] kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Perdagangan pada 1881.

Perlembagaan Meiji

[sunting | sunting sumber]

Pada 1885, dengan penubuhan sistem kabinet, Kementerian Dalam Negeri disusun semula oleh Yamagata Aritomo, yang menjadi Menteri Dalam Negeri pertama. Pelbagai biro ditubuhkan untuk pentadbiran umum, pentadbiran tempatan, polis, kerja awam, kesihatan awam, pentadbiran pos, tinjauan topografi, institusi keagamaan dan banci negara. Pentadbiran Hokkaidō dan Karafuto serta semua gabenor wilayah di bawah kerajaan pusat juga berada di bawah bidang kuasa kementerian. Fungsi pos dialihkan kepada Kementerian Perhubungan pada 1892, manakala jabatan agama ditubuhkan pada 1900 seiring dengan penubuhan Shintō Negara dan dipindahkan ke Kementerian Pendidikan pada 1913. Selepas Insiden Pengkhianatan Tinggi, polis khas Tokkō ditubuhkan pada 1911.

Dari 1920-an, kementerian menumpukan perhatian kepada keselamatan dalaman berikutan ketidakstabilan agraria dan pemberontakan buruh berinspirasikan Bolshevik. Dengan Undang-undang Pemeliharaan Keamanan 1925, kementerian menggunakan Tokkō untuk menekan golongan sosialis, komunis dan pergerakan buruh, termasuk penangkapan besar-besaran anggota dan penyokong Parti Komunis Jepun (Insiden 15 Mac). Pada 1936, jawatankuasa Maklumat dan Propaganda ditubuhkan untuk mengawal kenyataan akhbar rasmi, dan bersama Jabatan Pemantauan Penerbitan, mengawal penapisan. Kementerian juga terlibat dalam Gerakan Mobilisasi Spiritual Nasional (1937) dan pelaksanaan Undang-undang Mobilisasi Negara (1938), manakala fungsi kesihatan awam dipisahkan ke Kementerian Kesihatan.

Pada 1940, Jabatan Maklumat dan Propaganda dinaik taraf menjadi Biro Maklumat (Jōhōkyoku), menggabungkan jabatan maklumat tentera, laut dan luar negeri di bawah kementerian, mengawal semua berita, pengiklanan dan acara awam,[3] serta mengedarkan senarai hitam penulis kepada editor pada 1941.[4] Dengan pembentukan parti politik Taisei Yokusankai, kementerian memperkukuh pengawasan dan kawalan terhadap pembangkang melalui sistem tonarigumi, yang juga digunakan untuk koordinasi pertahanan sivil sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada 1942, selepas pembubaran Kementerian Hal Ehwal Kolonial, pengaruh Kementerian Dalam Negeri diperluas ke wilayah luar Jepun.

Pascaperang dan pembubaran

[sunting | sunting sumber]

Selepas penyerahan kalah Jepun, Kementerian Dalam Negeri bekerjasama rapat dengan Pihak Bersekutu untuk mengekalkan ketenteraman awam di Jepun yang diduduki. Salah satu tindakan awal kementerian pascaperang ialah penubuhan sistem rumah pelacuran rasmi melalui "Persatuan Rekreasi dan Hiburan" pada 28 Ogos 1945, dengan tujuan rasmi menahan nafsu seksual tentera penjajah, melindungi rakyat Jepun daripada rogol, dan mengekalkan "kemurnian" bangsa Jepun.[5] Bagaimanapun, menjelang Oktober 1945, skop kuasa kementerian semakin terhad dengan pembubaran Shintō Negara, penghapusan Tokkō, dan pemantauan kesatuan buruh di bawah kawalan langsung pihak Amerika. Ramai pegawai kementerian turut dibuang kerja.

