Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EFSF) ialah sebuah kenderaan khas yang didanai oleh anggota-anggota zon euro untuk menekan krisis hutang kebangsaan Eropah. Penubuhannya disetujui oleh 27 negara anggota[1] Kesatuan Eropah pada 9 Mei 2010 dengan tujuan melindungi kestabilan kewangan di Eropah dengan menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara zon euro ketika menghadapi kemelesetan ekonomi.[2] Kemudahan ini beribupejabat di Luxembourg City,[3] dan Bank Pelaburan Eropah menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan sokogan pentadbiran melalui kontrak tahap perkhidmatan.[4]

EFSF diberi hak untuk meminjam €440 bilion.[5] Sebuah entiti lain bernama Mekanisme Kestabilan Kewangan Eropah (EFSM), sebuah program yang bergantung pada dana yang dikumpulkan di pasaran kewangan dan dijamin oleh Suruhanjaya Eropah menggunakan anggaran Kesatuan Eropah sebagai kolateralnya, memiliki hak untuk menaikkan €60 bilion.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Consilium.europa.eu "The Council and the member states decided on a comprehensive package of measures to preserve financial stability in Europe, including a European financial stabilisation mechanism, with a total volume of up to EUR 500 billion."
  2. ^ Economist.com "European Financial Stability Facility, the special-purpose vehicle (SPV) set up to support ailing euro-zone countries, is even being run by a former hedgie. But this is one fund that will never short its investments."
  3. ^ Etat.lu "Articles of Incorporation of the EFSF established as a public limited liability company under the laws of the Grand-Duchy of Luxembourg.
  4. ^ EIB.europa.eu Diarkibkan 2012-03-15 di Wayback Machine "Limited services provision role for EIB in European Financial Stability Facility"
  5. ^ Jolly, David (5 January 2011). "Irish Bailout Begins as Europe Sells Billions in Bonds". The New York Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]