Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kemerdekaan Indonesia)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah sebahagian daripada
Sejarah Indonesia
Sejarah Indonesia.png
Prasejarah Indonesia
Kerajaan Hindu-Buddha
Kutai (abad ke-4)
Tarumanagara (358–669)
Kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-11)
Wangsa Sailendra (abad ke-8 hingga ke-9)
Kerajaan Sunda (669–1579)
Kerajaan Medang (752–1045)
Kerajaan Kediri (1045–1221)
Kerajaan Dharmasraya (abad ke-12 hingga ke-14)
Kerajaan Singhasari (1222–1292)
Kerajaan Majapahit (1293–1500)
Kerajaan Islam
Kesultanan Ternate (1257–kini)
Kesultanan Melaka (1400–1511)
Kesultanan Demak (1475–1548)
Kesultanan Aceh (1496–1903)
Kesultanan Banten (1526–1813)
Kesultanan Mataram (1500-an-1700-an)
Era kolonialisme
Portugis (1512–1850)
VOC (1602-1800)
Belanda (1800–1942)
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional (1899-1942)
Pendudukan Jepun (1942–1945)
Pengisytiharan Kemerdekaan (1945)
Revolusi Nasional (1945–1950)
Pasca-merdeka
Era Order Lama (1950–1959)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Gerakan 30 September (1965)
Demokrasi Dipimpin (1959–1966)
Era Order Baru (1966–1998)
Era Reformasi (1998–kini)

Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia diumumkan tepat pada pukul 10.00 pagi, Jumaat, 17 Ogos 1945 oleh Presiden Sukarno yang didampingi oleh Mohammad Hatta di Jalan Pegangsaan Timur 56, Cikini, Jakarta Tengah, Indonesia. Pengisytiharan itu menandakan permulaan empat tahun perjuangan diplomatik dan tentangan bersenjata yang dipanggil Revolusi Nasional terhadap angkatan tentera Belanda sehingga 1949 apabila Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Pengisytiharan[sunting | sunting sumber]

Sukarno, ditemani oleh Mohammad Hatta (kanan), mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia

Draf Pengisytiharan Kemerdekaan disediakan hanya beberapa jam lebih awal, pada malam 16 Ogos, oleh Sukarno, Hattadan Subardjo (Alumni Leiden,1933), di tempat kediaman Laksamana Muda Maeda (Minoru) Tadashi di Miyako-Doori 1, Jakarta (kini "Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan", JL. Imam Bonjol I, Jakarta). Sedangkan Maeda bersetuju dengan kemerdekaan Indonesia, dan meminjam rumahnya untuk pendrafan pengisytiharan, beliau tidak melibatkan diri dalam pendrafan itu, dan tidur di biliknya di tingkat atas ketika pengisytiharan didraf. Bagaimanapun, Marsyal Terauchi yang merupakan pemimpin Jepun pangkat tertinggi di Asia Tenggara serta juga anak lelaki Perdana Menteri Terauchi Masatake, membantah kemerdekaan Indonesia yang dijadualkan pada 24 Ogos.

Sedangkan persediaan rasmi pengisytiharan dan kemerdekaan rasmi pada dirinya telah dilaksanakan dengan teliti sejak beberapa bulan yang lalu, tarikh pengisytiharan telah dicepatkan oleh suatu komplot yang diketuai oleh beberapa orang aktivis muda yang radikal, seperti Adam Malik dan Chairul Saleh, selepas penyerahan kalah tanpa syarat oleh pihak Jepun kepada Pihak Berikat pada 15 Ogos selepas pengeboman atom Nagasaki.

Mengikut rancangan awal, pengisytiharan akan dimeterai oleh 27 orang ahli Jawatankuasa Persediaan untuk Kemerdekaan Indonesia (PPKI) yang secara simbolik melambangkan kepelbagaian negara yang muda. Cara ini diilhami oleh Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, idea itu ditolak oleh para aktivitis radikal yang memperdebatkan bahawa jawatankuasa tersebut terlalu rapat dengan pemerintah Jepun, and oleh itu mengakibatkan kehilangan kebolehpercayaan. Sebagai ganti, aktivitis-aktivitis radikal itu mendesak bahawa tandatangan-tandatangan enam orang mereka itu dimasukkan ke dalam dokumen pengisytiharan. Kesemua pihak yang terlibat dalam peristiwa bersejarah itu akhirnya bersetuju untuk bertolak ansur, dengan Sukarno dan Hatta merupakan dua orang penandatangan yang tunggal 'atas nama negara Indonesia'.

