Kentang lecek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kentang lecek
JenisBubur, hidangan kentang Sunting ini di Wikidata
Tempat asalUnited Kingdom[1]
Bahan utamaKentang, mentega atau minyak sayuran, susu atau krim
Keragaman/variasiKentang Duchess, Laonai yangyu ("Kentang nenek"), aloo bharta
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
214 per cawan kcal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kentang lecek, kentang lenyek, kentang putar atau kentang tumbuk (khusus di Indonesia) ialah sejenis makanan yang disediakan dengan melecekkan kentang yang telah direbus. Resepi makanan ini mula muncul lebih kurang tahun 1747 dalam The Art of Cookery oleh Hannah Glasse.[2]

Kentang lecek yang dikeringkan dan dibekukan juga kini boleh didapati dalam bentuk segera di kedai-kedai.

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan kentang yang "gebu" amat digalakkan, namun kentang yang agak "licin" digunakan untuk tekstur yang berbeza.[3] Mentega, minyak sayuran, susu dan/atau krim lazimnya ditambah untuk menaikkan rasa dan tekstur kentang yang dilecek tadi, sebelum kentang tersebut diperisakan dengan garam, lada, serta rempah dan herba yang diingini. Susu dan mentega boleh digantikan dengan stok atau air rebusan jika untuk mengurangkan kalori mahupun untuk pilihan tanpa tenusu.

Antara ramuan dan bahan perisa yang paling biasa digunakan ialah: bawang putih, keju, krim masam, bawang besar atau daun bawang, bawang terkaramel, mustard, rempah ratus seperti buah pala, potongan herba seperti parsli atau rosemary, lobak putih, dan wasabi.

Penghidangan[sunting | sunting sumber]

Kentang lecek ini boleh dimakan begitu sahaja, ataupun bersama kuah yang dibuat berasaskan daging atau sayuran.

Ia juga boleh dimasukkan dalam hidangan tetentu sebagai bahan asas seperti shepherd's/cottage pie, pierogi, colcannon, ladu barat, kroket dan gnocchi.[4]

Jenis serata dunia[sunting | sunting sumber]

Terdapat seberapa jenis yang wujud dalam masakan Perancis:

  • pommes duchesse ("kentang Duchess") - ditambah kuning telur serta dipicit melalui tiub pastri menjadi reben atau roset yang beralun.;
  • Pomme purée (puri kentang) - menggunakan lebih banyak mentega berbanding kentang lecek biasa: satu bahagian kentang dinisbahkan menggunakan separuh ketul mentega.[3][5]

Di subbenua India, lecekan ini adakalanya dibubuh menggunakan potongan bawang, biji sawi, cili, daun ketumbar dan rempah lain untuk menghasilkan suatu jamuan tersendiri iaitu Aloo Bharta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, A. (2011) Potato: A Global History. London: Reaktion Books.
  2. ^ Smith, A. (2011) Potato: A Global History. London: Reaktion Books.
  3. ^ a b What's the best mashed potato method? | Life and style | theguardian.com
  4. ^ Dupree, Nathalie (1 November 2012). Mastering the Art of Southern Cooking. Gibbs Smith. ISBN 978-1-4236-2316-8.
  5. ^ Best mashed potato recipe in the world - Chatelaine.com