Kepala dan ekor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syiling empayar Rom, diketuk s. 241, dengan kepala Tranquillina di bahagian kepala syiling, dan pasangan perkahwinannya Gordian III digambarkan dibahagian bunga, atau belakang syiling, pada skala kecil; syiling yang mempunyai bahagian hadapan – "kepala", – dan belakang – "bunga", atau ekor – masih menjadi format syiling sehingga kini.
Sekeping syiling empayar Rom Marcus Claudius Tacitus, yang memerintah sebentar dari 275 hingga 276, mengikuti cara tradisi syiling kepala dan bunga.

Kepala dan ekor (panggilan lain kepala dan bunga[1]) merujuk kepada dua muka rata syiling dan beberapa objek dua belah lain, termasuk duit kertas. Bahagian hadapan syiling biasanya dipanggil kepala, kerana kepala sentiasa merujuk kepada permulaan sesuatu benda atau ketua atau bahagian hadapan, dan ekor yang bermaksud bahagian belakang atau penghujung sesuatu benda.

Istilah ini juga digunapakai dalam bidang mekanik gunaan untuk titik permulaan vektor dan titik terakhir yang melengkapkan poligon. Bidang perubatan dan biologi juga menggunakan istilah ini bagi merujuk bahagian permulaan dan pengakhiran jujukan ulangan DNA dan organ yang panjang seperti pankreas.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.