Pada mulanya, Sukarno hendak pengisytiharan kemerdekaan dibaca di Dataran Ikada yang merupakan padang besar dan terbuka di pusat Jakarta, tetapi disebabkan kebimbangan tentang kemungkinan sabotaj oleh pihak Jepun, tempatnya ditukarkan ke rumah Sukarno di Pegangsaan Timur 56. Sebenarnya, tidak terdapat sebarang bukti yang konkrit untuk melahirkan rasa syak tersebut kerana pihak Jepun sudahpun menyerah kepada Pihak Berikat, dan Pusat Ketumbukan Tinggi Jepun di Indonesia telah memberikan kebenaran untuk kemerdekaan negara. Pada hakikatnya, pengisytiharan kemerdekaan berlangsung dengan lancar.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia juga mencetuskan banyak pemberontakan dan keganasan di sesetengah kawasan tempatan seperti Pembunuhan Beramai-ramai Sulawesi oleh Raymond Westerling, dan Revolusi Sosial Sumatera Timur, kedua-dua ini pada tahun 1946, serta Laskar Hitam. Kesemua ini dilakukan oleh kedua-dua kumpulan yang taat setia kepada pihak Belanda serta kumpulan anti Belanda terhadap satu sama lain, dan juga oleh tentera awam militia tempatan yang hanya mengambil kesempatan terhadap keadaan yang tidak tentu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Teks Perisytiharan[sunting | sunting sumber]

Versi terakhir[sunting | sunting sumber]

Draf perisytiharan

Teks asal perisytiharan kemerdekaan Republik Indonesia adalah amat ringkas seperti berikut:

Proklamasi
Kami, bangsa Indonesia, dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia.

Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan
dengan tjara saksama dan dalam tempo jang sesingkat-singkatnja.

  Djakarta, hari 17 boelan 8 tahoen 05

  Atas nama bangsa Indonesia
  Soekarno - Hatta

Di sini tertulis tahun 05 kerana ini sesuai dengan tahun Jepun yang ketika itu merupakan tahun 2605.

Versi asli[sunting | sunting sumber]

Deklarasi Kemerdekaan Indonesia yang asli
Sukarno membaca perisytiharan. Menurut Rushdy Hussein, sejarawan Indonesia, rekod ini dibuat pada tahun 1951, bukan tahun 1945.[1]
Tugu itu memperingati Deklarasi Kemerdekaan Indonesia

Teks di atas merupakan hasil semakan Sayuti Melik. Tiga pindaan telah dibuat pada versi asli seperti berikut:

  • "tempoh": ditukar menjadi "tempo", kedua-dua mempunyai maksud yang sama;
  • 17-8-45: ditukar menjadi "hari 17, boelan 8, tahoen 05"
  • Wakil-Wakil Bangsa Indonesia: ditukar menjadi "Atas nama bangsa Indonesia"

Versi asli yang disediakan oleh Mohammad Hatta, dan A. Soebardjo, dibantu oleh Sukarno, adalah seperti berikut:

Proklamasi
Kami bangsa Indonesia dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia

Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan
dengan tjara saksama dan dalam tempoh jang sesingkat-singkatnja.

  Djakarta, 17 - 8 - '05 

  Wakil2 bangsa Indonesia.
  Soekarno - Hatta

Peringatan Hari Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Rakyat Indonesia merayakan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos setiap tahun. Peringatan detik-detik Pengisytiharan di Istana Merdeka dipimpin oleh Presiden Republik Indonesia dan disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen negara.

Acara-acara pada pagi hari termasuk:

Pada petang hari, acara penurunan bendera Sang Saka Merah Putih diadakan. Perayaan kemerdekaan oleh rakyat Indonesia cukup lama, biasanya hingga satu mahupun dua bulan penuh.

Wang kertas[sunting | sunting sumber]

Wang kertas 100,000 Rupiah, yang mengandungi Proklamasi Kemerdekaan.

Pengumuman ini dicetak di depan wang kertas Rp. 100.000 Indonesia tahun 1999 dan 2004.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Twitter". twitter.com. Dicapai pada 15 June 2015. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Anderson, Ben (1972). Java in a Time of Revolution: Occupation and Resistance, 1944-1946. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press. ISBN 0-8014-0687-0. 
  • Ricklefs, M.C., 1981. A History of modern Indonesia (Sejarah Indonesia moden), Cetakan semula Macmillan Asia Tenggara, m.s. 198
  • Lembaga Soekarno-Hatta, 1984 Sejarah Lahirnya Undang-Undang Dasar 1945 dan Pancasila, Percetakan Inti Idayu, Jakarta, m.s. 19
  • Direktorat Jenderal Kebudayaan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan,1991:52-53.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]