Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Brunei)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 1 Januari 1984 (1984-01-01)
Di bawah bidang kuasa Kerajaan Brunei
Ibu pejabat Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, Brunei
4°53′28″N 114°56′30″E / 4.891073°N 114.941696°E / 4.891073; 114.941696Koordinat: 4°53′28″N 114°56′30″E / 4.891073°N 114.941696°E / 4.891073; 114.941696
Belanjawan tahunan $149 juta BND (2018)
Menteri bertanggungjawab
Tapak web www.khedn.gov.bn
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) ialah sebuah kementerian peringkat kabinet dalam Kerajaan Brunei yang bertanggungjawab dalam pembahagian pentadbiran negara (institusi daerah, mukim dan kampung), perbandaran, imigresen, buruh, perkhidmatan bomba dan penyelamat, institusi penjara dan rehabilitasi, dan pengurusan bencana kebangsaan. Ianya diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan penyandang semasa ialah Awang Abu Bakar bin Apong.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ditubuhkan pada 1 Januari 1984 iaitu pada hari Brunei mencapai kemerdekaan dari United Kingdom dan Sultan Hassanal Bolkiah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang pertama.[2] Dalam rombakan kabinet pada tahun 1986, baginda menyerahkan portfolio kepada Pehin Awang Isa bin Awang Ibrahim, yang menjadi menteri tersebut yang pertama dari kalangan rakyat biasa.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Kementerian ini diketuai oleh seorang menteri dan ianya adalah ahli di Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet. Menteri ini dibantu oleh seorang Setiausaha Tetap serta dua orang Timbalan Setiausaha Tetap.[3] Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dibahagian kepada beberapa jabatan, yang terdiri dari berikut:

  • Jabatan Daerah Brunei dan Muara
  • Jabatan Daerah Belait
  • Jabatan Daerah Tutong
  • Jabatan Daerah Temburong
  • Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
  • Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
  • Jabatan Bandaran Tutong
  • Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
  • Jabatan Buruh
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Penjara
  • Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

Belanjawan[sunting | sunting sumber]

Bajet tahunan bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tahun fiskal 2018-19 adalah 149 juta ringgit Brunei (US$113 juta pada Mac 2018),[4][5] meningkat dari B$132 juta pada tahun sebelumnya.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sultan reshuffles Cabinet | Borneo Bulletin Online". borneobulletin.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-03-22. 
  2. ^ "Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam - Sejarah Ringkas". www.moha.gov.bn. Dicapai 2018-03-22. 
  3. ^ "Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam - Carta Organisasi". www.moha.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-03-22. 
  4. ^ "14th LegCo session ends with $5.3B budget passed - The Scoop". The Scoop (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-21. Dicapai 2018-03-22. 
  5. ^ "XE: Convert BND/USD. Brunei Darussalam Dollar to United States Dollar". xe.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-03-22. 
  6. ^ "MoHA gets B$131.7M budget | Borneo Bulletin Online". borneobulletin.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-03-22. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]