Kenanga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kenaga
کناڠ
Bunga pokok Kenanga
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Magnoliid
Order: Magnoliales
Keluarga: Annonaceae
Genus: Cananga
Spesies:
C. odorata
Nama binomial
Cananga odorata

Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama botaninya Cananga odorata (Lam.) Hk. f. et Th. [1]

Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut. Di Indonesia pula, bunga kenanga banyak menempati peran di dalam upacara-upacara khusus misalnya dalam upacara perkawinan. Kenanga sendirinya adalah bunga rasmi atau flora identitas Provinsi Sumatra Utara.

Pokok Kenanga merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bagaimanapun pokok kenanga kawin mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2 meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal.

Pokok Kenanga tumbuh dengan cepat hingga lebih dari 5 meter per tahun dan mampu mencapai tinggi rata-rata 12 meter. Batang Pohon Kenanga lurus, dengan kayu keras dan cocok untuk bahan peredam suara. Ia memerlukan sinar matahari penuh atau sebagian, dan lebih menyukai tanah yang memiliki kandungan asid di dalam habitat aslinya di dalam hutan tadah hujan. Daunnya hijau halus, mengkilap, runcing dengan margin bergelombang. Bunganya terkulai, panjang menguntit dengan 6 kelopak sempit berwarna kuning kehijauan (seperti tapak sulaiman). Tanaman ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  2. ^ Handayani, Tri (Kulau 2016). "Musim Berbunga Dan Berbuah Jenis-jenis Tanaman Koleksi Suku Annonaceae Di Kebun Raya Bogor". Botanic Gardens Bulletin. 19 (2): 91–104. ISSN 0125-961X. Check date values in: |date= (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]