Kenyataan perkauman Ahmad Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail ialah berhubung tafsiran sejarah beliau berhubung rakyat Malaysia keturunan Cina. Orang Cina tidak dapat menerimanya dan bantahan dikemukakan melalui parti Gerakan dan MCA. Datuk Ahmad Ismail mentafsirkan bahawa masyarakat Cina kini masih berstatus pendatang yang tidak wajar diberi hak yang sama dengan orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Ucapan itu disampaikan pada 23 Ogos 2008 di Permatang Pauh, Pulau Pinang ketika berkempen bagi Datuk Arif Shah Omar Shah yang menentang Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Untuk memurnikan ucapan itu, beliau menyatakan ucapannya berhubung sejarah masa lalu di mana Kapten Francis Light 1786 membawa pendatang dari selatan China untuk bekerja di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Bagi menyejukkan suasana, beliau mendakwa mempunyai ramai rakan taulan Cina dan India sejak kecil hinggalah menjadi pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bendera. Malahan selaku ketua Bahagian UMNO, beliau telah berkempen di kalangan orang Melayu sepedrti di Tanjung Tokong agar mengundi calon Gerakan dan MCA seperti Tan Sri Koh Tsu Koon, Dr Teng Hock Nan, Chia Kwang Chai, Albert Mah dan lain-lain. Jadi soal beliau seorang yang bersifat perkauman tidak timbul.

Baginya, ucapan beliau bersandarkan sejarah. Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah. Tetapi bagi masyarakat Cina, fakta ini tidak wajar diungkit-ungkit dan dimomokkan serta sampai bila mereka ditafsir sebagai warganegara kelas kedua.

Secara penuh ironi, Ahmad Ismail sebenarnya ialah cucu kepada pasangan India yang berhijrah ke Pulau Pinang pada sekitar peralihan abad ke-20.[1] Itu juga tetap sejarah yang tidak boleh diubah. Jika keluarganya bukan beragama Islam, maka dia sebenarnya merupakan orang India Malaysia.

Hubungan kaum di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Hubungan kaum Melayu-Cina di Pulau Pinang boleh dkatakan aman damai sejak Pulau Pinang di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin dari Kedah lagi. 1786 Kapten Francis Light selaku pegawai Syarikat Hindia-Timur British mengambil alih Pulau Pinang dan Province Wellesley (Seberang Perai) dari Kedah, pembangunan Pulau Pinang semakin pesat.

British mudah membawa buruh dari China kerana mempunyai hubungan dagang yang menguntungkan di China. Tekanan ekonomi di China menyebabkan Pulau Pinang menjadi destinasi terbaik mencari makan.

Beberapa hartal telah berlaku di Pulau Pinang akibat kemelesetan ekonomi. Selepas 13 Mei 1969 pula, Tun Lim Chong Eu selaku pengasas Gerakan telah menyertai Barisan Nasional. Sebelum itu beliau adalah pemimpin tertinggi MCA. Kemasukan Gerakan dan lain-lain parti ke dalam Barisan Nasional meredakan hubungan di Pulau Pinang.

Sumbangan UMNO Bukit Bendera[sunting | sunting sumber]

Kerusi Parlimen kawasan Bukit Bendera[sunting | sunting sumber]

Ahmad Ismail selaku Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selalu berkempen di kalangan pengundi Melayu supaya mereka mengundi calon BN yang berbangsa Cina itu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-9, Chia Kwang Chye dari Parti Gerakan, juga sebuah parti komponen BN, menewaskan Goi Hock Seng, seorang calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Selepas itu, Chia berjaya mempertahankan kerusinya dalam Pilihanraya Umum ke-10 dengan menewaskan Lim Kit Siang yang semasa itu Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Pembangkang Parlimen sebelum pembubaran Parlimen. Setelah itu, Chia sekali lagi berjaya mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum ke-11 dengan menewaskan Zulkifli Mohd Noor yang juga dari dari DAP.

Namun dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Chia dikalahkan oleh Liew Chin Tong dari DAP.

Kerusi DUN di bawah kawasan Bukit Bendera[sunting | sunting sumber]

Laporan polis[sunting | sunting sumber]

Lantaran itu, lima laporan di buat oleh DAP, Gerakan dan MCA di Bukit Mertajam, Datuk Keramat, Balai Polis Jalan Tun H. S. Lee Kuala Lumpur, Balai Polis Jalan Patani dan Petaling Jaya , (Selangor) berhubung kenyataan Ahmad itu dan kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Datuk Dr. Fong Chan Onn mendesak agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

Laporan polis turut dibuat oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan tersebut.

