Kepulauan Caroline

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 06°03′N 147°05′E / 6.050°N 147.083°E / 6.050; 147.083

Peta Persekutuan Mikronesia. Palau berada di sebelah barat peta.
Lokasi Kepualaun Caroline

Kepulauan Caroline ialah kepulauan yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah utara New Guinea. Secara politik, kepulauan tersebut terbahagi antara Persekutuan Mikronesia di bahagian timur kepulauan, dan Republik Palau di bahagian paling barat. Dari segi sejarah, wilayah ini juga disebut Nuevas Filipinas atau New Philippines,[1] ketika pulau-pulau tersebut menjadi sebahagian dari Hindia Sepanyol dan diperintah dari Manila di Filipina.

Kepulauan ini menjangkau jarak sekitar 3540 kilometer (2200 batu), dari Tobi, Palau di titik paling barat ke Kosrae di paling timur.[2]

Penghuraian[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini terdiri daripada sekitar 500 pulau karang kecil, di sebelah timur Filipina, di Lautan Pasifik; jarak dari Manila ke Yap, salah satu pulau yang lebih besar dari kumpulan itu, adalah 1.200 batu (1.900 km).[3]

Sebahagian besar pulau terdiri dari atol karang rata, tetapi ada yang tinggi di atas permukaan laut.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Penduduk asli menuturkan pelbagai bahasa Mikronesia termasuk Pohnpei, Chuuk, Carolinia, dan Kosrae, serta bahasa Malayo-Polinesia Barat, Palau dan Chamorro, dan bahasa Yap yang tidak diklasifikasikan (mungkin salah satu bahasa Kepulauan Admiralty). Populasi penting yang lain termasuk orang Filipina dan Jepun.

Pada 1985 sebuah kajian dibuat mengenai asal-usul kompas sisi yang digunakan di Kepulauan Caroline.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rosser, William Henry (1870). North Pacific pilot: The seaman's guide to the islands of the North Pacific, with an appendix on the winds, weather, currents, &c., of the North and South Pacific (dalam bahasa Inggeris). J. Imray. halaman 183–184. Dicapai pada 28 Mac 2011.
  2. ^ "Distance from Tobi Island to Kosrae". Google (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^  Satu atau lebih perkataan sebelum ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awamHerbermann, Charles, penyunting (1913). Caroline Islands. Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton.
  4. ^ Halpern, M. D. (1985) "The Origins of the Carolinian Sidereal Compass", Master's thesis, (dalam bahasa Inggeris) Texas A & M University

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]