Kemetisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sebuah altar persendirian penganut Kemetisme di Republik Czech dengan patung Thoth.

Kemetisme atau Neterisme ialah gerakan yang menghidupkan semula agama Mesir purba serta budaya-budaya berkaitan yang mula muncul sejak 1970-an. Seorang penurut Kemetisme digelar sebagai Kemetic.[1]

Kemetisme memiliki beberapa kelompok utama dengan gaya anutan yang berbeza, daripada ekletisisme ke rekonstruktivisme. Akan tetapi, semua kelompok ini dapat dikenal pasti tergolong dalam tiga aliran: Kemetisme rekonstruktivis (berdasarkan kajian sarjana), gaya sinkretik serta gaya bercenderung monoteisme, Ortodoks Kemetisme.[2]

Penurut Kemetisme lazimnya menyembah hanya beberapa dewa (Maat, Bastet, Anubis, Sekhmet atau Thoth dan lain-lain), tetapi memperakui kewujudan semua dewa. Penyembahan mereka lazimnya melibatkan sembahyang dan membina altar, tetapi tiada panduan khusus berkenaan cara penyembahan.[3] Altar biasanya dihasilkan dengan patung atau figura dua dimensi dewa sebagai pusat utama penyembahan. Alatan-alatan tambahan termasuk lilin dan bahan penyembahan seperti hidangan makanan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daugherty, Michelle (2 Oktober 2014). "Kemetism. Ancient Religions in our Modern World". Michigan State University. USA. Dicapai pada 18 Januari 2017.
  2. ^ Harrison, PM (2012). Profane Egyptologists: The Revival and Reconstruction of Ancient Egyptian Religion. UCL (University College London).
  3. ^ "Kemetic Starter Guide". The Twisted Rope (dalam bahasa Inggeris). 2011-11-08. Dicapai pada 2018-12-12.
  4. ^ LaBorde, Sharon (2017). Following the Sun: A Practical Guide to Egyptian Religion (New Revised Edition). ISBN 978-1-365-87722-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Kemetisme di Wikimedia Commons