Kementerian Ehwal Dalam Negeri (Singapura)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Ehwal Dalam Negeri
کمنترين احوال دالم نݢري
Ministry of Home Affairs (Singapore) (emblem).png
Logo MHA
NewPhoenixPark-Singapore-20080716.jpg
New Phoenix Park
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 1959
Di bawah bidang kuasa Pemerintah Singapura
Ibu pejabat New Phoenix Park, 28 Irrawaddy Road, Singapore 329560
1°19′25.91″N 103°50′41.64″E / 1.3238639°N 103.8449000°E / 1.3238639; 103.8449000
Kakitangan 26,594 (2014)[1]
Belanjawan tahunan S$ 5.00 bilion (est) (2015)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Leo Yip, Setiausaha Tetap
  • Raja Kumar s/o Thamby Rajah, Timbalan Setiausaha (Antarabangsa)
  • Goh Soon Poh
Agensi anak
Tapak web www.mha.gov.sg
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (Singkatan: MHA; Inggeris: Ministry of Home Affairs (Singapore); Cina ringkas: 新加坡内政部; Bahasa Tamil: உள்துறை அமைச்சு) adalah badan berkanun Pemerintah Singapura yang bertanggungjawab dalam keselamatan awam, pertahanan awam dan imigresen. Ia juga dikenali sebagai Home Team.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kementerian Ehwal Dalam Negeri ditubuhkan pada tahun 1959 ketika Singapura mencapai kerajaan sendiri. Bertempat di Bangunan Empress Place, kementerian itu tetap berpejabat di situ sehingga 16 September 1963 apabila Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) dan urusan dalaman menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Setelah Singapura merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965, kementerian itu kembali semula ke Place sebagai sebahagian daripada bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan (MID). MID ditempatkan di situ selama beberapa bulan sebelum ia berpindah ke Pearl's Hill (bekas Berek Polis Hilir).

Pada tarikh 11 Ogos 1970, Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan dipisahkan menjadi dua kementerian, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. MHA masih di Pearl's Hill hingga Ogos 1977, apabila ia berpindah ke Phoenix Park di Tanglin Road.

MHA, bersama-sama dengan Ibu Pejabat Polis, berpindah ke New Phoenix Park di 28 Irrawaddy Road pada tarikh 18 Ogos 2001.

Sub-organisasi[sunting | sunting sumber]

Jabatan[sunting | sunting sumber]

Kementerian Dalam Negeri terdiri daripada jabatan utama berikut:

Badan berkanun[sunting | sunting sumber]

Bahagian kakitangan[sunting | sunting sumber]

  • Bahagian Penglibatan Masyarakat
  • Bahagian Hubungan Korporat
  • Bahagian Kewangan dan Pentadbiran
  • Bahagian Tenaga Manusia
  • Bahagian Teknologi Infokom
  • Bahagian Kerjasama dan Perkongsian Antarabangsa
  • Bahagian Pemeriksa dan Semakan
  • Bahagian Audit Dalaman
  • Bahagian Operasi Bersama
  • Bahagian Undang-undang
  • Pejabat Ketua PEgawai Sains dan Teknologi
  • Bahagian Perancangan dan Pertubuhan
  • Bahagian Pembangunan Dasar
  • Bahagian Perolehan dan Logistik
  • Pendaftaran Persatuan
  • Bahagian Perancangan Teknologi

Jawatankuasa dan majlis[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Presiden untuk Keharmonian Agama
  • Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan
  • Majlis Kebangsaan dalam Menentang Penyalahgunaan Dadah
  • Majlis Kesediaan Kecemasan Kebakaran dan Awam Kebangsaan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Head P: Ministry of Home Affairs" (PDF). Budget 2015. Kementerian Kewangan. February 2015. Dicapai 21 Disember 2015. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]