Kendrick Ledet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kendrick Ledet merupakan tentera marin Amerika Syarikat yang ditempatkan di Kem Hansen , Pulau Okinawa, utara Jepun.

Pada 1 Mei 1995, dia bersama dua rakannya yang lain didapati bersalah merogol gadis sunti pulau itu , berumur 12 tahun. Rodrico Harpa (22) dan Marcus Gill (23) dijatuhi hukuman tujuh tahun kerja keras di penjara Jepun. Ledet mengubah keterangan , dijatuhi hukuman penjara ½ tahun. Ketiga-tiga tentera ini dibebaskan dari penjara pada tahun 2003 dan diberhentikan dari perkhidmatan tentera.

Kejadian itu mencetuskan kegemparan penduduk dan mereka sekali lagi bangun membantah kehadiran penjajahan tentera Amerika di pulau itu. Perjanjian bilateral Jepun-Amerika Syarikat pada 1996 mahu mengurangkan jumlah tentera kepada 21 %.

Pada 25 Ogos 2006, Kendrick Ledet (31) dijumpai mati di apartmen tiga tingkat di Kennesaw, Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat akibat dibunuh / membunuh diri bersama Lauren Cooper (22). Cooper mati akibat diserang secara seksual, kemudian dibunuh kerana dicekik dan pukulan di kepala. Ledet dan Cooper adalah bekas rakan kerja di Zucca Bar & Pizzeria di Smyrna. Tidak ada tanda-tanda masuk secara paksa ke apartmen Cooper di luar kampus Kennesaw State University.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]