Pihak berkuasa Amerika berpendapat bahawa tumpuan kuasa pada satu kementerian menjadi punca dan gejala mentaliti totalitarian Jepun praperang, serta berbahaya kepada pembangunan demokrasi Jepun untuk pascaperang. Kementerian Dalam Negeri secara rasmi dibubarkan pada 31 Disember 1947 di bawah Akta Penghapusan Sekatan terhadap Kebebasan Politik, Sivil dan Agama, dan fungsinya diagihkan kepada beberapa jabatan termasuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (sekarang Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Dalam Negeri), Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (sekarang Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan), Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan, serta Kementerian Pembinaan (sekarang Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan).[6]

Senarai penjawat jawatan

[sunting | sunting sumber]

Tuan Dalam Negeri

[sunting | sunting sumber]
Nama Tarikh mula khidmat Tarikh tamat khidmat
1 Ōkubo Toshimichi 29 November 1873 14 Februari 1874
2 Kido Takayoshi 14 Februari 1874 27 April 1874
3 Ōkubo Toshimichi 27 April 1874 2 Ogos 1874
4 Itō Hirobumi 2 Ogos 1874 28 November 1874
5 Ōkubo Toshimichi 28 November 1874 14 Mei 1878
6 Itō Hirobumi 15 Mei 1878 28 Februari 1880
7 Matsukata Masayoshi 28 Februari 1880 21 Oktober 1881
8 Yamada Akiyoshi 21 Oktober 1881 12 Disember 1883
9 Yamagata Aritomo 12 Disember 1883 22 Disember 1885

