Kenchana Dewi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kenchana Devi
Kelahiran
Kenchana Devi A/p Naidu

(1973-03-21) 21 Mac 1973 (umur 49)
PekerjaanPelakon, pelawak
PasanganSaravandevan (k. 2012)

Kenchana Devi A/p Naidu (lahir 21 Mac 1973) ialah seorang pelakon dan pelawak popular di Malaysia. Beliau berketurunan India dan berkecimpung dalam dunia tarian terlebih dahulu sebelum aktif dalam drama Tamil dan Melayu. Watak Kamala dalam sitkom Puteri yang dipegangnya selama 9 musim sejak 2005 telah mempopularkan beliau hingga 5 kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).

Pada tahun 2010 beliau muncul dalam program TV Apa-apa Aja bersama pelawak Shamsul Ghau Ghau di saluran TV3 dan mengacarakan program bual santai itu selama 2 musim. Pada tahun 2012, beliau memulakan tugas sebagai penyampai radio untuk slot pagi di saluran Suria FM. Beliau bergandingan dengan penyampai Halim Othman dan pelawak Nabil Ahmad.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Kenchana Devi dilahirkan sebagai Kanchana Devi Naidu menamatkan zaman bujangnya ketika berusia 18 tahun apabila berkahwin tahun 1992. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak iaitu Patkieswaran, Tashvetha Devi, dan Mishalin Devi. Selepas bercerai, beliau berkahwin semula selepas beberapa tahun kemudian dengan Saravanadevan pada tahun 2012 dan dikurniakan 1 orang iaitu Mithrasha Devi.

Kerana sikapnya yang periang dan mudah mesra, ramai yang tidak menyangka bahawa Kenchana sudah berusia lewat 30an. Beliau juga sering membawa watak gadis remaja dalam banyak drama.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Soal Hati (2000)
  2. Dunia Baru The Movie (2008)
  3. Semerah Cinta Stilleto (2010)
  4. Adik Manja Returns (2011)
  5. Baik Giler (2013)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  1. Puteri (2005 - 2008)
  2. Seputeh Qaseh Ramadan (2006)
  3. Cinta Untuk Ain (2008)
  4. Laila Majnun (2008)
  5. Sebumbung (2009)
  6. Puteri Reunion (2022)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]