Khilafah Fatimiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kerajaan Fatimiyyah)
Jump to navigation Jump to search
Dinasti Fatimiah
الدولة الفاطمية
ad-Dawlah al-Fāṭimiyya

 

 

 

909–1171
Ibu negara
Bahasa Arab (bahasa dominan dan pertuturan)
Judeo-Arab (bahasa Arab dengan tulisan Hebrew)
Berber
Latin Afrika
Agama Syiah Islam Ismailiyah
Kerajaan Khilafah
Khalifah
 •  909–934 (pertama) al-Mahdi Billah
 •  1160–1171 (terkhir) al-'Āḍid
Era sejarah Zaman Pertengahan Awal
 •  Diasaskan 5 Januari 909
 •  Pengasasan Kaherah 8 Ogos 969
 •  Dibubarkan 1171
Luas
 •  969[1][2] 4,100,000 km² (1,583,019 batu²)
Populasi
 •  (anggr.) 6,200,000 
Mata wang Dinar
Didahului oleh
Digantikan oleh
Khilafah Abbasiyyah
Emiriah Aghlab
Ikhshidid Wilayah
Emiriah Tahert
Dinasti Ayubiyyah
Outremer
Emiriah Sicily
Emiriah Zirid
Khilafah Hamdan
Hari ini sebahagian daripada
Warning: Value specified for "continent" does not comply

Kerajaan Fatimiyyah atau al-Fātimiyyūn (Bahasa Arab: الفاطميون‎) merupakan sebuah kerajaan khilafah Islam bermazhab Syiah yang memerintah kawasan Afrika Utara, Mesir dan Levant bermula dari 5 Januari 910 sehingga 1171. Dinasti ini berdiri setelah jatuhnya Dinasti Aghlabiyah dan bermula di Qairawan. Golongan elit pemerintah kerajaan ini merupakan penganut mazhab Ismailiyyah dari mazhab Syiah. Pemimpin kerajaan ini juga merupakan Imam Syiah Ismailiyyah, dan oleh yang demikian, mempunyai kepentingan keagamaan kepada Syiah Ismailiyyah. Mereka juga merupakan sebahagian dari rantai pemegang jawatan khalifah, yang diakui kebanyakan Muslim. Ini merupakan satu-satunya zaman di mana Imam Syiah dan khilafah Islam bersatu selepas pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.

Kerajaan Fatimiyyah dikatakan amat bertoleransi dengan orang Yahudi dan Kristian Koptik di samping orang Islam lain.

Pada zaman 'Ubaydullah al-Mahdi pucuk pimpinannya ialah al-Mahdi sendiri sebagai khalifah yang mengaku berketurunan Ismail(imam yang diakui Ismailiyyah sebagai penerus Ja'afar As-Sadiq). Pada zaman anak beliau, al-Qa'im sehingga al-Mu'iz, kuasa khalifah berada adalah di tangan para wazirnya yang berketurunan Barbar. Pada zaman al-'Aziz pula pengaruh Turki mula masuk. Pada waktu ini juga berlaku persaingan antara orang Turki dengan orang Barbar.

Senarai Penguasa[sunting | sunting sumber]

1) Ubaidillah (909-934M)

• Berjaya menjatuhkan Dinasti Aghlabiyah pada tahun 909M dan menubuhkan Khilafah Fatimiyyah di Qairawan.

• Meninggal pada tahun 934M.

2) Al-Qaim

• Beliau gagal merebut Mesir yang mana menyebabkan perluasan kuasa Khilafah Fatimiyyah di timur terhenti buat sementara waktu.

• Di hujung era pentadbiran beliau, kawasan Khilafah Fatimiyyah diganggu oleh pemberontakan yang diketuai oleh seorang pengikut Khawarij,Abu Yazid.

• Meninggal pada tahun 946M.

3) Al-Manshur

• Beliau menumpukan perhatian ke arah barat kawasan Khilafah Fatimiyyah setelah hampir dikalahkan oleh pemberontakan.

4) Al-Mu'izz

• Pada era beliau, kedudukan Khilafah Fatimiyyah menjadi semakin kuat selepas Jauhar(panglima Khilafah Fatimiyyah),menakluki Sijilmasat dan Fez pada tahun 958-960M.

• Pada tahun 969M, panglima beliau, Jauhar,berjaya memasuki ibu kota Mesir di saat itu sekaligus Mesir berjaya ditakluk.

• Pada era beliau, ibu kota baharu,Cairo dan Masjid Al-Azhar dibangunkan.

