Kepulauan Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kepulauan Batu
Batu Kepulauan peta topografi id.svg
Geografi
Koordinat0°12′S 98°30′E / 0.200°S 98.500°E / -0.200; 98.500
Luas12,021 km2 (4,641 bt2)[1]
Pentadbiran
ProvinsiSumatra Utara
KabupatenNias Selatan
Demografi
Populasi21,643 (2016)[2]

Kepulauan Batu ialah suatu kepulauan yang terletak di sebelah barat Pulau Sumatra, yakni di antara Pulau Nias dan Kepulauan Mentawai. Kepulauan Batu termasuk dalam daerah Kabupaten Nias Selatan di provinsi Sumatra Utara. Seterusnya, Kepulauan Batu terbahagi kepada tujuh kecamatan di bawah Kabupaten Nias Selatan. Kepulauan ini dapat diakses melalui jalan laut serta melalui jalan udara dengan Lapangan Terbang Lasondre.

Masyarakat Kepulauan Batu memiliki hubungan rapat dengan masyarakat di Nias di utara, dan berkongsi bahasa yang sama. Kepulauan ini sering menjadi pulau destinasi bagi golongan hamba yang melarikan diri dari Nias, serta kini menjadi destinasi bot pelayaran dari Padang di pulau utama Sumatra.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BPS Nias Selatan (2017), m/s. 13.
  2. ^ BPS Nias Selatan (2017), m/s. 53.