Kepala Batas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepala Batas
Bandar
Negara Malaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahSeberang Perai Utara
Kerajaan
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
Poskod
13200
Lokasi Kepala Batas di Peta Google

Kepala Batas merupakan sebuah bandar dan Kompleks Pejabat Kerajaan bagi daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.[1][2] Ia terletak di tengah perjalanan Butterworth ke Sungai Petani, terletak 30 km dari George Town.

Kepala batas juga membawa maksud bahagian depan batas sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi.

Wakil Rakyat di Kepala Batas ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, sebagai tempat desanya.

Kepala Batas juga sangat berdekatan dengan Tasek Gelugor, Penaga dan Bukit Mertajam. Stesen Keretapi Tasik Gelugor sekarang juga merupakan satu lagi stesen alternatif untuk melancong ke Selatan bagi penduduk sini.

Bandar ini dengan Pulau Pinang juga merupakan bandar seperti Kuala Lumpur dan Gombak di Pulau Pinang.

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

'Kepala Batas' bermaksud bahagian depan sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.

Sebagai kawasan persisiran pantai, kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang buruk dan sering dilanda banjir. Dengan itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah. Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah pelat buruh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek. Di tebing Sungai Korek ini biasanya ada timbunan tanah dari parit sebagai benteng untuk mengelak kemasukan air masin. Timbunan tanah sepanjang parit korek ini dipanggil batas atau bund dalam bahasa Inggeris. Hujung bund ini di mana parit berakhir atau bertembung dengan parit lain dipanggil kepala batas. Oleh itu kita boleh dapati beberapa tempat di Kedah dan Perlis mempunyai nama yang sama iaitu Kepala Batas.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Antara pusat pengajian tinggi yang ada di Kepala Batas adalah

  • Institut Pergigian Perubatan Termaju(IPPT),Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bertam
  • Kolej Komuniti Kepala Batas
  • Advance Medical & Dental Institute
  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  • Pusat Giat Mara Kepala Batas
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas
  • Kolej Jururawat Bertam
  • Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas
  • Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA)

Politik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Poskod Kepala Batas, Pulau Pinang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  2. ^ "Gazetir Negeri Pulau Pinang Pulau Muntiara". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. 2015. Dicapai pada 27 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]