Kepong Gangster 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepong Gangster 2
PengarahTeng Bee
Dihasilkan olehJosiah Chieng
Dibintangi
SinematografiTeck Zee Tan
Disunting olehLeong Mun Huat
Syarikat
penerbitan
  • Mahu Pictures
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
5 Mac 2015
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaKantonis
Mandarin

Kepong Gangster 2 ialah filem aksi Cina Malaysia 2015 arahan Teng Bee dan merupakan kesinambungan daripada filem pertama yang ditayangkan pada 2012.[1] Filem ini ditayangkan pada 5 Mac 2015.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kisah Cindy yang diculik dan kemudian dipaksa anggota Gang 27 untuk menjadi pelacur bagi melangsaikan hutang bapanya. Gadis itu bernasib baik apabila Billy berjaya menyalamatkannya dan membunuh pemilik pusat pelacuran. Berikutan pembunuhan itu mengembalikan semula kepercayaan ketua baru kumpulan 390, Pago terhadap Billy.

Pada masa sama, Billy menyimpan hasrat untuk menjadi ketua kumpulan gengster itu, namun Pago berasakan pemuda itu terlalu angkuh. Disebabkan itu, Pago hanya melantik Billy sebagai ketua kumpulan 5 Tigers. Keadaan bertambah keruh apabila Billy diarahkan menjejaki Chong bagi mengambil alih kedudukan itu. Sementara itu, anak mendiang Gang 27, Taiji kembali ke tanah air untuk mengambil alih tugasan bapanya. Di bawah pimpian Taiji, Gang 27 mula terbabit dalam kegiatan dadah di kelab malam dalam kawasan Kepong.

Chong pula menyamar sebagai Shin dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta. Namun, Chong sukar melupakan masa silamnya terutama kejadian yang mengakibatkan kekasihnya, Tong dirogol. Tidak lama kemudian, tersebar khabar angin mengatakan Chong dilantik sebagai ketua baru kumpulan 390. Berita itu menyebab­kan rasa kurang senang dalam kalangan anggota Gang 27 yang bimbang kemunculan semula Chong dalam dunia gelap akan menaikkan semula nama kumpulan 390.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Henley Hii sebagai Ah Chung[3]
  • Billy Ng sebagai Billy
  • Crystal Lee sebagai Jing Jing
  • Queen Wei sebagai Xuan Xuan
  • Tracy Cheong sebagai Tung Tung
  • Agnes Lim sebagai Cindy
  • Brian Pien sebagai Tai Zi
  • Jack Lim sebagai Inspektor Lim
  • Freddie Wong sebagai Pak Sin
  • Jacky Kam sebagai Fo Pao
  • Danny Wan sebagai Kwok Kong Loong
  • Eric Lin sebagai Sai Fai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Michelle Gun (26 Februari 2015). Persahabatan tergugat dek godaan Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. ^ Kepong Gangster 2 expected to captivate movie-goers The Borneo Post (10 Februari 2015). Dicapai pada 30 November 2015.
  3. ^ Seto Kit Yan (11 Mac 2015). The rise and rise of 'Kepong Gangster 2' star Henley Hii The Star Online. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]