Kepulauan Riau (provinsi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kepulauan Riau
كڤولاوان رياو
Provinsi Kepulauan Riau
Bendera bagi Kepulauan Riau كڤولاوان رياو
Bendera
Jata bagi Kepulauan Riau كڤولاوان رياو
Jata
Moto: 
برڤنچاڠ أمانه برساءوه مروه
Berpancang Amanah Bersauh Marwah
Riau Islands in Indonesia (special marker).svg
Koordinat: 3°56′N 108°09′E / 3.933°N 108.150°E / 3.933; 108.150Koordinat: 3°56′N 108°09′E / 3.933°N 108.150°E / 3.933; 108.150
Ditubuhkan24 September 2002
Ibu kotaTanjung Pinang
Kota terbesarBatam
Pembahagian
Kerajaan
 • BadanPemerintah provinsi Kepulauan Riau
 • GabenorAnsar Ahmad
 • Wakil gabenorMarlin Agustina [id]
Luas
 • Jumlah10,595.41 km2 (4,090.91 batu persegi)
Ranking kawasanke-31
Ketinggian
2−5 m (−14 ft)
Paras tertinggi1,165 m (3,822 ft)
Paras terendah
0 m (0 ft)
Penduduk
 (pertengahan 2019)[1]
 • Jumlah2,241,570
 • Kedudukanke-27
 • Kepadatan210/km2 (550/batu persegi)
 • Kedudukan kepadatanke-10
Demografi (2010)[2]
 • Kump. etnik
 • Agama
 • BahasaIndonesia (rasmi)
Melayu (rantau)
Bahasa lain:
Jawa, Minangkabau, Batak, Bugis, Banjar, Cina
Zon waktuUTC+7 (WIB)
Kod ISO 3166ID-KR
Pendaftaran kenderaanBP
HDI 0.754 (Tinggi)
Ked. HDIke-4 (2019)
GRP nominal$18.96 bilion[3]
GDP PPP (2019)$61.97 bilion[3]
Ked. KDNKke-12 (2019)
Nominal per kapitaAS$ 8,658 (2019)[3]
PPP per kapitaAS$ 28,460 (2019)[3]
Ked. per kapitake-4 (2019)
Laman webkepriprov.go.id

Kepulauan Riau (disingkatkan sebagai Kepri) atau nama rasminya Provinsi Kepulauan Riau adalah sebuah provinsi di Indonesia. Provinsi ini terdiri daripada 1,796 pulau yang berselerak di antara Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.[4] Terletak di salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia, provinsi ini berkongsi perairan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Malaysia dan Brunei. Kepulauan Riau secara relatifnya berpotensi besar terhadap sumber-sumber galian, tenaga dan marin.[5] Ibu kota provinsi ini ialah Tanjung Pinang dan kota terbesarnya ialah Batam.

Penduduk di Kepulauan Riau adalah majmuk dan pelbagai dari segi etnik, budaya, bahasa dan agama. Provinsi ini merupakan rumah kepada kumpulan etnik berbeza seperti orang-orang Melayu, Tionghua, Jawa, Minangkabau dan lain-lain. Kebangkitan ikstisad di rantau tersebut telah menarik ramai imigran dan buruh dari bahagian lain di Indonesia ke provinsi ini. Kawasan di sekitar Batam juga merupakan rumah kepada ramai ekspatriat dari pelbagai negara, di mana 80 peratus daripadanya berasal dari negara-negara Asia yang lain, dan orang-orang Barat pula datang dari United Kingdom, bahagian lain di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Kedatangan pelancong asing di Kepulauan Riau adalah yang kedua terbesar di Indonesia selepas Bali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2019.
  2. ^ Kepulauan Riau, Keberagaman Identitas dalam Kesatuan Kultur (dalam bahasa Indonesia). ePaper Interaktif Kompas. 6 Februari 2009.
  3. ^ a b c d "Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik. Dicapai pada 20 Mei 2020.
  4. ^ Niko Panama (18 Mei 2016). Dedi (penyunting). "Jumlah Pulau di Kepri Berubah" (dalam bahasa Indonesia). Antara Kepri. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  5. ^ Freeman, Donald B. (2003). The Straits of Malacca: Gateway or Gauntlet?. McGill-Queen's University Press. ISBN 0-7735-2515-7. Ulasan buku yang memetik maklumat ini boleh ditemui di University of Toronto Quarterly, Jilid 74, Nombor 1, Winter 2004/5, hlmn. 528-530

Pautan luar[sunting | sunting sumber]