Kementerian Pertahanan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Pertahanan
كمنترين ڤرتاهنن
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Logo-MINDEF.png
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 31 Ogos 1957; 61 tahun yang lalu (1957-08-31)
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Kakitangan 168,283 (2018)
Belanjawan tahunan MYR 15,862,774,500 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Halimi Abd Manaf, Ketua Setiausaha
  • Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera
Tapak web www.mod.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
frames

Kementerian Pertahanan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرتاهنن; singkatan: KEMENTAH) ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.

Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, iaitu Mohamad Sabu ,. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Kementerian Pertahanan telah beroperasi dengan rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn), Kuala Lumpur. Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama, iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Beberapa tahun kemudian, bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur bagi menempatkan pejabat-pejabat panglima dan pegawai-pgawai kanan Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Bangunan yang dibina dengan kos RM122,000 itu dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada 18 Mac 1960.

Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan pembesaran angkatan tentera ke arah menguasai tanggungjawab keselamatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.

Ekoran keputusan Kerajaan British mengundurkan bala tenteranya dari rantau ini selepas 1970, Kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah tertentu, termasuk menyusun segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia bagi tujuan pembesarannya. Oleh itu, kerajaan membina sebuah bangunan baru yang boleh menampung kesemua agensi Kementerian Pertahanan di bawahnya. Bangunan baru Kementerian Pertahanan sekarang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, telah di bina dengan harga RM144 juta. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada awal tahun 1982 disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat yang dikenali sebagai "Wisma Pertahanan" menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik mesyuarat. Kawasan persekitarannya yang dikenali sebagai "Kompleks Wisma Pertahanan" turut menyediakan beberapa kemudahan seperti auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawat), balai pengawal, menara, bilik komputer, landas helikopter, kafeteria, bangunan tempat letak kereta bertingkat, dan lain-lain.

Jabatan/Agensi[sunting | sunting sumber]

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
  • Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
  • Jabatan Ketua Hakim Peguam
  • Pejabat Kementerian Pertahanan Sabah
  • Pejabat Kementerian Pertahanan Sarawak
  • Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS)
  • Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)
  • Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia
  • Depot Simpanan Pertahanan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]