Kepulauan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kepulauan Mergui di Myanmar

Kepulauan merupakan kumpulan atau gugusan pulau yang terbentuk secara tektonik. Sesuatu kepulauan boleh jadi merupakan negara tersendiri (negara kepulauan) atau sebahagian dari negara lain.

Republik Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Contoh negara kepulauan lain ialah Filipina, Jepun, New Zealand dan United Kingdom.

Kepulauan terbesar di dunia mengikut saiz ialah Kepulauan Artik Kanada di Lautan Artik yang merupakan sebahagian dari Kanada Utara. Kepulauan terbesar mengikut jumlah pulau pula ialah Saaristomeri di Finland dan Sweden.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]