Kementerian Perpaduan Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Perpaduan Negara
كمنترين ڤرڤادوان نݢارا
Perpaduan
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1969
Agensi terdahulu
  • Jabatan Perdana Menteri
JenisKerajaan
Ibu pejabatPutrajaya
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Wan Suraya Wan Md Radzi, Ketua Setiausaha
Tapak webwww.perpaduan.gov.my

Kementerian Perpaduan Negara Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini diketuai oleh seorang Menteri[1] dan seorang Timbalan Menteri[2].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara mula ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai tindak balas daripada peristiwa 13 Mei yang dialami Malaysia. Pada 1972, portfolio ini dinaik taraf menjadi sebuah kementerian penuh yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara.

Pada 1980, portfolio ini diserap semula di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1990. Selepas pilihan raya umum Malaysia 1990, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pula ditubuhkan sehingga 2004.

Pada 2004 hingga 2008, ini diserap semula dalam Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, portfolio ini digabungkan dalam kementerian kebudayaan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Selepas pertukaran Perdana Menteri pada 2009, portfolio perpaduan diserap semula ke dalam Jabatan Perdana Menteri.

Selepas kemelut politik Malaysia 2020, portfolio ini sekali lagi dijadikan sebuah kementerian penuh, iaitu Kementerian Perpaduan Negara.

Agensi dan jabatan[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
  • Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-20.
  2. ^ "Ti Lian Ker, Azam Baki angkat sumpah". www.hmetro.com.my. 2020-03-11. Dicapai pada 2020-05-05.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]