Menteri Dalam Negeri

[sunting | sunting sumber]
Nama Kabinet Tarikh mula khidmat Nota
1 Yamagata Aritomo Itō 1 22 Disember 1885  
2 Yamagata Aritomo Kuroda 30 April 1888  
3 Yamagata Aritomo Yamagata 1 24 Disember 1889 Serentak menjadi Perdana Menteri
4 Saigō Tsugumichi Yamagata Pertama 17 Mei 1890  
5 Saigō Tsugumichi Matsukata 1 6 Mei 1891  
6 Shinagawa Yajirō Matsukata 1 1 Jun 1891  
7 Soejima Taneomi Matsukata 1 11 Mac 1892  
8 Matsukata Masayoshi Matsukata 1 8 Jun 1892 Serentak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
9 Kōno Togama Matsukata 1 14 Julai 1892  
10 Inoue Kaoru Itō Ke-2 8 Ogos 1892  
11 Nomura Yasushi Itō Ke-2 15 Oktober 1894  
12 Yoshikawa Akimasa Itō Ke-2 3 Februari 1896 Serentak menjadi Menteri Kehakiman
13 Itagaki Taisuke Itō Ke-2 14 April 1896  
14 Itagaki Taisuke Matsukata Ke-2 14 April 1896  
15 Kabayama Sukenori Matsukata Ke-2 20 September 1896  
16 Yoshikawa Akimasa Itō Ke-3 12 Januari 1898  
17 Itagaki Taisuke Ōkuma 1 30 Jun 1898  
18 Saigō Tsugumichi Yamagata Ke-2 8 November 1898  
19 Suematsu Kenchō Itō Ke-4 19 Oktober 1900  
20 Utsumi Tadakatsu Katsura 1 2 Jun 1901  
21 Kodama Gentarō Katsura 1 15 Julai 1903 Serentak menjadi Menteri Pendidikan
22 Katsura Tarō Katsura 1 12 Oktober 1903 Serentak menjadi Perdana Menteri
23 Yoshikawa Akimasa Katsura 1 20 February 1904  
24 Kiyoura Keigo Katsura 1 16 September 1905 Serentak menjadi Menteri Pertanian dan Perdagangan
25 Hara Takashi Saionji 1 7 Januari 1906 Serentak menjadi Menteri Perhubungan
26 Hirata Tosuke Katsura Ke-2 14 Julai 1908  
27 Hara Takashi Saionji Ke-2 30 Ogos 1911  
28 Ōura Kanetake Katsura Ke-3 21 Disember 1912  
29 Hara Takashi Yamamoto 1 20 Februari 1913  
30 Ōkuma Shigenobu Ōkuma Ke-2 16 April 1914 Serentak menjadi Perdana Menteri
31 Ōura Kanetake Ōkuma Ke-2 7 Januari 1915  
32 Ōkuma Shigenobu Ōkuma Ke-2 30 Julai 1915 Serentak menjadi Perdana Menteri
33 Ichiki Kitokurō Ōkuma Ke-2 10 Ogos 1915  
34 Gotō Shinpei Terauchi 9 Oktober 1916  
35 Mizuno Rentarō Terauchi 24 April 1918  
36 Tokonami Takejirō Hara 29 September 1918  
37 Tokonami Takejirō Takahashi 13 November 1921  
38 Mizuno Rentarō Katō Tomosaburō 12 Jun 1922  
39 Gotō Shinpei Yamamoto Ke-2 2 September 1923  
40 Mizuno Rentarō Kiyoura 7 Januari 1924  
41 Wakatsuki Reijirō Katō Takaaki 11 Jun 1924  
42 Wakatsuki Reijirō Wakatsuki 1 30 Januari 1926 Serentak menjadi Perdana Menteri
43 Osachi Hamaguchi Wakatsuki 1 3 Jun 1926  
44 Suzuki Kisaburō Tanaka 20 April 1927  
45 Tanaka Giichi Tanaka 4 Mei 1928 Serentak menjadi Perdana Menteri
46 Mochizuki Keisuke Tanaka 23 Mei 1928  
47 Adachi Kenzō Hamaguchi 2 Julai 1929  
48 Adachi Kenzō Wakatsuki Ke-2 14 April 1931  
49 Nakahashi Tokugorō Inukai 13 Disember 1931  
50 Inukai Tsuyoshi Inukai 16 Mac 1932 Serentak menjadi Perdana Menteri
51 Suzuki Kisaburō Inukai 25 Mac 1932  
52 Yamamoto Tatsuo Saitō 26 Mei 1932  
53 Fumio Gotō Okada 8 Julai 1934  
54 Shigenosuke Ushio Hirota 9 Mac 1936 Serentak menjadi Menteri Pendidikan
55 Kakichi Kawarada Hayashi 2 Februari 1937  
56 Eiichi Baba Konoe 1 4 Jun 1937  
57 Nobumasa Suetsugu Konoe 1 14 Disember 1937  
58 Kōichi Kido Hiranuma 5 January 1939  
59 Naoshi Ohara Abe 30 Ogos 1939 Serentak menjadi Menteri Kesihatan
60 Hideo Kodama Yonai 15 Januari 1940  
61 Ejii Yasui Konoe Ke-2 22 Julai 1940  
62 Hiranuma Kiichirō Konoe Ke-2 21 Disember 1940  
63 Harumichi Tanabe Konoe Ke-3 18 Julai 1941  
64 Hideki Tōjō Tōjō 18 Oktober 1941 serentak menjadi Perdana Menteri, Menteri Peralatan Ketenteraan
65 Michio Yuzawa Tōjō 17 Februari 1942  
66 Kisaburō Andō Tōjō 20 April 1943  
67 Shigeo Ōdachi Koiso 22 Julai 1944  
68 Genki Abe Suzuki 7 April 1945  
69 Iwao Yamazaki Higashikuni 17 Ogos 1945  
70 Zenjirō Horikiri Shidehara 9 Oktober 1945  
71 Chūzō Mitsuji Shidehara 13 Januari 1946  
72 Seiichi Ōmura Yoshida 1 22 April 1946  
73 Etsujirō Uehara Yoshida 1 31 Januari 1947  
Tetsu Katayama Katayama 24 Mei 1947 Pemangku; pemegang jawatan Perdana Menteri
74 Kozaemon Kimura Katayama 1 Jun 1947 Jawatan dimansuhkan 31 Disember 1947
  1. ^ Ozaki, p. 10.
  2. ^ Samuels, Rich Nation Strong Army. pp.37
  3. ^ Ben-Ami Shillony, Politics and Culture in Wartime Japan, 1999, p.94
  4. ^ Ben-Ami Shillony, Politics and Culture in Wartime Japan, p.95
  5. ^ Herbert Bix, Hirohito and the making of modern Japan, 2001, p. 538, citing Kinkabara Samon and Takemae Eiji, Showashi : kokumin non naka no haran to gekido no hanseiki-zohoban, 1989, p.244 .
  6. ^ Beasley, The Rise of modern Japan, pp.229
  • Beasley, W.G. (2000). The Rise of Modern Japan: Political, Economic, and Social Change since 1850. Palgrave Macmillan. ISBN 0-312-23373-6.
  • Samuels, Richard J (1996). Rich Nation, Strong Army:National Security and the Technological Transformation of Japan. Cornell University Press. ISBN 0-312-23373-6.
  • Sims, Richard (2001). Japanese Political History Since the Meiji Renovation 1868–2000. Palgrave Macmillan. ISBN 0-312-23915-7.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]