• Di bawah pimpinan seorang panglimanya, Ja'far Bin Al-Fallah, Damascus berjaya ditakluki.

• Beliau menjadikan Cairo sebagai pusat pentadbiran yang baharu.

• Beliau cuba menonjolkan identiti Syiah Ismailiyyah pada pemerintahannya.

• Beliau berjaya mengalahkan pasukan Qaramitah semasa Mesir diserang pada tahun 974M.

• Beliau Meninggal pada tahun 975M.

5) Nizar Bin Al-Mu'izz/Al Aziz

• Pada tahun 991-994M, beliau menyerang wilayah Aleppo. Homs, kota kecil Apamea dan Syaizar berjaya ditakluk daripada penguasa Arab.

• Pada zaman beliau, kekuasaan Khilafah Fatimiyyah diakui oleh amir Mekah, Yaman dan Bahrein.

• Beliau meninggal pada tahun 996M.

6) Al-Hakim Bin Amrullah

• Beliau berjaya mengadakan perjanjian damai dengan pihak Bizantine selama 10 tahun untuk melindungi kepentingan satu sama lain.

• Beliau terkenal dengan sifatnya yang kejam dan perlakuan yang aneh.

• Pada era beliau, Aleppo berjaya ditakluk secara damai pada tahun 1015M.

• Beliau akhirnya menghilangkan diri pada tahun 1020M.

7) Al-Zahir li'zaz Din Allah

• Pada era beliau, pemberontakan ke atas Khilafah Fatimiyyah dan perebutan Syiria oleh Salih Bin Mirdas dari Bani Kilab, Sinan Bin Ulyan dari Bani Kalb dan Hassan Bin Al-Jarrah dari Bani Thayy berjaya dipatahkan oleh panglima bernama Anusytakin.

• Pemerintahan beliau dilaksanakan oleh wazir beliau di Cairo dan panglima beliau(Anusytakin) di Syiria.

• Beliau meninggal dunia pada tahun 1036M.

8) Ma'ad/Al-Mustansir

• Pada tahun 1045M, beliau menghantar pendakwah ke Iran dan Transoksania.

9) Al-Musta'li Bin Ma'ad

• Pada era beliau, asas spiritual Ismailiyyah mula runtuh

10) Al Hafiz (1131-1149M)

• Tiada peristiwa penting

11) Al-Zafir (1149-1154M)

• Tiada peristiwa penting

12) Al-Fa'iz (1154-1160M)

• Tiada peristiwa penting

13) Al-Adid (1160-1171M)

• Ketika era beliau, Khilafah Fatimiyyah akhirnya tumbang di tangan Salahuddin Al-Ayyubi.

Warisan Fatimiyyah[sunting | sunting sumber]

Templat:Ismailis

Selepas khalifah al-'Āḍid, pemerintah Fatimiyyah diturunkan dari takhta pemerintahan di Mesir oleh Ayyubiyyah. Satu kejadian di mana sebuah keluarga yang berasal daripada Fas mendakwa pewaris Fatimiyyah melalui Idris yang mana telah mengahwini wanita Berber, terutamanya keluarga Idrisid dan Rbati dari Maghribi.[petikan diperlukan] Kebanyakan kumpulan-kumpulan "Tayyibi" (Alavi, Hebtiahs, Atbai Malak, Dawoodi) juga mendakwa mereka adalah pewaris kepada Fatimiyyah. Puak Taiyabi (Dawoodi Bohra yang mana merupakan kumpulan majoriti) mendakwa para Da`i mereka (lihat senarai Dai dari Dawoodi Bohra) adalah pewaris sebenar ke-21 Imam Taiyab abi al-Qasim, anak lelaki kepada Imam ke-20, Imam Mansur al-Āmir bi-Aḥkām Allāh (khalifah ke-10 Fatimiyyah) (gelaran Da`i diasaskan oleh Ratu Yaman Sulayhid (Arwa al-Sulayhi). Dai terkini bagi masyarakat Dawoodi Bohra adalah Dr. Syedna Mufaddal Saifuddin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Turchin, Peter; Adams, Jonathan M.; Hall, Thomas D (December 2006). "East-West Orientation of Historical Empires". Journal of world-systems research. 12 (2): 222. ISSN 1076-156X. Dicapai 12 September 2016. 
  2. ^ Rein Taagepera (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly. 41 (3): 495. doi:10.1111/0020-8833.00053. Dicapai 12 September 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://senibudaya-ind.blogspot.my/2014/03/sejarah-berdirinya-dinasti-fatimiyah.html?m=1

http://wawasansejarah.com/dinasti-fatimiyah/