Kepulauan Sula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kepulauan Sula
Geografi
LokasiAsia Tenggara
KepulauanKepulauan Maluku
Pentadbiran
Indonesia
Demografi
Populasi108,015

Kepulauan Sula merupakan satu gugusan pulau di Maluku, Indonesia. Tiga pulau utamanya adalah pulau Mangole, Sanana (Sulabesi/Xullabesi) dan Taliabu, dan terdapat juga pulau-pulau yang lebih kecil seperti Lifamatola dan Seho. Kepulauan ini ditadbir oleh Kabupaten Kepulauan Sula. Keluasannya ialah 9,632 km2 dengan jumlah penduduk seramai 108,015 (bancian tahun 2000).

Sebelum kemerdekaan Indonesia, kepulauan Sula juga dikenali sebagai Kepulauan Xulla, Taliabu sebagai Xulla Taliabo, Sanana sebagai Xulla Bessi dan Mangola sebagai Xulla Mangola. [1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Goodall, George (Editor)(1943) Philips' International Atlas London, George Philip and Son map 'East Indies' pp.91-92

Koordinat: 1°52′S 125°22′E / 1.867°S 125.367°E / -1.867; 125.367