Reaksi balas UMNO[sunting | sunting sumber]

Timbalan Presiden UMNO[sunting | sunting sumber]

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak secara terbuka memohon maaf bagi pihak UMNO. Presidennya Abdullah pula menjelaskan bahawa pendirian UMNO adalah jelas tidak sedemikian. Jika sayangkan negara, semua pihak mestilah berhenti memainkan isu perkauman. Malangnya Ahmad Ismail masih enggan memohon maaf. Beliau lambat menjawab tuduhan kerana mengetuai kontinjen sepak takraw ke Bangkok.

Pemangku Pengerusi Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berterima kasih atas pendirian pemimpin UMNO. Koh Tsu Koon membangkitkan dendam Ahmad Ismail yang tidak dilantik semula sebagai Exco Pulau Pinang setelah tempoh 4 tahun berakhir. Gerakan juga akan keluar dari Barisan Nasional Gerakan dipersalahkan dan dibebani dengan isu sebegini.Dalam Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA, Wanita MCA Selangor , Datin Paduka Chew Mei Fun menjelakan bahawa orang Cina banyak menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara ini.

Ahmad Ismail menyalahkan wartawan dan akhbar Sin Chew Jit Poh yang melaporkan ucapannya tanpa konteks yang sebenar. Ketua Pengarang Sin Chew Daily iaitu Pook Ah Lek menyatakan taktik menyalahkan media adalah helah bela diri ahli politik. [2]

UMNO Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

13 ketua bahagian UMNO Pulau Pinang hadir di Menara UMNO, George Town. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah mahu masyarakat Cina tidak melupakan fakta sejarah, kontrak sosial yang telah dipersetujui. [3] Orang Melayu juga terkilan dengan isu masuk Kristian sebaliknya bukan Melayu membangkitkan isu memeluk Islam.

Datuk Zainal Abidin Osman menyatakan bahawa Umno Pulau Pinang akan menyediakan barisan peguam untuk membela Ahmad sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Penjelasan Ahmad[sunting | sunting sumber]

Ahmad Ismail mengemukakan pelbagai bukti bahawa beliau bukan bersifat perkauman. Sebaliknya menyeru agar orang Cina tidak cuba menjadi 'the Jewish in America', tak cukup ekonomi yang mereka kawal - politik pun mereka kuasai. [4] Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mahu Ahmad Ismail ditahan di bawah ISA kerana ucapannya mengganggu emosi masyarakat Cina. Apakah wajar juga gambar pemimpin UMNO diturunkan dan dikoyak dan dihina sebagaimana gambar Dr Koh Tsu Koon. Beliau mempersoalkannya sambil memegang sekeping gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah bin Ahmad Badawi. Pemangku Presiden Gerakan juga mengumumkan bahawa Gerakan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang. [5] [6]

Gantung 3 tahun[sunting | sunting sumber]

Pada 9 September 2008, Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbincang tanpa berdalih lagi. Seluruh dewan setuju menyerahkan kes ini dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Pada 10 September 2008, Majlis Tertinggi UMNO seramai 48 orang yang dipengerusikan oleh Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat UMNO, PWTC. Keputusannya Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO dan dilucutkan hak-haknya dalam UMNO selama tiga tahun (2008-2011). Mengikut Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO itu keahliannya sebagai ahli UMNO kekal tetapi tidak boleh memegang atau bertanding sebagai jawatan dalam parti.

Datuk Shahidan Kassim yang juga ahli MT UMNO mempersoalkan tiadanya tindakan terhadapan Suqiu atau mahasiswa yang mempermainkan lagu Negaraku. Keadilan mestilah merata.[7]

Siasatan polis[sunting | sunting sumber]

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid menyatakan polis telah menyiasat dan mengambil kenyataan termasuk daripada Ahmad Ismail sendiri. Pada 10 September 2008, Tan Sri Ismail Omar selaku Timbalan Ketua Polis Negara memberi jaminan akan menyiasat kes ini seberapa segera.

Cubaan acuman perkauman boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. [8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]