Kemurungan pembiakbakaan dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemurungan pembiakbakaan dalam ialah kemerosotan ketegapan dalam populasi spesies tertentu akibat pembiakan hidupan individu yang bersaudara. Pembiakan antara individu yang bersaudara rapat, iaitu pembiakbakaan dalam, menyebabkan timbulnya sifat-sifat lebih resesif yang merosakkan kesihatan. Lebih rapat persaudaraan antara pasangan yang membiak itu, maka lebih banyaklah gen homozigot perosak yang dimiliki oleh anak-anaknya, maka lahirnya individu-individu yang kurang tegap. Satu lagi mekanisme yang menyebabkan kemurungan ini ialah alel heterozigot terlampau dominan hingga menyebabkan kemerosotan ketegapan populasi yang banyak genotip homozigot, biarpun tidak merosakkan kesihatan. Kini, tidak tahulah yang mana daripada kedua-dua mekanisme tersebut lebih penting. Secara amnya, populasi yang lebih variasi genetiknya tidak mengalami kemurungan pembiakbakaan dalam. Kemurungan pembiakbakaan dalam selalunya berpunca daripada kejejalan populasi. Kemurungan pembiakbakaan dalam nampaknya didapati dalam kebanyakan kelompok hidupan, mungkin sekali paling ketara dalam spesies-spesies khunsa, terutamanya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan besar tumbuh-tumbuhan adalah khunsa, oleh itu mampu menahan kesan pembiakbakaan dalam yang paling teruk sekalipun.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]