Pergi ke kandungan

Kepulauan Khazar

Kepulauan Khazar
Map
Geografi
Lokasi25 km (16 mi) sebelah selatan Baku, Azerbaijan
Koordinat40°14′29″U 49°38′03″T / 40.24134°U 49.634242°T / 40.24134; 49.634242
KepulauanKepulauan Khazar
Pentadbiran
Maklumat tambahan
Laman sesawang rasmikhazarislands.com

Kepulauan Khazar (bahasa Inggeris: Khazar Islands, Azeri: Xəzər adaları), juga dikenali dengan nama Kepulauan Kaspia,[1] merupakan sebuah pulauan buatan yang terletak 25 km (16 mi) di bahagian selatan kota Baku, Azerbaijan. Kepulauan ini terdiri daripada 41 pulau di wilayah seluas 3,000 hektar di Laut Kaspia.[2][3][4] Projek ini dikatakan akan menghabiskan sekitar $100 bilion.

Di kepulauan ini, Avesta (perusahaan yang membina projek ini) akan membangunkan bandar yang dapat didiami oleh 1 juta penduduk dan terdiri daripada 150 sekolah, 50 hospital, dan pusat penjagaan kanak-kanak, taman, pusat membeli-belah, pusat budaya, universiti, litar perlumbaan Formula 1, dan Menara Azerbaijan (akan menjadi yang tertinggi di dunia).[2][3][5] Menara yang menghabiskan pembiayaan $2 bilion itu akan menjadi titik pusat Kepulauan Khazar.[2][3][4]

Semua kemudahan di kepulauan ini akan dapat menahan gempa bumi berskala 9.0 skala Richter.[5][6] Bandar akan dilengkapi dengan 150 jambatan dan lapangan terbang besar untuk menghubungkan kepulauan dengan daratan utama.[2][3][7]

Presiden Avesta Group of Companies, Ibrahimov Ibrahim, memberitahu wartawan bahawa penanam modal dari Amerika Syarikat, Turki, Arab, dan China telah menunjukkan minatnya terhadap projek yang menurutnya serupa dengan "Venesua baru."[1][4][8]

Projek ini dikatakan akan selesai antara tahun 2020 hingga 2025.[7][9][10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 Evgrashina, Lada; Antidze, Margarita (April 11, 2012). "Azerbaijan aims to put up world's tallest building". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-11. Dicapai pada 2013-03-16.
  2. 1 2 3 4 Iliaifar, Amir (February 10, 2012). "$2 billion Azerbaijan Tower to usurp Saudi Arabia's Kingdom Tower as world's tallest". Digital Trends.
  3. 1 2 3 4 Medina, Samuel (February 9, 2012). "Azerbaijan To Build One Kilometer-Tall Skyscraper". Architizer.
  4. 1 2 3 Alexander, Anila (April 13, 2012). "Azerbaijan Plans World's Tallest Tower At 'New Venice' (PHOTOS)". International Business Times.
  5. 1 2 Medina, Samuel (February 9, 2012). "Azerbaijan's Plans for a One Kilometer-Tall Skyscraper". The Altlantic Cities.
  6. "Azerbaijan to build world's tallest skyscraper". Azernews. January 30, 2012.
  7. 1 2 Cameron, Charley (February 10, 2012). "Azerbaijan's Avesta Group Unveils Plan to Build New World's Tallest Tower". Inhabitat.
  8. Dewsbury, Rick (April 12, 2012). "Azerbaijan reveals plans for world's tallest building at 3,500ft high". Mail Online.
  9. Khawaja, Moign (April 15, 2012). "Azerbaijan Tower to challenge Burj Khalifa's glory". Arabian Gazette.
  10. Li, Roland (February 9, 2012). "Azerbaijan Tower: The Next Tallest Building in the World? (SLIDESHOW)". International Business Times.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]