Kepintaran perniagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kepintaran perniagaan (bahasa Inggeris: Business intelligence) merujuk kepada kemahiran, teknologi, aplikasi dan amalan yang digunakan untuk menolong perniagaan mendapat lebih kefahaman dalam konteks komersilnya. Kepintaran perniagaan juga boleh merujuk kepada maklumat yang dikumpul.

Aplikasi kepintaran perniagaan memberikan pandangan operasi perniagaan dari sudut masa lampau, sekarang dan akan datang. Fungsi utama aplikasi ini adalah melapor, OLAP, menganalisis, perlombongan data, pengurusan prestasi perniagaan, dan sebagainya. Kepintaran perniagaan selalunya bertujuan untuk menyokong membuat keputusan yang lebih baik. Oleh itu, sistem ini boleh dipanggil sistem sokongan membuat keputusan.